"Contest Anak Senyum By Mamalurveirfan"

kahkahkah lama no aku tak melibatkan diri dalam contest2 ni...malehhhhh tapi kalini aku rajin balik sebab ade contest tuk anak..


Link ke blog mamalurveirfan



Aku pertaruhkan gambar qaseh yang ini...


Ni senyum ke ape yek??? hantam saja la labu oiiii



NAMA: QASEH NURZAMIA BINTI MOHD ZAMRI

UMUR: 1 TAHUN 5 BULAN

NAMA IBU: ATIAH.



Aku tag


k.ina

k.intan

ogy



GOOD LUCK!


Botol susu besar gedabak..

Haaa cepat2 update blog..sat g nak bertapa depan utube ni.. *huu xhbs2 dengan cake boss* bedebusshhh!



Skang qaseh dah pandai nampak bende yang dia suka dia tunjuk..contoh salah 1


Botol baru qaseh...3in1..leh buat susu leh letak air masak guna straw dan minum tanpa straw..ade dis 14 hinggit jadi 8 hinggit.. tinggal 1 last.. elok dia tunjuk yang ade dis..huhuhuh kalau tak ade aku lupakan saje niat dia tu...



Sekarang dia minum susu 9aun selang 2/3jam dia mintak lagi .. makan tetap makan...


Aku amik camera nak tgkap pic botol susu yang dia kat sebelah ingat aku nak tangkap pic dia..layannnnnn tangkap jugakla kalau dah dia duk tersengeh cenggitu...


Dia bangun pergi kat bantal2 plak pehtu posing..maknenyer dia suh tangkap pic dia la 2..haihhh dak kecik ni...tido kalau kaki tak kena kat muka mama&ayah tak sah..





CIK BUNGA: yahoooooo nak tengok cake boss..tata titi tutu...




Kek oren citarasa haku.

Good morning guys! *wahhhh awal hakak harini update belog*


aku sorang je ade mulut cenggini..


Sebelum terjadinya 1 kejadian dekat utube sat g..baik aku duk depan blog dulu kan.. kang duk menghadap si cake boss tu mau nya ko sampai ke petang tak habis2...



Malam tadi lepas masak settle aku cuba buat KEK OREN ala2 cake boss..heeeee beranganla kononya aku nak main hantam macam dia buat kek kan.. tapi memang betul aku hantam..ngeeeee aku budget2 ..alih2 menjadik ko..tak ke ko sujud syukur kat c2 tengok kek ko tak de merekah macam gunung berapi 2..



Settle aku sujud syukur tetiba teringat yang rase plak cmne? kang rase tak boleh bla tak ke ko sedekah kek tu kat tong sampah..



Wahhhhhhh kek ni sedappppp sangat2... tak muak langsung...tak caya??? cer cuba cer cuba.





MEMPERSEMBAHKAN KEK OREN CITARASA TIA *main campak ala2 cake bosssss*





Perghhh soft+gebu.. sedappppp seyes aku tak tipu..



Aku bagi jugakla resepi dia yek..manala tau ade yang nak try..hukhukhuk kalau tak jadi jangan salahkan aku...salahkan diri sendiri ..theee



BAHAN2


2cawan tepung kek *

1cawan marjerin

1cawan gula

3biji telur

1/2 sudu teh garam *

2 sudu teh parutan kulit oren.

Jus dari 1 biji oren.


Bahan bertanda * ayak sekali*


CARA2


1)panaskan oven terlebih dahulu

2) masukkan marjerin dan gulan kacau sehingga kembang

3) masukkan 1 per 1 telur dan kacau...

4) masukkan tepung dan kacau,

5) masukkan jus oren dan parutan kulit oren dan kacau.

6) lenserkan loyang dengan marjerin terlebih dahulu

7) Bakar sehingga masak selama 1 jam *ikut pada oven masing2*




Selamat mencuba!




heeeeeeeeeeee gambar sama...




Nasi lemak vs Oreo biol

Good morning guys!



Haihhh malam tadi mimpi buruks....nasib baik tersedar sharp pada waktunya..kalau x macam semalamla aku pakai tudung sarung jerk.. kuikuikui



Nasib baik kepala aku tak biol.. malam tadi jer 2x aku kena hantam dengan siremote oleh siqaseh.. haihhh qaseh oiii kau attack betul2 kena kepala mama.. poning2..




Pagi tadi aku sempat rembat nasi lemak 2 hinggit bawah opis aku ni..lapar weh pagi ni..bukan nasi lemak jer..oreo pon aku sapu kat umah tadi..duk opis skang mulut asyik nak mengunyah jer..tak ade bende g turun bawah carik bende kan..



Tangan macam cacat..gulp.




Lagi kejadian dilakukan oleh si kecik.. hubby tengah kusyuk sembahyang tetiba datang si kecik tepuk montot hubby pehtu gelak2.. bila hubby rukuk dia tepuk montot hubby pehtu gelak2..haihhh kecik kecik..ape yang mama&ayah buat dia buat balik..ishhh tula dia anak zaman skang...



Lepas hubby selesai solat aku tanya


''tadi qaseh tepuk montot awak, awak perasan tak?'' *aku tanya budget dia solat kusyukla*


''ha yeke..xperasan pon''



Dahsyatttt kusyukkk tu......




++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++




CIK BUNGA: lepas makan nasi lemak ngan oreo ni sakit perut plak..huhuhhuhuhuhuhuhuh


Yihaaaa yabeda bedu!! Makan2..gediks2...

Haaaa sape cakap hari ahad aku tak ade aktibiti??



ko ke? ke aku?? heeeeeeee




Mana boleh wehh duk rumah 1 hari..kang elok2 tibi kat sinun jadi kat sinin..kang katill kat dalam bilik jadi kat luar..haaa parahh tuuu



So jomm kita mengedikss kat ikea..yihaaaaa ya beda bedu....!!



Lama dah muka tuan tanah kedaung ni tak menepek kat sini...Bagi can sikit ....



Muka lepas baru bangun tido..memang macam jus orange sikit...masammmmm



Termenung tengok jeam kat luar tu...



Makan timeeee! trus senyum...ade haku kisah?



Senyum yang macam tak berapa nak ikhlas...



Menu malam tadi.. sedappp kek ni...rupa2nya ade lagi sedappp ko ..hubby tersalah beli...tak mengapa...



Sharing is good for yr pocket.. kuikuikui



Bila dah kenyang kita mencarik tempat yang sesuai untuk si kecik mengediks...dekat ikea ade 1 tempat siap ade tibi pasang citer katun tuk budak2..baguss senang hati mak pak diaorg nak melahap kan..anak2 tak kaco...



Tengah main cak cak dengan untie amoii merangkap nenek...di sebalik tibi tu...



Ending of the stoly ...susun kerusi lagi bagusssss ..ade gak faedahh daripada duk tengok tibi...kat umah tengok tibi kat luar tengok tibi...batakk ke? haaaaaaaahaaaaaahaaaaa



Habis makan pergi beli frame kejap kat ikea..saje nak menambah2 frame kat umah yang dah usang tu...


Main sambar je pon..sebab nak cepatt nak kejar citer yang macam harammm tu... bagi aku lagi best citer sanggul beracun ..tak payah duk pergi luar negara kan kan kan....





CIK BUNGA: hubby Q tengah bayar aku duk merayap kat depan kaunter ikea tu ade jual biskut2..usha punya usha ade jual kek dalam ikea tu rupanya.....RM25 hinggit 1 box.. tak pasti dalam tu ade bape pcs..macam best jer.....


Sayang mereka berdua..walauponnnnn

Assalammualaikum...



Selesai tengok cerita kubur tak bertanda yang macamm haramm tu aku terus tetrtido tak sedar hape...ape jadi dengan anak aku sume tu hanya hubby aku jer yang tahu..sedapp tido dengan sejuknya cukup dengan berselimutkan toto empuk..perghhhh layan wehhhh



Sedar2 jam dah pukul 8 pagi..alahaiii susahnya nak bangun dengan hujan lebat tak stop2..mengigil kepala lutut aku pagi tadi..tengah siap nak pergi keje tetiba budak kecik sorang ni masuk bilik sambil sengeh2..awalnyala dia bangun..



Korang mesti dah biase kot dengan blog haku ni.. bila senin jelma mesti aku update pasal weekends.. tak kan la plak bila senin jelma aku update pasal esok kan...



Sabtu ritu aku keje..balik pon dah pukul 1 ..sampai umah panaskan lauk semalam pehtu tido..huhuu


Hari ahad kalau tak ade plan memang ktorg 3 beranak bangun kul 10 pagi.. itu kira awalla pernah sekali tu bangun dekat pukul 1.. haaa ko ade?


Hubby tak usah citerla..selagi orang tak kejut cakap umah terbakar selagi tula dia tido...


Bangun2 jer dia siap2 bawak qaseh pergi beli mcd tuk lunch..malas ko aku nak masak..lagipon dalam peti ais tu ade ayam jer..tak lalu dah aku asyik melantak ayam jer kan..



Nila dia kejer diaorg kalau duk rumah tak ade bende nak buat...belum lagi tengok aku kan...huhuhu



Yang sorang jadi tarzan cute ,sorang lagi jadi hantu k.milah tak balik2...


Apabila si tarzan&hantu k.milah bergandingan sama...



Jangan memandang seseorang itu melalui luarannya...yang penting hati tu kena baik..hahaha





CIK BUNGA: tak mo panjang2 dah entry..sekian tima kaseyyyyy!!


Tanjaatttt Boboiiiii menang!!

Tanjatttt Boboiiiii !!



Yeayy SEPAH menang.. aku dah agak sebab diaorg memang best! JOZAN still rockkkkk best jugak...



Semua pemenang tiada pengalah...*bak kata vince AF* hadiah2 dia pon semua lumayan..so ape nak kisah kan..tapi kalau kira2 sape yang untung???? cer korang teka.....



*boleh tak duit sepah tu lebihkan dekat jep&syuib..sebab diaorg yang banyak main peranan dalam group tu*



Tapi paling masyukkkkk NABIL la makan sorang2 150k huhuhuhuh memangla dia tak kisah kan dapat no 3




Pandangan aku tentang persembahan ML malam tadi....


SEPAH: kedua2 round diaorg buat yang terbaikkk ..memang best! Tanjattt boboiii


JOZAN: round ke2 baru bestt..tiket laku kalau diaorg buat muzikal dekat istana budaya...maill lambung..


NABIL: dua2 round dia bestt..tetiba idea datang cuma dia selalu terlebih masa..e2 yang jadi tak best..


JAMBU: round ke2 diaorg paling mantopppp ..tapi apekan daya dialong tak berapa nak ada...ape pon tak boleh.....




Kutipan maharajalawak lagi tinggi berbanding akademi fantasia..perghhhh patutla hadiah2 dia lumayan...siapa yang paling untung??? astro la! kayoooooooooooo




Cara mandi wajib mengikut sunnah




Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)

Di dalam Sahih Muslim (317) disebutkan pula:

ثم أتيته بالمنديل فرده

Kemudian aku (Maimunah RA) memberikan kepada Baginda SAW sapu tangan, lalu Baginda SAW menolaknya.

Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:

1) Niat. Ini berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat.

2) Membaca ‘Bismillah’.

3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali.

4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri

5) Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.

6) Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.

7) Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:

ثم يدخل أصابعه في الماء، فيخلل بها أصول شعره، ثم يصب على رأسه ثلاث غرف بيديه

“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”

Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):

. بدأ بشق رأسه الأيمن. ثم الأيسر

Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudia bahagian kiri.

Bagi wanita yang dalam keadaan junub, diblehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RA.

عن أم سلمة، قالت: قلت: يا رسول الله! إني امرأة أشد ضفر رأسي. فأنقضه لغسل الجنابة؟ قال “لا. إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات. ثم تفيضين عليك الماء فتطهرين

Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW، sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi junub? Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330)

Akan tetapi jika mandi untuk haidh, maka dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah ra di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haidh ketika menunaikan haji. Lalu baginda saw berkata sedemikian:

دعي عمرتك، وانقضي رأسك، وامتشطي

“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

8) Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.

عن عائشة؛ قالت: إن كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحب التيمن في شأنه كله. في نعليه، وترجله، وطهوره

Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasutr, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim:268)

9) Meratakan air ke seluruh tubuh. Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah (Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih oleh al-Albani)

10) Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.

Wallahu’alam.


MUDAHNYA BAGI ISTERI UNTUK MASUK SYURGA

Tertarik aku dengan segmen macamni..zaman sekarang macam2 boleh jadi..isteri derhaka dekat suamila..tak jaga makan minum suami,berkira dan sebagainya *sorry ayat harini agak skema*

Kita wajib menyambut hari keputeraan Nabi Muhammad SAW dan mengasihi baginda lebih daripada kita menyayangi diri kita sendiri. Kita wajib beriman dan taat kepada Rasulullah. Bagaimana cara? Hayati sejarah Nabi Muhammad SAW dan mencontohi baginda dalam semua aspek.
(Lelaki, jangan fikir nak kahwin empat sahaja! )

Isteri wajib mentaati suami.

Wanita juga pemimpin rumah tangga. Ibu sebagai “role model” kepada anak-anak. Salah didikan, haru birulah masa hadapan anak-anak. Benarlah kata pepatah, melentur buluh biarlah masa rebungnya. “Ibu cermin anak”. Baik ibunya, insya-Allah baiklah anaknya.
Senang saja mahu tahu ibu adalah seorang yang baik atau tidak..dia tidak akan bercerita hal yang tak baik depan anak-anak..seperti mengumpat dan sebagainya...

Amat mudah bagi isteri untuk masuk ke syurga. Begitu juga sebaliknya, senang juga bagi orang perempuan untuk masuk ke neraka jahanam.

•Jangan biarkan suami lapar. Jaga makan minumnya. Kalau masak sendiri lagi bagus.

•Jangan sakiti hati suami. Jaga tutur kata. Jangan sekali-kali kita menceritakan aib suami.

•Jangan sakiti mata suami. Jaga penampilan diri di hadapan suami. Rumah dan bilik tidur (terutama sekali) mesti kemas.

•Jangan kacau waktu rehat suami.

Selain keredaan suami untuk kita masuk ke syurga, kita juga wajib :

•menunaikan puasa pada bulan Ramadan,

•mengerjakan solat lima waktu dengan khusyuk (kalau tidak khusyuk,
tak dapat pahala)

•taat kepada Allah SWT

•taat kepada suami

•jaga kehormatan diri

Mungkin ada yang bertanya, apa pula peranan suami? Tanggungjawab suami amat berat. Suami menanggung segala dosa isteri. Bayangkan, kalau ada empat isteri. Dapat yang baik-baik, semua masuk syurga. Kalau tidak…baik kekal dengan seorang sahaja.


Perkara-perkara lain yang disentuh yang amat relevan dalam kehidupan seharian kita ialah menjaga hati. Jangan sampai kita dicap sebagai takabur, angkuh dan sombong. Walau pangkat tinggi menggunung, itu bukan lesen untuk kita menghina dan mengaibkan orang. “Be humble and down to earth”. Ular menyusur akar, tak akan hilang bisanya.

Hasad dengki menghapuskan kebajikan. Jadi tidak berbaloi kita berdengki sesama insan. Tulis surat layang, buat laporan palsu, sebar fitnah (sekaranglebih canggih, sebar melalui internet), tikam kawan dari belakang – semua ini kita lakukan kerana ada perasaan hasad dengki. Itulah manusia. Kaya dgn Phd – perasaan hasad dengki.

Bukankah lebih elok kita berbuat baik sesama insan. Balasannya di akhirat kalau tidak di dunia. Begitu juga bagi yang menganiaya orang lain. Kalau Allah tidak membalasnya di dunia, yang pasti orang yang berbuat jahat itu akan menerima hukuman yang setimpal di akhirat nanti.


Tanggungjawab Suami

Suami adalah ketua keluarga.Antara tanggungjawab suami terhadap isteri dan ialah:

1. Wajib memberikan nafkah kepada isterinya selagi ia memberi kesetiaan dan ketaatan.

2. Membayar mas kahwin kepada isterinya.

3. Suami mestilah sentiasa melayan isteri dengan penuh layanan mesra dan kasih sayang.
Sebagaimana sabda baginda yang bermaksud:
“Berwasiatlah kamu supaya berlaku baik terhadap isteri-isteri.Sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanah Allah SWT dan kamu menghalalkan persetubuhan dengan mereka dengan kalimah Allah SWT”-(riwayat At-Tirmidzi)

4. Suami mestilah memberi bimbingan dan tunjukajar yang baik terhadap isteri mereka dengan didikan agama dan pengajaran yang baik dan bukan menyeksa mereka.

5. Memberi layanan yang baik,samada dari segi tingkah laku,perbuatan,tutur kata dan contoh teladan yang baik.

6. Memenuhi nafkah zahir dan keperluan asasi, seperti pendidikan, pakaian, tempat tinggal dan makanan mengikut kadar kemampuan suami.

7. Memenuhi keperluan nafkah batin. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan(jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu,dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.Kemudian apabil mereka telah suci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan Allah kepadakamu.Sesungguhnya Allah SWT mengasihi oarng-orang yang sentiasa menyucikan diri”-(Surah Al-Baqarah 2:222)

8. Menjaga dan memberi perlindungan daripada sebarang ancaman dan bahaya.
9. Menjaga aurat isteri...


Abang&Adik sambut birday together2

Good morning guys!



Pagi tadi sampai jer level 6 aku terus tuju ke opis bertembung dengan sorang mamat cina 2 orang, aku dah biase kot tengok dia sebab dia keje 1 level dengan aku..dia patah balik sambil cakap



''eh hai..i nak tangkap gambar dengan u boleh?''


''ha??''


''Tangkap gambar dengan u''


''aikk i bukan artis maa..i dah lambat ni nak masuk meeting''


''ooo ok.. i like yr baju kurung''



Sambil tersengeh2 aku bukak pintu opis masuk jer rase macam pergi kutub utara..punyala sejuk aircond tak tutup semalam..heheh



ok tu pagi tadi punya story.. ni aku nak story malam tadi punya story..aikk ape byk sotry daaa



Semalam birday anak buah aku 2 orang adik beradik memang sama date 23/6 kebetulan ibu dia coti semalam so dia buat birday anak2 dia malam tadi.. last min punya preparation..


Menu LAKSA,BIHUN GORENG,SATE.


Birday boy.. Yang kecik abang, yang besar adik....yerr sila percaya, ape motip hubby suh budak2 tu beratur...xpahamm


Tak caya? bagusss sebab yang besowwww abang yang kecik adikkk.. beza kan...kalau kena lanyak ngan abang dia boleh pengsan tau..


Bila snap pic memang susah kalau nak masukkan dua2 orang ni dalam 1 gambar..yang kecik memang senang..yang besoww aku kena tunduk sikit bagi masukkan kepala tu jer..nak hampir berjaya dah tu..cuma sikit jer kepala dia tak nampak..


My sis wit mak&qaseh...


Kan aku dah cakap..dia memang suka makan sate..siap bawak diri lagi duk kat tangga...


Nampak tak tu..

''kiss mak lang cepat''


Lepas sate laksa pulak..


My nieces.



yang kecik memang pendiam...sila percaya lagik..


Nampak pendiam kan...layan tu tengok tibi sambil jari masuk mulut


haaa tengok ni..diam sangat..


see diam x??


''Cepatla ibu...kang aidid colek kek ni kang''










Dalam pada kita busy macamana pon..yang wajib tetap jangan dilupakan...






Begitula suasana last min punya birday party...