Salam Ramadhan..

Pagi yang indah....


Cuma mengantuk sikit..ngeeeee


Pukul 3.30 pagi aku dah bangun itu pon sebab aku terjaga si kecik tu jeles ayah dia tido sebelah mama dia..sanggup dia bangun baring atas badan aku..Pukul 4.30 pagi terjaga lagi sebab aku kunci jam nak panaskan lauk... heheheheehe nasib baik aku dengar bunyi jam..kalau aku dengar tapi buat2 tak dengar ape agaknya alasan yang kukuh nak bagi kat hubby aku ni...


Malam tadi lagi aku dah masak siap.senang pagi bangun panaskan jer..dah siapkan meja settle sume aku baring kejap sambil2 kejut hubby cakap nak imsak dah..huuhuh kalau tak buat camtu susah nak bangun. yang si kecik plak tetiba je bangun panjat sofa tengok ikan atas rak sambil bercakap2, nasib baik aku tak turut serta kalau tak susah mau explain..


.......................................................................................................


Hari sabtu baru2 ni kitaorang pergi KL, konon2 nak carik baju raya la kan..malangnya gerak dari umah kol 3 sampai KL betul2 dapat parking kol 5 petang..memang nak nangis je time tu..rase macam nak giveup dah tak mo datang KL lagi..ramai sangat2 orang shopping raya..aku sepatah haram tak dapat beli ape2.. dengan si kecik merengek2 nak berjalan sendiri..memang kim salam romeo jela aku nak bagi dengan ramai2 orang tu..


Giveup mak nok nak pergi KL dah...


....................................................................................................


Tapi tak pe semalam dah carik baju kami anak beranak sama clr sama corak....awwwww !


...................................................................................................


Selamat berpuasa ya! jangan noty2 k..





CIKBUNGA: Tak dapat menikmati hari pertama puasa.. bendera merah tak sabar2 nak naik..kuikuikuikui

Jom bali Jom!

Sedapnya yer tarik selimut tengah2 hujan lebat ni...very heaven la konon2..


Malam tadi elok2 nak kuar bertiga jadi berdua jer sebab anak aku akak aku bawak dia keluar. memang bestla kan kalau dah jalan berdua tiada gangguan ni..huhuhu romantikla kononnya........puihhh


Lepas shopping sambil usha baju2 raya . terus ke restaurant JOM BALI di tesco mutiara damansara.. mula2 kitaorg masuk restaurant MADAM'S LIM tapi servis dia terlalu la lembab ,nak amik order pon kena makan masa..orang bukannya ramai pon..tu sebab kitaorg makan kat jom bali..servis amik order cepat sangat tapi nak tunggu makanan sampai sempat la korang nak pergi beli barang kat tesco kejap.tu belum kalau ade anak lagi mau dia merengek2 kat situ.. macam orang belakang aku lagi best. baru je order terus anak dia cakap ''mama makanan mana?'' haaa ko hader?


Mestila air sampai dulu, kalau makanan sampai dulu itu mesti ade something wrong..



Tunggu dalam 15min baru makanan sampai..tapi orang lain punya bukan kami..heeeeee lepas orang tu baru kami..itu pon hubby punya dulu...heeeee

Mee sup seafood RM12++


Tunggu lagi dalam 5min aku ingat dia nak anta dekat aku rupa2nya orang lain..huhuhuh hubby siap gelak lagi tengok aku dah ready...heeeeee
lepas orang tu barula aku.........


Nasi goreng ayam RM8.90

Lama betul nak mengoreng kekdahnya.........



Overall ok sedap cuma nasi dia pedas...aku tak lalu nak habiskan pon...


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN, SEMOGA RAMADHAN KALI INI MEMBAWA SERIBU MAKNA BUAT SEMUA UMAT ISLAM. 





CIKBUNGA: hindarkan diri kita daripada mengumpat orang ya..bye!

















Cara nak layan bola tanpa gangguan.

Mulakan entry dengan muka ini ya.. lalalalalala



Good morning guys! dihari yang mulia ini elokla jika kita pergi ke keje pakai baju kurung tanpa secalit makeup, hanya eyeliner peneman seri..wahhhhhhhhhhhh ayat ku *fengsan sekejap*


So how penyokong2 malaysia?? kalah?? tak pe..tak masuk worldcup pon xpe..janji aku tengok worldcup nanti...*lempang*


Malam tadi nak kan layanan yang 1st class nengok bola kat rumah, tanpa gangguan si comel lote tu..aku bagi dia main bedak..ngeeeeeeeeeee sebab? sebab aku tau kalau dia main bedak dia diam sampai tertido.. kalau tak tido pon habis je 1 botol bedak tu baru dia kacau aku..so sempatla habis bola kan..pandai tak mama dia..heeeeeeee


Mula2 dia taburkan bedak dekat kaki dia jer..itu aku tak kisahla lagi ...ni dah melarat ke kaki aku tu yang aku kisah tu.. aku ngelak dia marah..aku marah dia ngelak.. aikkk lain macam je..


Last2 aku bangun duduk atas sofa..dia cari mangsa dia yang lain..hubby? hubby manade dia pergi masjid baca yaasin.. so dia dapat idea main dekat sini..tak pela nak oii janji kamu tak kacau mama kejap yer..


Taraaaa!!!!! terkejut tak? terkejut tak? ngeeeeee

dia nampak je flash camera trus pandang camera dengan penuh gaya..
Bila aku suruh letak dekat bear dia, dia tak nak pulak...saje je bagi mama buat banyak keje..



1 rumah bau bedak..sekejap2 kang dengarla orang duk bersin memanjang.. *akula tu*


Dah penat duduk berdiri pulak..

Sebelum ayah dia balik sume ni dah clear..huhuhuhuh pandai tak mama dia hilangkan segala bukti .tapi tak jugak..tetiba hubby cakap ''qaseh macam baru lepas main bedak je'' terusla aku cakap ''aa'' jawapan yang sangat ringkas .




....................................................................................................


Sakit hati tengok bola malaysia tak gol2..asyik singapore jer ade peluang nak masuk gol..trus aku tukar channel astro 132 MIMIE MENCARI CINTA. qaseh suka ko citer ni.. aku tukar channel jer terus baring sambil kaki letak atas rak tibi..*sapela yang ngajo ni*


Layan woo.. mak aku pon cakap..kalau dia pasang citer ni qaseh duduk tercongok depan tibi tu....



Dah2 nak cont buat keje.. baru dapat gaji keje pon malas! haishhhhh............







CIKBUNGA: Esok destinasi mencari baju raya corak+colour sama untuk kami 1 family..yeayyyyy!

Sekali Lagi Full Movie


Lai lai lai..mari dekat mari rapat2..duduk sebelah saya mau layan ini cerita.. hahahahah *gila







Best?? aku tak nengok lagi..heeeeeeeeee skang tengah layan filem ''tolong awek aku pontianak''





bye bye..



Homemade Brooch RM2.50 pcs

Good morning guys.


Harini aku nak jual barang.. hehhehe tetiba je yek.


Begini ceritanya... kawan 1 opis hubby ade jual homemade brooch .lawa+cute sume ade.. aku suka..boleh pakai dekat tudung,baju ,mana2la yang korang rase nak pin kan.. macam2 colour ade.. ni salah 1 contoh aku pakai harini pergi keje..

Baju biru tetiba bunga oren.. yang ado kata ko.. kreatif sikit..heheeheh hubby cakap kalau kena bunga biru lawa sikit..hurmm nak kena order ni...

1 pcs RM 2.50

kalau korang nak order leh komen entry ni ataupon email kan ke  (qaseh_zamia@yahoo.com)

atau leh call no ni 013-2619571 (tia)





CIKBUNGA: harini sakit peyutla.....

Nasib toncit kau comel..

Sampai je rumah kalau tak terus sangkut beg memang inila jawapannya...walaupon aku lambat 3saat ..habis segala harta bende dia bawak keluar.. yang best tu span muka ni dah 2x dia koyak kan..nasib badan aku betul la...dahla mahal..huhuhu 1 span 4hinggit lebih ko.. sedihhh betullll


Bangga betul kalau berjaya menyelongkar beg. belum lagi beg ayah dia lagi byk hazanah *maksud disebalik hazanah sampah*


Hancur luluh hati mama qaseh tengok span sudah berkecai sebegini rupa..sampai jiwa kamu qaseh buat mama kena beli buat kali ke3...haishhhh


Tapi tak ape ..hati mama tak jadi hancur sebab tengok rambut qaseh dah boleh ikat..heheheh i likee... tak kisahla ingat pokok kelapa ke pokok manggis ke janji ikat..huhuhuhu


Walaupon rupamu tetap comel tetapi toncitmu tetap menjadi pojaan hatiku...................................






CIK BUNGA: Yaayyy esok dah gaji..! shopping time!

BAGAIMANA MATAHARI TERBIT DARI BARAT.

Sehingga ke hari ini maseh belum ada manusia yang dapat menjelaskan teori atau fenomena “Bagaimana Matahari Terbit dari Barat”. 
Fenomena ini diterima oleh saintis Barat dan mereka telah mengeluarkan pelbagai teori. Malah tidak kurang juga dengan saintis-saintis, ilmuan dan pemikir Islam yang memberi pandangan dan komen. 
Tidak semua teori dari Barat adalah betul, maka marilah kita sama-sama kembali kepada Al-Quran dan mengkaji bagaimana agaknya penjelasan Al-Quran.


Untuk kebaikan bersama, baik kita “melihat” sepintas lalu akan teori-teori Barat ini sebelum kita mengkaji teori Al-Quran agar kita dapat membuat penelitian dan perbandingan.


Barat mengemukakan 3 teori iaitu:







1) Teori-1: “retrograde motion” iaitu relatif peredaran bumi dengan planet lain seperti planet Marikh.




2) Teori-2: perlanggaran bumi dengan komet atau planet lain yang amat dasyat sehingga menyebabkan bumi bertukar pusingan.


3) Teori-3: sebab keadaan bumi yang semakin hampir dengan matahari!


Ke tiga-tiga teori ini boleh dimuat turun dari kebanyakkan sesawang Internet (seperti www.Islamhadhari.net “Saintis Barat akui matahari akan terbit dari barat” pada Ogos 18, 2008). Di bawah ini adalah sedikit ringkasan dari petikan artikel di atas.


Fenomena ini terdapat di dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda (yang bermaksud).


“Tiga perkara, apabila zahir kesemuanya, tidak akan memberi manfaat iman seseorang itu. Sama ada yang tidak pernah beriman sebelum itu atau imannya tidak memberi kebaikan terhadap dirinya. (Iaitu) ketika matahari terbit dari arah barat, Dajjal dan Daabatul Ardh (sejenis makhluk dari dalam bumi).” 


(Riwayat Muslim)


Teori Al-Quran


Sekarang mari kita mengkaji teori Al-Quran “bagaimana matahari terbit dari barat”. Saya memilih dan mengkaji 7 ayat (mungkin ada banyak lagi ayat-ayat lain) yang saya fikirkan bagaimana Al-Quran menjelaskan tentang fenomena ini iaitu satu ayat pada surah Al-Qamar 
(54:1) (bermaksud) “Saat (hari Kiamat) semakin dekat, bulan pun merekah/terbelah” dan 6 ayat pada surah Al-Hijr (15:72-77) (bermaksud) (15:72) “Demi umur engkau, sesungguhnya mereka dalam keadaan mabuk dan kebingungan. (73) Lalu mereka disambar bunyi teriakan yang keras ketika matahari terbit. 
(74) Lalu Kami jadikan (negeri) mereka yang diatas jadi ke bawah (tertonggeng), dan Kami turunkan ke atas mereka hujan batu dari tanah yang keras. (75) Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda-tanda agi orang-orang yang memerhati (mengkaji). 
(76) Dan sesungguhnya (negeri) itu maseh benar-benar terletak pada jalan yang maseh tetap (tidak musnah dan maseh dilalui orang. (77) Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda bagi orang-orang yang beriman )” .




Bulan merekah menyebabkan sifat bumi menjadi tidak stabil


Mengikut kajian saya, Al-Quran menjelaskan matahari akan terbit dari barat apabila bumi sudah “tertonggeng” iaitu kutub utara menjadi kutub selatan dan kutub selatan menjadi kutub utara. 
“Proses tertonggeng” ini berlaku apabila bulan merekah dan memancarkan tenaga elektrik ke arah bumi, menyebabkan daya magnet bumi bertindakbalas dan berpusing secara perlahan-lahan. 
Tenaga elektro-magnet ini juga akan menyebabkan otak manusia menjadi bingung dan keliru. Selain dari tenaga elektro-magnet, rekahan bulan juga akan memuntahkan batu-batu keras serta mengeluarkan tenaga bunyi, yang kemudian sampai kebumi. 
Sebab itu manusia di bumi akan mendengar bunyi yang kuat, dan kemudian manusia akan dihujani oleh batu-batan.


Apabila bumi sudah tertonggeng, maka manusia dibumi akan dapat melihat matahari terbit dari barat.


Teori Quran Vs Teori Barat


Kalau di kaji dengan teliti, teori yang dijelaskan Al-Quran ini agak berbeza dari teori-teori barat. Yang pertama, Al-Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi bertukar arah. Al-Quran menunjukkan perkaitan yang erat dan rapat antara bumi dan bulan. 
Tetapi teori barat tidak ‘nampak’ pun peranan bulan dalam proses kejadian ini.


Yang ke-duanya, teori Al-Quran nampak lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan melalui ujikaji makmal. Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari akan naik dari barat! 
Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang besar), maka bumi akan hancur! Perlanggaran ‘kecil’ (seperti yang berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi. Lagi pun sekiranya komet melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya mungkin akan menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam kepada 10 jam sahaja/hari. 
Sekiranya bumi berputar pada kelajuan ini, maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (atau khatulistiwa) ialah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan, tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta binatang-binatang akan berterbangan.


Lagi pun untuk membolehkan bumi perputar pada arah bertentangan, komet yang melanggar bumi mesti pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali kelajuan putaran bumi iaitu 3,300 km/jam (sekiranya saiz komet sama besar dengan saiz bumi), dan mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau ianya melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak akan ‘terbit dari barat’.


Yang ke-tiga, teori Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku kerosakkan yang besar kepada makhluk di bumi. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar (misalnya bumi hancur), maka ini bermakna sudah “betul-betul kiamat” dan bukannya lagi “hampir kiamat”. 
Di dalam hadith di atas menjelaskan selepas matahari naik dari barat maka segala amalan dan taubat tidak diterima lagi, dan dajal akan turun ke bumi (ini menunjukkan manusia maseh lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti biasa).


Tambahan pula Al-Quran menyatakan (15:76) manusia akan melihat jalan-jalan tetap tegak, nampak seperti biasa tanpa sebarang kerosakan, dan maseh boleh dilalui.


Ke-empat, penjelasan Al-Quran lebih menyeluruh dan dari teori barat. Ahli sains telah mendapati bahawa terdapat ‘2’ jenis permukaan bulan iaitu permukaan yang cerah (yang sentiasa mengadap bumi), dan permukaan gelap (yang sentiasa membelakangi bumi). 
Kedua-dua permukaan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang amat ketara seperti warna, daya graviti, kandungan bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan sebagainya. 
Oleh itu apabila bulan merekah ia akan merubah polar graviti, mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya graviti dan magnet bumi bertindak balas.
Kesimpulan


Al-Quran adalah kalam Tuhan dan kitab yang mengandungi pelbagai ilmu yang maha hebat dan menjelaskan segala-galanya. 
Fenomena matahari terbit dari barat dijelaskan Al-Quran dengan terperinci, jelas, dan saintifik. Penjelasan Al-Quran nampak lebih logik dan mudah difahami berbanding dengan teori-teori lain seperti dari Barat.



ESOK MATAHARI DEKAT DENGAN BUMI.



"Disarankan, supaya esok JANGAN memakai pakaian yg berwarna gelap. Disarankan juga mengunakan topi atau sunblock kerana besok merupakan jarak terdekat antara matahari dengan bumi dan besar kemungkinan akan ada peningkatan suhu sehingga 4 darjah C selama 4 hari berturut2. Perbanyakkan minuman air mineral atau air masak"





Alasan kawan2 kita kenapa tak tutup AURAT.




Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

  • Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke? : Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.
  • Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang : Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia."Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, "pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…"
  • Macamlah kaubagus sangat nak tegur aku. Kaudulu lagi jahat nak mampos : Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagikau Islam, dakwah tu wajib walaupun kausendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.
  • Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik : Adakah kaumendakwa dirikau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah dirikau tanpa perlu menutup aurat?
  • Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok : Adakah kauberani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?
  • Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami : Seksi atau tidak, kautetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambutkau.
  • Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa : Apakah ibadatkau diterima? Kauyakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kaumasuk syurga?
  • Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain :Kausebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersamakau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidikkau.
  • Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan : Berani cakap di dunia, berani ke kaucakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.
  • Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis) : Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?
  • Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru : Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.
  • Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la... : Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu bro... Jangan ambil lagi nyawa aku.
  • Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya : Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.
"Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi." "Di mana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu." "Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu." 




Thanks tu DENAI CINTA for sharing this entry.



BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU ?



Macam menarik kan..silala sape nak komen/kritik blog ni..aku izinkan..tapi kritikla yang membina sikit tau..uhuh bukan aku suruh korg kritik aku yer..itu dah salah info nampaknya..


Kritik blog ngan kritik aku lain ok.. hehe kalau nak kritik aku sila email..miahahahah


Sesiapa saje aku bagi kritik..sila jangan takut....


Korang kritik aku aku kritik blog korang balik..ok?



Cempelak goleng by suamiku.

Good morning.


Ketung ketang ketung ketang kedengaran bunyi di dapur..sambil aku memerhatikan jam di dinding baru pukul 7 pagi. bila masa pulak aku ade order sorang maid ni. *sambil pikir sambil pejam mata*


Ok cukupla dengan segala ayat skema diatas,,mari kita tidak beradab bersama dengan ayat2 di bawah.


......................................................................................


Tengok orang sebelah anak aku tak ade.. yer jangan confuse cara kami tido AYAH ANAK MAMA, anak di tengah, bila dah pukul 3 pagi kekadang tu boleh jadi MAMA ANAK AYAH. agak kelam kabut disitu.. pon pernah jadi gak sedar2 jer ANAK MAMA AYAH. hurmmm cer pikir cer pikir..


Ok cont


Rupa-rupanya kau bersendiwara dengan seseorang............. *opss ternyanyi pulak*



rupanya hubby aku tengah bersihkan dapur kot..sebab aku bangun tido jer dapur aku bersih...bolehla kalau nak menang award BERSIH 2.0 . *sorry terlebih disitu*



Bukan tu jer..dia goleng cempelak sekali maa..waaa talak caya woooo..nasib baik waa talak fegsan bila tengok cempelak goleng sudah tersedia...waa nangis lu tau x...sadis woooo


Apekata lu olang pon nangis sama waaa... sama2 touching ok.



Perghhh aku tersentap korang tau tak..rase macam nak tulis dalam buku diari sejarah harini. dalam kepala otak aku pikir gak dia letak x garam sikit dalam bancuhan tepung ni..huhuhuhuh isau tetap ade.


Tapi tak pe..aku tabik springggggg! kat dia..waaaaa cayang lu la bro!


..................................................................................................


Mana aku dapat cempedak?? malam tadi kawan aku bagi rambutan,langsat,cempedak,stoi. dia baru lik dari kampung dia.. waaa happy gila kot dapat buah2 ni..thanks 2 aini.. :)





CIK BUNGA: bekfes cempedak aku harini..sape tegur aku bau cempedak dalam opis ni aku bagi dia 1 bijik.. heeeeeeee

Lagi2 ikea meatball ,tak ade tempat lain yek?

Makan2 di ikea lagi sebab dah situ jer ade food tuk budak..senang anak aku nak makan...



Sedapp..sos dia memang sesuai tuk kanak2..tang leher tu aku terpakse pakai baju spare dia..terlupa bawak dip..huuhuhuh

Feveret..sedapp sangat2.. 1 slice ni anak aku melantak sorang..

Memang best makan sini..nampak je ramai macam tak cukup seat ..realitinya seat belambak..


Makanla puas tak pe..sebab next week dah berpuase mesti tak lalu nak makan bende2 camni kan..semua pakat pi bazar hari2 ..


Ohh ade kawan tnyer aku yang ikea meatball ni tak halal.. di sini aku nak bagitau yang ikea meatball HALAL.. diaorg samak haritu sebab nak tutup cerita2 yang orang cakap ikea food tak halal..so diaorg sanggup samak.. ikea luar negara dengan kita lain.. sama macam KFC & MCD kalau dekat luar negara fast food diaorg tak halal.. tapi kat sini HALAL..


HALAL atau HARAM hanya allah yang mengetahui..


Tapi kalau dah terang2 tulis TAK HALAL tapi korg yang HALAL kan itu jawapla sendiri dekat akhirat kelak..huhuhuhuhu


Duk rumah masak jela kalau tak yakin dengan makanan luar..tapi bila pikir balik sama gak korang masak pon cara pembelian korang tu HALAL ke??? huhuuhuhh pikir2 kanla...




CIK BUNGA:  Yeayyy aku kena transfer keje..yibaa! *kegembiraan dalam kesedihan*

pandai pandai...

Good morning guys!


Malas betul nak pergi keje harini kan? kan? kan? kee aku sorang je. huuhuhhu


Pagi tadi pukul 6 pagi anak aku bangun carik air masak dia..kesian..dahaga tapi dia xmerengek nak susu tu sebab aku tido tak sedar...tapi yang buat aku sedar dia minum air masak dia pon sebab dia sedut sampai berbunyi botol tu..dah habis jugak air masak dia..terus dia kejut aku suruh isi botol dia dengan air..sadis...


Bila si kecik dah terjaga terus tak nak tido balik, habis segala biskut ,keropok atas meja dia makan...yang lagi sadisnya dia makan sebelah kepala aku .wahhh tak de tempat lain nampak...bangun2 penuh kepala aku dengan habuk biskut..sabo jela..


Budak ni sekarang dah pandai ajak kawan2 depan rumah main dengan dia..sebab dia dilarang keluar daripada longkang depan rumah ni..kalau nak dengar tarzan menjerit cer try..


Sebab dia dah selalu dengar tarzan menjeritla dia ajak kawan2 datang rumah main..haaa pandai tak?


.....................................................................................

Terstop update belog sebab baru dengar berita yang aku tak suka!!!!! arghhhhhhhhhhhhhhhhh

Aku Mencintaimu Suamiku.





1. Jadilah Istri Yang Menghormati Suami
Bila istri menghormati suaminya, maka dengan mudahnya suami pun akan menghormatinya. Namun, bila istri tidak bisa menghormati suaminya maka selamanya ia akan menderita disisi suaminya. Mengapa? Apakah memang sikap saling menghormati merupakan kebutuhan asasi bagi suami yang tidak bisa ditawar-tawar lagi sehingga mereka mewajibkannya atas istri?
Banyak istri yang bila telah melahirkan anak suaminya beranggapan bahwa ia akan terus damai disisi suaminya. Ia menyangka akan senantiasa bahagia disisi suaminya hanya dengan telah lahirnya anak suaminya. Akibat dari sangkaan dan duga-duga ini akhirnya banyak istri yang lupa atau tidak lagi memandang perlu sikap hormat kepada suaminya. Ia banyak merendahkan suaminya dan menyepelekannya.
Ketahuilah, istri yang menghormati suaminya ialah istri-istri penduduk surga. Tidaklah Anda ingin meneladani mereka? Rasulullah shalallahu alaihi wassalam pernah bersabda:
“Maukah aku kabarkan kepada kalian para istri kalian di surga? Wanita yang penyayang, sangat subur, dan suka kembali berbuat baik yang apabila berbuat aniaya ia akan mengatakan, ‘ Ini tanganku ada diatas tanganmu, aku tidak bisa sekejap pun memejamkan mata sehingga engkau ridho kepadaku”1
Bukankah meminta maaf merupakan bentuk penghormatan yang tinggi? Bukankah mengulurkan tangan mengharapkan maaf suami merupakan sikap hormat istri kepadanya?  Maka, bila Anda ingin menghormati suami, jadilah istri yang sabar atas kekhilafannya. Jadilah istri yang tidak pernah menentang suami saat ia marah. Jadilah istri yang menghargai dan menghormati cemburu suami. Jadilah istri yang bisa menjaga suami. Jadilah istri yang tidak enggan meminta maaf. Enggan meminta maaf suami adalah bukti kesombongan istri. Tunjukkan rasa hormat dan perhatian Anda kepada suami dihadapan orang lain, baik saat ia bersamamu maupun saat ia tidak hadir disisimu. Dengan begitu, Anda telah menghormatinya dan insya Allah Anda akan senantiasa bahagia disisinya. Perkataan yang mudah terucap dan mudah menghancurkan rumah tangga ialah, “ Aku tidak akan menghormatimu lagi”.


2. Jadilah Istri Yang Bertanggung Jawab
Banyak istri mengeluhkan perihal suaminya yang tidak bertanggung jawab. Sementara banyak pula suami yang menganggap istrinya tidak bertanggungjawab.Dalam masalah ini, penting sekali kita menilik kisah Asma’, putri Abu Bakar ash Shidiq. Ia adalah istri yang ikut memikul tanggung jawab dirumah suaminya secara sempurna. Bahkan ia tetap menjaga dan menghormati perasaan serta kecemburuan suaminya.
Suaminya ialah Zubair, seorang sahabat yang fakir. Asma’ pun tahu bahwa suaminya sangat membutuhkan kesiapannya untuk ikut memikul tanggung jawab keluarga bersamanya. Ia biasa mengurusi makanan kuda Zubair, menjahit tempat airnya, menumbuk gandum, mengusung biji-bijian dari kebun dan lain-lainnya. Namun begitu, ia sangat menyadari bahwa keadaanya tidak boleh mengurangi rasa hormatnya kepada suaminya. Ia tetap menjaga perasaan suaminya dan kecemburuannya. Ia lebih memilih mengusung biji-bijian diatas pundaknya dengan berjalan kaki daripada naik untuk padahal ada kaum laki-laki bersamanya. Hal itu hanya demi menghargai kecemburuan suaminya. Sehingga dihadapan istri yang sangat menghargai dan bertanggung jawab inilah sosok seorang suami pun luluh hatinya sehingga ia berkata, “ Demi Allah, pengorbananmu untuk membawa biji-bijian itu jauh lebih berat bagiku daripada dudukmu diatas unta Rasulullah shalallahu aalaihi wassalam”.Memang , Asma’ lebih mendahulukan kecemburuan suaminya sehingga tidak menerima tawaran Rasulullah Shalallahualaihi wassalam untuk naik di unta beliau saat mengusung biji-bijian.


3. Jadilah Istri Yang Terbuka dan Menghargai Perasaan
Ketenteraman perasaan dipengaruhi oleh terungkapnya isi hati pasutri. Ungkapan isi hati tentang rasa cinta kasih istri terhadap suami merupakan factor utama untuk mewujudkan kebahagiaan rumah tangga. Para suami sangat membutuhkan hal itu, sebagaimana istripun membutuhkannya. Bahkan Rasulullah Shalallahu aalaihi wassalam membolehkan istri berdusta dalam pengungkapan rasa cinta dan kasihnya terhadap suaminya demi terwujudnya kehangatan hubungan berumah tangga dan demi terpeliharanya ikatan pernikahan.2 Lalu,mengapa pasutri tidak melakukannya? Mengapa para istri tidak mengutarakan isi hatinya kepada suaminya tentang sesuatu yang bisa membahagiakan kehidupan rumah tangganya?


4. Percayalah Kepada Suamimu
Rasa cemburu merupakan bukti yang sangat kuat akan besarnya cinta dan kasih istri kepada suaminya. Sehingga rasa cemburu terkadang dibutuhkan untuk mengungkapkan isi hati istri kepada suaminya bahwa ia mencintai dan mengasihinya. Bahkan, sifat pencemburu merupakan hal yang lazim bagi wanita. Namun cemburu ada dua, sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah Shalallahu alaihi wassalam:
“ Ada diantara sifat cemburu ada yang dicintai dan ada pula yang dibenci oleh Allah. Adapun cemburu yang dicintai Allah adalah cemburu dalam keragu-raguan, sedangkan cemburu yang dibenci oleh Allah ialah cemburu tidak dalam keragu-raguan”3
Cemburu tidak boleh menghilangkan kepercayaan istri kepada suaminya dengan memastikan bahwa suaminya telah salah dan menyeleweng, misalnya si istri mengatakan: “ Mengapa kamu telat pulang?” atau “ Darimana saja tadi kamu pergi?” atau “ Berapa banyak wanita yang bekerja ditempat kerjamu?” Semua perkataan ini dan yang senada ialah cemburu yang tidak baik sebab didasari penetapan bahwa suaminya telah salah dan menyeleweng, bukan dibangun diatas kepercayaan atau sekadar duga-duga dan rasa ragu yang akan hilang dengan penjelasan dari suami.


5. Jadilah Istri Yang Berakhlak Terpuji
Seorang suami yang shahih akan merasa bahagia dan terpenuhi kebutuhan asasinya bila beristrikan seorang wanita yang baik akhlaknya. Wanita yang buruk ialah wanita yang perkataannya selalu bermakna ancaman, ucapan dan suaranya kasar, tidak mau tahu kebaikan orang lain atasnya, dan suka mencari-cari keburukan orang lain. Selain itu, ia juga tidak mengasihi suami, sedikit rasa malunya, suka mencela, pemarah, rumahnya kotor, suka menunjuk dengan tangan dan jarinya, biasa berdusta, dan selalu meneteskan air mata buaya. Istri yang berakhlak terpuji tidak memiliki sifat-sifat tersebut. Bahkan, disaat ia sedang cemburu sekalipun, ia hanya akan menyebut kebaikan suami yang tidak bisa tidak harus membuatnya cemburu.Semoga dengan 5 hal in Anda, para istri , akan berbahagia bersama suami Anda. Wallahul Muwaffiq.

Sanggupkah dikau menjadi suamiku?


 
Wahai Adam yang akan bertakhta di hatiku sebagai suami..
 
Jika engkau mengharapkan harta menggunung tinggi, aku pasti akan mengecewakanmu..
 
Jika engkau mengharapkan wajah secantik puteri, aku pasti akan mengecewakanmu..
 
Jika engkau mengharapkan layanan sebaik khadam, aku pasti akan mengecewakanmu..

Jika engkau mengharapkan teman yang setia di sisi, aku pasti akan mengecewakanmu..
  
 
Wahai Adam yang akan bertakhta di hatiku sebagai suami..

Sebelum benar-benar engkau hadir, inginku bertanya sesuatu padamu.. 
 
Adakah engkau sanggup menerimaku sebagai isteri jika tidur lena mu ku ganggu untuk kita bersama-sama munajat padaNya..
 
Adakah engkau sanggup jika aku tidak sudi engkau menjadi imamku untuk solat subuhku kerana ku ingin dirimu solat subuh berjemaah di masjid..
 
Adakah engkau sanggup jika selepas pulangnya engkau dari solat berjemaah aku tidak merelakan engkau tidur semula..malahan aku ingin engkau menghidupkan majlis taklim (saling berkongsi pengisian) antara aku & dirimu..
 
Adakah engkau sanggup jika setiap pagi aku ingin kau membaca mathurat bersama ku..

Adakah engkau sanggup jika selepas kau pulang dari bekerja, aku masih lagi dengan tugasku di luar..
  
Adakah engkau sanggup jika ketika engkau di rumah, aku sering meminta izin untuk keluar dengan alasan berjumpa rakan-rakan sedangkan pada hakikatnya aku ingin meneruskan medan perjuanganku..
 
Adakah engkau sanggup jika setiap isnin & khamis kau menemaniku berpuasa sunat..
 
Adakah engkau sanggup jika bersama-samaku menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan kita..
 
Adakah engkau sanggup jika aku menasihatimu & membawamu lebih mendekatiNya..
 
Adakah engkau sanggup jika akan ada malam tertentu rumah kita akan dipenuhi orang untuk majlis ilmu..

Adakah engkau sanggup jika tetamu kita sering bertamu sehingga tidur di rumah kita kerana ia mungkin akan mengganggumu..
  
Adakah engkau sanggup jika hujung minggu kita dipenuhi dengan menziarahi orang tua kita..
 
Adakah engkau sanggup jika aku meminta dirimu menceritakan kisah sirah Rasulullah SAW & perjuangan para sahabat kepada anak-anak kita sebelum mereka tidur..
 
Adakah engkau sanggup jika aku tidak merelakan engkau memberi pelbagai kemewahan pada anak-anak kita kerana aku ingin mereka menjadi hambaNya yang bersyukur selalu..
 
Adakah engkau sanggup jika tanganmu sentiasa ku pegang walau ke mana arah tuju ketika kita berjalan bersama..

Adakah engkau sanggup jika keluar berjalan denganku yang bertudung labuh, berbaju longgar, dan seringkas yang mungkin di hadapan hambaNya yang lain..
  
Adakah engkau sanggup jika masakanku tidak sesedap yang kau harapkan..
 
Adakah engkau sanggup jika layananku kekok padamu..
 
Adakah engkau sanggup jika ujian Allah itu datang dan ku pinta engkau menyunting bunga yang lain untuk dirimu..

Adakah engkau sanggup jika segala ini benar-benar berlaku??? 
 
 
Wahai Adam yang akan bertakhta di hatiku sebagai suami..
Aku tahu bagimu pernikahan itu menghalalkan segalanya…tapi lain dari persepsiku…
  
 Sememangnya benar pernikahan itu menghalalkan segala apa yang terhijab antara aku dan dirimu…tapi aku ingin kau juga mengetahui & mengerti bahawa pernikahan jua adalah jalanku untuk ke syurga-Nya..pernikahan jua adalah jalan untuk kita melahirkan mujahid mujahidah yang soleh solehah..sememangnya aku akan berusaha semampuku untuk membahagiakanmu kerana walau apa yang berlaku, kau tetap suamiku tika itu..namun telah ku nekad dalam diriku untuk terus memperjuangkan segala apa yang ku perjuangkan kini…


aku memberitahu segala ini terlebih awal kerana aku tidak ingin engkau menyesali jika perkara ini benar-benar terjadi..kerana itu telah dari awal ku sediakan diriku untuk membiarkan engkau mencari yang terbaik untuk dirimu..kerana cukuplah Allah bagiku..mungkin bersamaku akan membuatkan dirimu merasa bosan & tiada kehidupan tapi sedarlah wahai bakal suamiku bahawa cara hidup Rasulullah SAW itulah yang terbaik..dalam rumahtangga kita pasti ada senda guraunya..Cuma aku mungkin akan lebih sibuk dengan gerak kerja ku di jalanNya..kerana telah ku pilih jalan-Nya..hingga akhir hayatku akan ku terus di jalan-Nya..dan ku bermohon semoga hembusan nafasku yang terakhir jua adalah di jalan-Nya..terimalah diriku seadanya~
  
 Dunia ini sudah tidak lama lagi..jika ada jodoh di dunia, kita akan bertemu atas ikatan pernikahan yang sah atas namaNya..tidak ku mengharapkan engkau seorang yang terlalu mulia..cukuplah bagiku jika engkau sedar hakikat dirimu iaitu hamba Allah..kerana jika engkau sedar, pastinya engkau akan menjalankan tanggungjawabmu sebagai hambaNya..jika tiada jodoh kita di dunia, semoga kan bertemu di syurga..insyaAllah..aku ingin kau tahu bahawa cinta Ilahi tetap yang utama di hatiku..dan aku mencintaimu kerana Dia~
  
 

Sekian warkah khas untukmu wahai Adam yang akan bertakhta di hatiku sebagai suami..~