Buy 2 free 1 for chatime!

.

Thanks to Nuffnang coz bagi voucher chatime..air feverettttt tu... yummy tq!




Siap ade nama bagaiiii


Thanks again..!





"Nuffnang Blog Awards, Here I Come"

.

Wahhh verangan je lebihhhh.. konon2 teringin nak attend nuffnang blog award tu kan... ya hadooo


3 reason why i want to attend the Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011 is :


1) i really want to see all the bloggers in the world.

2) Exchange opinion, some views about blogger

3)  i can'nt wait to feel my own excitement that night.



.........................................................................................................................

Come 16 December 2011, 500 bloggers from around the Asia-Pacific region will flock to Kuala Lumpur, Malaysia for the Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011 in Putrajaya Marriott. The Awards aims to not only honour the region's best bloggers, but also to bring together blogger communities from across Asia-Pacific. The Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards is brought to you by Volkswagen Malaysia and Putrajaya Marriott.

.........................................................................................................................





Pastikan Keselamatan Alat Mainan Kanak-Kanak.

.



Label merupakan satu perkara yang amat penting pada alat mainan. Anda haruslah membeli alat mainan yang mempunyai pelabelan yang baik.

Sebagai contoh, anda harus melihat kepada label yang memberikan maklumat mengenai kesesuaian umur kanak-kanak untuk bermain dengan alat mainan tersebut.

Jika alat mainan yang dikhaskan untuk kanak–kanak yang lebih tua diberi kepada kanak-kanak kecil atau bayi, ia boleh menyebabkan kecederaan.
Label yang baik juga harus menyatakan nama, alamat dan nombor telefon pengedar atau pengilang.

Kini, pengguna-pengguna harus melihat label MC pada alat mainan kanak-kanak. Label MC merupakan Conformity Mark yang bermaksud alat mainan tersebut mematuhi standard keselamatan yang telah dikuatkuasakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

- Tercekik
Kanak-kanak kecil, terutamanya kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke bawah mempunyai kecenderungan untuk memasukkan alat mainan ke dalam mulut. Alat mainan yang mempunyai tayar seperti kereta, lori, motosikal harus dipastikan supaya tidak mudah tertanggal. Alat mainan juga tidak harus mempunyai bahagian-bahagian lain yang mudah dikeluarkan atau tertanggal kerana kanak-kanak boleh tercekik jika tertelan.

Bagi bayi, alat mainan yang bertujuan untuk digigit haruslah berukuran besar supaya bayi tersebut tidak akan tercekik.

- Tali Panjang
Alat mainan dengan tali yang terlalu panjang juga harus dielakkan kerana tali tersebut boleh tersimpul di leher kanak-kanak dan bayi. Ini boleh menyebabkan masalah tercekik yang serius.

- Belon
Belon juga merupakan sejenis alat mainan yang diperbuat daripada getah. Belon yang belum ditiup boleh ditelan oleh kanak-kanak. Oleh itu, belon yang belum ditiup harus dijauhkan daripada kanak-kanak.

Jika terdapat belon yang meletup, sisa-sisa belon tersebut hendaklah dikutip dan dibuang dengan serta-merta.

- Magnet-magnet dan bateri kecil
Bagi alat mainan yang mempunyai magnet, anda harus memastikan bahawa magnet tersebut adalah kuat dan tidak mudah tertanggal daripada alat mainan tersebut.

Kecederaan pada salur penghadaman dan bahaya tercekik mungkin terjadi pada kanak- kanak yang menelan magnet. Jauhkan alat-alat permainan yang mempunyai magnet daripada kanak-kanak yang berusia di bawah enam tahun.

Sesetengah alat mainan akan mempunyai label yang menyatakan bahawa alat mainan tersebut mempunyai magnet

Sesetengah alat mainan menggunakan bateri untuk berfungsi. Bateri-bateri tersebut mempunyai pelbagai saiz. Ibu-bapa tidak harus membenarkan kanak-kanak kecil untuk memasang bateri atau bermain dengannya. Ini kerana kanak-kanak boleh tertelan dengan bateri yang bersaiz kecil.

Terdapat pula kanak-kanak yang suka meletakkan bateri ke dalam mulut. Ini boleh menyebabkan bahan kimia yang terdapat pada bateri masuk ke dalam mulut kanak-kanak tersebut di mana ia boleh membawa keracunan logam berat.

Tempat memasang bateri juga harus dipastikan ditutup dengan ketat supaya kanak-kanak tidak boleh membukanya.

- Bunyi yang kuat
Alat-alat mainan dengan bahagian dan hujung yang tajam tidak sesuai untuk dibeli.

Telinga kanak-kanak adalah sangat sensitif kepada bunyi.Alat permainan dengan muzik yang kuat adalah tidak baik untuk kanak-kanak kecil kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada sistem pendengaran mereka.

- Bahan Kimia Toksik
Beberapa alat mainan atau bahan kosmetik kanak-kanak mengandungi bahan kimia toksik.

Kanak-kanak tidak harus dibenarkan untuk mamasukkan Alat mainan seperti cincin, rantai, gelang dan sebagainya ke dalam mulut kerana mainan seperti ini biasanya mempunyai bahan kimia seperti plumbum dan kadmium yang boleh terkeluar disebabkan air liur dan diresap masuk ke dalam badan melalui mulut.








TOPMUM: aku tau korg malas nak baca sebab panjang sangat kan????? muahahaahahahahah




Makanan yang membantu mengurangkan stress

.



.



(1) Kacang
Kacang mengandungi magnesium, yang dapat membantu untuk mengurangkan lagi penghasilan hormon kortisol (hormon yang menjadi punca stress). Tetapi anda dinasihatkan untuk tidak mengambilnya secara berlebihan keranan kacang mengandungi kandungan kalori yang tinggi.

(2) Brokoli
Brokoli mengandungi asid folik yang turut membantu dalam mengurangkan stress.

(3) Manisan
Hormon stress juga dikaitkan dengan proses penyimpanan lemak dibahagian perut. Hanya dengan meletakkan sedikit manisan dibahagian lidah dapat membantu mengurangkan stress yang sedang dialami.

(4) Roti gandum beserta jam atau madu
Makanan yang kaya dengan karbohidrat dapat membantu untuk meningkatkan hormon serotonin ( hormon yang membantu untuk memperbaiki mood dan juga memberikan ketenangan kepada anda ).

(5) Ikan salmon
Asid lemak omega-3 membantu sel-sel otak anda berfungsi dengan lebih baik. Ia juga berkesan dalam mengurangkan stress yang sedang dialami.

(6) Coklat gelap
Coklat gelap mengandungi kandungan endorphin, yang membantu untuk meningkatkan lagi sistem otak serta mengurangkan stress.

(7) Susu
Khasiat didalam susu dapat membantu untuk mengurangkan lagi tekanan darah seseorang dan juga stress.

(8) Minum koko panas
Air koko panas membantu untuk meningkatkan suhu tubuh seseorang, yang memberikan rasa keselesaan dan juga turut meningkatkan fungsi otak.

(9) Minum teh
Satu kajian yang dilakukan oleh University College London menunjukkan seseorang yang minum teh empat kali sehari selama enam minggu dapat mengurangkan penghasilan hormon kortisol yang menjadi punca stress.

(10) Minum air sejuk
Air sejuk dapat merangsang endorphin yang turut membantu dalam mengurangkan stress.



...............................................................................................................................


Yess aku kena dapatkan bende2 diatas ni NOW! sebab aku dh mula stress!!! 






Perghhhhhhhhhhhhh! Perghhhhhhhhhhhhhh! Perghhhhhhhhhhhhhh!

.

Tajuk diatas melambangkan yang aku betul2 nak cheesecake. sekian.








Perghhhhhhh terliiuqqq


Sejak akhir2 zaman ni aku mengidam betul dengan cheseecake.. korg bagila ape2 jenis pon janji ade cheese aku bantaiii...perghhh fellnyaa....



Nampak tak tu..layan pulak dengan creamer2 extra tepi tu..perghhhh lagila buat aku tak lena tido malam...ni sume kes akak aku suka beno dengan cheesecake..selalu gak dia bawak pergi umah mak..tu yang dengan aku2 sekali terrrsuka jugak.. kalau dulu euwwww tak leh nak masuk tekak sangat..*biasela tekak org melayu* miahahahhahah


Baru2 ni akak aku bawak lagi 1 kotak blueberry cheesecake..makan memangla dh makan..tapi cmner semalam kat tempat keje asyik duk teringat je kek tu sampaikan balik2 keje trus bukak peti ais umah mak dengan excitednya...sekali kata ko FINISH YILEKKK. nasib baik aku tak pegang pinggan ngan garfu siap baru bukak peti es , lagi sadissss kalau camtu....



Perghhhhhhhhhhh! 


Tak leh jadi ni wehhhh, harini kena dapatka jugak wehhhhhh...ke ade sape2 baik hati nak bagi aku cheesecake?? i slice pon wokehhh jerk...theeeee



TOPMUM : teringat pulak dulu2 ade secret admire asyik duk bagi cake secret recipe jerk..naik loya tekak aku dah...



Macam2 promotion drypers sekarang ni..best betuii!

.


TAK ADOLA MACAM2 SANGAT KAN! AYAT GEMPAK!! *sambil sengeh2 mintak penampar*



Fuhhhhh *sambil lap dahi* pueh aku shopping dekat sungai wang semalam.. xcukup dengan sabtu, ahad datang balik sebab xlena tido ade baju xdapek2...fuhhhh *sambil lap dahi lagi*


Yang sepatut lap dahi si hubby sebab dia yang jadi driver ke sane..muahahahaahhah 


OK bukan ni yang aku nak citer, aku nak share something kepada sesiapa yang pakai pampers drypers ehhh silap2 pada sesiapa yang anaknya pakai pampers drypers sila terjah skang untuk mendapatkan t-shirt free! ngehngehngeh


Aku rase korang memang dah beli pon kan..tp ade yang tak ade tau...kalau korg nampak pack camni ko sambar jela..


Ade 3 jenis corak n colour.. aku selalu beli 2 pack so dapat 2 t-shirtla.. lawa2 n cute baju baby ni...salah 1 yang aku dapat corak camni


Lagi 1 clr kuning gambo buah.. xdo gambo..korg tau aku nak amik gambo baju 1 ni pon mengambil mase selama 1/2 hari tau x? *ok2 tipu* aku amik mase berminit2 gakla oleh kerana ade si demok kacau..aku baru letak atas sofa dia dah sambar..aku amik aku letak balik atas sofa dia berlari cepat2 pehtu sambar..kang aku flight kicks baru tak sambar dah kot..muahahahahahahahahah


Berbalik pada nawaitu cerita diatas.. cuma 1 jela yg ade free t-shirt ni dalam tu corak pampers yang dulu punya..clor oren tu.. aku kalau boleh nak corak yang baru ni..ade tulis i love mum la hapela..comelll walaupon kat montot sape nak nengok kan..hape aku peduli..miahahahaha


Cute kan corak dia.. ni kalau jenis yang suka berak je memanjang sayang nak pakaikan pamers bercorak2 macamni...cuma aku pelik...motip dia letak corak comel2 kat montot apesal yek..bukannya anak2 leh tengok pon..terteleng2 pon belum tentu dia dapat nengok gak..nak belajo A is Apple pon camno gamaknya????


Ahhh haku tak kisah..yang penting comeiiii.... biasela kan anak2 kecik lagi yang excited terlebih gula mestilah omaknya yer tak? *lohgat nogori sombilan terkolue pulak ehh* al-maklumla negeri sembila menang bola ...sokong nogori sombilan!!! *aikkkk motip??*


.................................................................................................................................

So dikesempatan ini aku nak mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada kawan aku aimi&hafiz. semoga berkekalan hingga akhir hayat...

...................................................................................................................................







Anak adalah PERMATA HATI, didiklah mereka berlandaskan syariat ISLAM SEJATI.

.

ASSALAMUALAIKUM SEMUA...SAMA2LAH KITA RENNGKAN DAN JADIKAN PANDUAN ARTIKAL INI SEMOGA BERGUNA BUAT SEMUA... 


Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan ra pat . Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat -tempat yang sensitif... .. itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan .. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak ra pat dengan anak-anak kerana sibuk.

Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita... 


DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL 

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tem pat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah. 

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT 

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesem pat an buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita." 



Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menem pat kan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpenda pat apa yang membezakan antara winners dan losers 
Adalah mudah iaitu:- 


Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.Tips;

1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3..Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) .

5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan da pat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya...

Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.

Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka..

15.. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian. 



16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri..

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda




Sunnah-Sunnah Hari Jumaat Yang Dilupakan..

.

"DENGAN NAMA ALLAH SWT YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG"

Perkongsian Bersama Untuk Anda dan Diri Saya: 


“Katakanlah (Wahai Muhmmad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Ali 'Imraan, 3:31)



Hari Jumaat sebagai penghulu segala hari adalah bukti kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya. Inilah hari yang terkumpul di dalamnya sekian banyak fadhilat dan kelebihan seperti yang dinukilkan dalam dalil al-Quran dan al-Sunnah. Adalah wajar kaum muslimin merebut peluang keemasan ini untuk meningkatkan kualiti amalan mereka menurut petunjuk Nabi Muhammad shallallahu’alaihi wasallam.

Rasulullah sebagai penerima wahyu telah mengajarkan kepada kita beberapa amalan sunnah yang wajar dilakukan pada hari Jumaat. Namun mungkin akibat keterlekaan dan kealpaan kita membuat kita terlupa untuk melazimi sunnah-sunnah tersebut. Oleh itu, di sini kita cuba menyenaraikan kembali sunnah-sunnah yang semakin luput dan dilupakan beserta dalil sebagai panduan bersama.


1.Mandi, membersihkan diri, bersugi, dan memakai wangian, dan mengenakan pakaian yang terbaik.

Ini berdasarkan hadith yang disampaikan oleh Salman al-Farisi radhiallahu’anh daripada Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam, baginda bersabda:

“Tidak mandi seorang lelaki pada hari Jumaat dan membersihkan dirinya setakat yang termampu, seterusnya beliau meminyakkan rambut, mengenakan wangi-wangian harum yang dimilikinya di rumah, lantas dia keluar (ke masjid) dan dia tidak mencelah di antara dua orang (di dalam masjid), lalu dia bersolat apa yang diwajibkan atasnya. Dan sesudah itu duduk diam sewaktu imam sedang berkhutbah, melainkan diampunkan segala dosanya dari Jumaat tersebut hinggalah ke Jumaat yang akan datang ”. [Riwayat al-Bukhari]


2.Bersegera ke masjid dan tinggalkan urusan lain.

Firman Allah Ta’ala di dalam surah al-Jumu’ah ayat 9,“Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)"


3.Membaca Surah al-Kahfi BUKAN Surah Yaasin pada malam atau siang hari Jumaat.


Membaca Surah Yaasin adalah sesuatu yang mulia dilakukan oleh setiap muslim, sepertimana mambaca surah-surah al-Quran yang lainnya. Namun, untuk mengkhususkannya pada waktu tertentu seperti pada malam Jumaat adalah suatu yang tidak dijumpai dalam mana-mana dalil sahih malah bercanggahan dengan petunjuk Baginda nabi. Sedangkan setiap ibadah adalah terhenti (tidak dilakukan) sehinggalah dijumpai dalil atau nas yang menunjukkan pensyariatannya.Oleh itu, saya dengan segala rendah diri mengajak kalian semua untuk meninggalkan amalan yang bercanggahan dengan sunnah Baginda ini.
Adapun pada malam Jumaat, Rasulullah telah mengajarkan kita untuk membaca keseluruhan surah al-Kahfi sebagaimana sabdanya:“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya akan diterangkannya dengan satu cahaya di antara dua Jumaat”. [Riwayat al-Nasaei, al-Baihaqi, dan al-Hakim]


4.Menuju ke masjid dengan berjalan kaki, bukan berkenderaan.

“Sesiapa yang mandi dan membersihkan diri pada hari Jumaat dan bersegera (keluar menuju ke masjid) dengan mencari posisi paling hampir dengan imam dalam keadaan diam, maka setiap jejak langkahnya itu pahala seumpama puasa setahun pada siangnya dan mendirikan ibadah pada sebelah malamnya. Hal demikian itu bagi Allah adalah sangat mudah”. [Riwayat Imam Ahmad, al-Thabarani, dan Ashab al-Sunan. Disahihkan oleh Ibn Khuzaimah]


5.Mendirikan solat sunat MUTLAK.

Solat sunat Mutlak bukanlah satu yang popular di kalangan umat Islam di Malaysia, lantaran mereka sudah terbiasa dengan solat sunat Qabliyah Jumaat. Hal ini agak menghairankan kerana Imam Syafi’I rahimahullah sendiri telah membincangkan pensyariatan solat sunat Mutlak dalam karyanya yang agung, kitab al-Umm.Berkenaan solat sunat Mutlak ini, Syeikh Nasiruddin al-Albani rahimahullah berkata:“Dianjurkan bagi orang yang masuk masjid pada hari Jumaat (bila saja) untuk mengerjakan solat sunat Mutlak sebelum duduk tanpa terikat dengan bilangan (rakaat), juga tidak ditentukan waktunya, hingga imam keluar. Atau duduk ketika masuk masjid setelah Tahiyyatul Masjid atau sebelumnya”. [Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, al-Awjiba an-Naafi’ah ‘an As’ilati Lajnah Masjid al-Jaami’ah, dinukil daripada buku Panduan Solat Sunat Cara Nabi oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus, mukasurat 105]

Berkenaan riwayat yang menunjukkan adanya solat sunat qabliyah Jumaat, -wallahua’lam- tiada satu pun daripada riwayat-riwayat tersebut yang dapat dijadikan hujah lantaran kelemahan dan kecacatan yang berbeza-berbeza. Berkata al-Hafiz al-‘Iraqi:“Tidak ada diriwayatkan dari Nabi Shallahu’alaihi wasallam bahawa baginda solat sebelum Jumaat (Qabliyah Jumaat – penulis), kerana beliau biasa keluar rumah menuju solat Jumaat, lalu datang muadzin azan di hadapan beliau, kemudian beliau terus berkhutbah” [ Nailul Authar 3/216]. Dinukil dari kitab Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, al-Awjiba an-Naafi’ah ‘an As’ilati Lajnah Masjid al-Jaami’ah. Edisi terjemahan dalam bahasa Indonesia bertajuk "Jawaban Penting Pertanyaan Seputar Solat Jumaat" oleh Abu Umar Basyir al-Maidani, al-Qowam, mukasurat 51]


6.Memendekkan khutbah dan memanjangkan solat.

Berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh ‘Ammar radhiallahu’anh,“Sesungguhnya lamanya berdiri solat seorang lelaki dan pendeknya khutbah yang dibacanya adalah petanda kemahiran ilmu fiqhnya (mendalam pengetahuan agamanya). Maka hendaklah kamu memanjang solat dan memendekkan bacaan khutbah!” [ Riwayat Muslim]


7.Tidak mengangkat tangan berdoa di antara dua khutbah dan ketika imam berkhutbah.

Sedia maklum bahawa perbuatan menadah tangan adalah suatu yang disunnahkan tatkala berdoa. Namun, menadah tangan dalam khutbah Jumaat bukanlah suatu sunnah, malah ia bercanggahan pula dengan sunnah Baginda. Ini berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Abu Daud:“Daripada 'Umarah ibn Ru'aibah yang melihat Bishr ibn Marwaan ketika di atas mimbar mengangkat tangan (Abu Daud menambah : apabila melakukan do'a pada hari Jumaat), dan berkata, “Semoga Allah menjadikan hodoh kedua-dua tangan. Aku melihat Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam tidak menambah apa-apa melainkan seperti ini dengan tangannya” dan mengisyaratkan dengan jari telunjuknya”.


8.Mendirikan solat sunat Ba’diyah Jumaat.

Para ulama’ telah bersepakat bahawa solat sunat ba’diyah Jumaat adalah disyariatkan. Terdapat dua pilihan bagi mengerjakannya; iaitu samada dilakukan dua rakaat atau empat rakaat dan kedua-duanya adalah sunnah. Ini berdasarkan kepada hadith-hadith di bawah:

a) Daripada Abu Hurairah rahiallahu’anh, bahawa Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda:“Barangsiapa di antara kamu yang hendak bersolat, maka hendaklah bersolat empat rakaat sesudah (solat) jumaat”. [Riwayat Imam Muslim]

b) Daripada Ibnu ‘Umar radhiallahu’anhuma, dia berkata:“ Rasulullah shallahu’alaihi wasallam bersolat dua rakaat sesudah (solat) Jumaat dua rakaat di rumahnya”. [Riwayat Imam al-Nasaei]



9.Merebut peluang dan ruang yang dikatakan waktu mustajab doa pada hari Jumaat.

Ini berdasarkan hadith Abu Hurairah radhiallahu’anh beliau berkata, Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda:“Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim solat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut". (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuah 3/5-6)

Di dalam laman web beliau, Ustaz Zaharuddin telah memberi komentar tentang hadith ini:“Waktu yang sesaat itu tidak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203. Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai shalat Jum'at atau sehingga selesai waktu shalat ashar bagi orang yang menunggu shalat maghrib”.

Demikian antara sunnah-sunnah pada hari Jumaat sepertimana yang diajarkan oleh Baginda Nabi Muhammad al-Musthofa shallallahu’alaihi wasallam kepada kita yang semakin dilupakan dan kurang diamalkan oleh kebanyakan masyarakat.Oleh yang demikian wahai sekalian muslim yang budiman, mari koreksi diri kita sejauh mana kita dalam mengamalkan sunnah Baginda. Apakah kita layak menggelar diri kita pengikut sunnah jikalau sunnah Jumaat pun sering diabaikan. Ingatlah, betapa besarnya ganjaran buat mereka yang berpegang teguh kepada sunnah tatkala umat lalai kepadanya.


Rasulullah SAW bersabda, "Kamu semua harus berpegang teguh kepada sunnahku (setelah Al Qur'an) dan sunnah khulafa' rasyidin yang mendapat petunjuk Allah sesudahku. Berpeganglah dengan sunnah itu dan peganglah ia kuat-kuat, serta jauhilah perkara yang diada-adakan (dalam agama), karena setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah, dan setiap bid'ah itu sesat."
(HR. Abu Dawud dan Tirmidzi).

Semoga memberi manfaat kepada kita. Wallahu'alam.

Heaven jugak sekali sekala berjalan tak ada anak ni....ngeeeeeeh!

.

Assalammualaikum.....


Seronok betul aku n hubby semalam berhoneymoon di 1utama berdua2an... tanpa si demok disisi..theeeeeeeee



Peace yoo qaseh..mama n ayah seronok woooo harini jalan2 carik makan .....hahaha


Tapi xpe dia seronok ikut mak lang dia pergi zoo semalam..siap makan timun sambil tersengguk2 tido atas meja..penat la tu...last aku bawak dia g zoo mase umo dia xsampai 1 tahun..mase tu bawak pergi zoo taiping...konon2 nak bagi anak sronokla kan tengok binatang..tp yang excitednya aku n hubby..anak aku tengok binatang time 2 pon xde perasaan...yela kecik lagi kot nak bawak...

tapi kejadian semalam dia pergi zoo aku xberapa nak tau..tgk pada gamba maybe dia excited tengok binatang2.. yela dah besar kan..hari2 aku ajar dog,cat,monkey,tiger,snake.. hahahahah 



Akak aku cakap masuk2 je entrence dia terus tunjuk macam2 nak beli..huhuhu nasibla kan..kalau bawak anak aku memang gitula gamaknya....xcukup 1 nak 2..


dari gambar menceritakan yang dia happy pergi zoo semalam..hahahah nak tgu aku bawak memang tak dahla kot..bosan weh ade ape kan..dahla mahal gila nak masuk...membazir rasenya... 


Finish sudah pasal zoo..

.................................................................................................................................................


Hari ahad ritu ade jalan2 uptown d kota.. saje jalan xde nak planning beli ape2 pon..tp tula kita hanya merancang xmo beli ape2..tapi hati dan akal pikiran yang tentukan akhirnya kena beli ape2 jugak! *haaaa emo dah*


Kejadian ni memang akan jadi kalau singgah kedai kawan hubby...haishhh walaupon murah tapi tula..haishhh susah nak cakap...hahahaha aku xsuka sebab aku nak jugak tp xde cating atau corak wanita tp nak design sama gak ngan hubby.....haishhhh bukan hubby je dapat malah si kecil pon dapat walaupon free...


*kalau free tak apa..*


 Ni je corak yang aku ase okla tuk budak pompuan kan..sbb yang lain sume gambo kereta..

Sama design..cantik gak hubby pakai baju camni..katanya cam nabil rajalawak..heeeeeeeeeeee katanyerrrr bukan kataku....



Okla aku tetiba suka pon sebab kawan hubby ni bagi half price..miahahahahhaah so lps ni leh shopping baju kat dia je....



Okla time untuk buat keje dengan ikhlas..huhuhuh bye!





TOPMUM: siapa ade clubcard tesco leh print voucher RM10 dekat web diaorg ..valid voucher sehingga esok saje..*DENGAN PEMBELIAN RM100 KEATAS*







Tanda-tanda HATI mati.

.

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah

Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya


~ Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda

~Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya

~Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya

~ Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya

~Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya

~Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya

~Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya


 Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain tetapi lupa akan keaiban diri sendiri
 Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara seIslam tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.




MANFAAT HUJAN BAGI KESEHATAN MENURUT AL-QUR'AN

.

"(Ingatlah), ketika Allah membuat kamu mengantuk untuk memberi ketentraman dari-NYA, dan Allah menurunkan air (hujan) dari langit kepadamu untuk menyucikan kamu dengan (hujan) itu dan menghilangkan gangguan-gangguan setan dari dirimu dan untuk menguatkan hatimu serta memperteguh telapak kakimu (teguh pendirian)" (QS. Al-Anfal : 11)

Ketika hujan sudah tiba, bagi sebagian orang pasti sudah membayangkan bagaimana sulitnya menjalani aktifitas sehari–hari karena terhalang hujan, banjir atau terkena penyakit.

Bagi sebagian orang yang lain hujan malah membawa kegembiraan sendiri. Bayangkan bagaimana nikmatnya mandi hujan atau datangnya masa bercocok taman dll.

Kali ini kami tidak bermaksud untuk membahas bagaimana sebaiknya sikap kita dalam mensikapi datangnya hujan. Semuanya itu kami kembalikan kepada pribadi masing–masing. Kami ingin sedikit membagi pengetahuan tentang manfaat air hujan bagi kesehatan, dalam hal ini kesehatan lambung kita. Ya, bagi anda yang memiliki masalah dengan gangguan lambung seperti maag, kandungan gas berlebih, rasa kembung atau sebah dll dapat mencoba resep sederhana ini.

1. Tadahlah air hujan secara langsung dari alam setelah hujan berlangsung kira-kira 10 menit (jangan melalui talang, batang daun dll).

2. Pindahkanlah air hujan tersebut ke dalam botol atau gelas dan endapkan selama 24 jam.

3. Setelah 24 jam, ambil setengah bagian air paling atas dan dimasak sampai mendidih (seperti memasak air minum).

4. Konsumsi secara rutin air hujan yang telah dimasak tersebut secara rutin, dapat juga menjadi pengganti air minum kita sehari–hari.

5. Cobalah minum secara rutin sampai sekitar 20 liter dan rasakan manfaatnya.

Bila hujan turun dengan derasnya, maka cobalah Anda manfaatkan sebaik mungkin, dan gunakanlah resep Al-Qur’an dengan cara sbb:

☺ Tadahilah air hujan yg langsung dari langit (tanpa melalui genteng atau talang) pada sebuah bejana.

☺ Lalu tempatkan pada kantong plastik, ikatkanlah agar tidak tumpah. Kemudian buka sedikit ikatannya, bacakanlah Surah At-Takatsur, setelah itu hembuskan nafas Anda ke dalamnya.

☺ Selanjutnya campurkan pada minuman kesukaan Anda, atau jadikanlah minuman Anda setiap hari.

Insya Allah berguna bagi jasmani & rohani Anda. Baik untuk mencegah berbagai penyakit maupun kejernihan jiwa.

Semoga bermanfaat.

Sumber : http://penyembuhanalternatif.com/manfaat-air-hujan-bagi-kesehatan/

Larangan memotong rambut dan kuku pada yang berhasrat untuk berkorban.

.


Nabi bersabda, “Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang dari kamu hendak berkorban, maka hendaklah dia menahan dirinya dari memotong rambut dan kukunya”. (HR Muslim)

Nabi bersabda, “Sesiapa yang memiliki sembelihan untuk disembelih, maka apabila masuk bulan Zulhijjah, maka janganlah sekali-kali dia memotong rambutnya dan kukunya sehingga dia berkorban”. (HR Muslim)

Menurut Imam Nawawi rahimahullah: “Maksudnya (dari larangan tersebut) ialah: Dilarang memotong kuku dengan gunting dan sebagainya. Dilarang menggunting (memotong) rambut sama ada membotakkan (mencukur), memendekkannya, mencabutnya, membakarnya atau selainnya. Termasuk dalam hal ini (dilarang) memotong bulu ketiak, misai, bulu kemaluan dan bulu yang ada di seluruh badan”. (Syarah Muslim 13/138)

Majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.

Sesiapa yang tidak megerjakan haji tapi berhasrat untuk melakukan ibadah korban, disunnahkan agar tidak menggunting rambut dan memotong kukunya setelah masuk 1 Zulhijjah hingga ke hari dia berkorban. 





Credit: Tazkirah.



Adakah Berdosa Suami Tak Mampu Beri Nafkah Zahir

.







Best dengar ustaz ni ceramah...



Yang penting lepas basuh baju tuk suami leh mintak upah..heeeeeeeeeeeeee





Korang tau tak ,kenapa tak ada siapa yang nak tolong budak 2 tahun kena langgar di china???

.

Aku xnk letak video tu dah sebab sedihhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.




Berita terkini di paper cina.. aku dapat info ni pon dari kawan2 blogger aku so aku nak share sama la ..


- Budaya disana memang macam 2.. sebab kalau korang dah tolong korang kena tangungg segala kos rawatan, lebih malang mungkin korang akan kena saman oleh keluarga yang korang tolong 2.. 

Kalau korang bawak pergi hospital pon diaorg akan cakap sape yang bayar.. kalau tak ade sape diaorg ketepikan dulu..ataupon korang akan kena saman dengan keluarga dia even korang memang x mampu.. sebab 2 diaorg sume ni tengok je sebab maybe diaorg tak mampu nak tolong...

ade 1 pengalaman someone yang stay di cina .. ade seorang kena langgar motor dan dia tolong orang 2 sekali  bapak dia cakap ''this is china, dont help ppl u dont know or else u will get in to trouble''

Dan di china jugak korang kena langgar sampai mati kalau boleh..sebab kalau orang yang korang langgar 2 mati korang hanya akan bayar kos funeral jerk..kalau xmati korang akan sara orang tu seumur hidup dia..


Korang tau ape driver van yang langgar budak ni cakap dekat polis?


First dia memang terase dia langgar seorang budak then dia stop kejap.. dia pikir kalau budak tu hidup dia akan susah so baik mati .thats y dia langgar lagi! *bodo&jahat kan?*


dan dia memang nak budak 2 mati!


Sedih kan ade budaya macam tu...alhamdulillah la malaysia tak sebodo tu.. ade lagi hati dan perasaan & tolong menolong kan?












Kisah Benar Dari Seorang Suami..

.



Assalamualaikum….

Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….

Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan mendengarnya….Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia….namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.

Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan agamanya…. bertudung labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya…. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia…

Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain….cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat……Ustaz selepas berkahwin dengan isteri saya itu…jiwa saya menjadi kacau dan keliru…..saya amat marah kepada isteri saya…kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.
Ustaz sepanjang kehidupan kami…saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya…dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya….namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar….pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya…tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah…dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya….apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke?.....Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya….perasaan geram..marah dan rasa terhina….bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya…dia menangis terisak-isak……saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.

Ustaz pernah suatu hari…dia ingin bermanja dengan saya…..membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng…untuk saya …pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone……ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya….saya tolak pinggan …sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya…..dengan linangan air mata….dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…

Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar…..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.

Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah…dan saya kira itu adalah balasan…apabila saya terlibat dengan kemalangan….tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun….hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya….ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali…..berak kencing saya… dia tadahkan… dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli ….dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya….bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah yang bangun …..dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit…sehingga saya rasa lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi.

Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan…dia sendiri tidak akan makan…melainkan setelah saya kenyang….dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya

Bila saya kenangkan kembali….sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu… datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun…dia tidak mahu lagi..menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu….dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya... ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan...Ustaz…..saya …kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya….besarnya dosa saya…..amat menyesal rasanya.

Ustaz….ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi sedikit…dan saya beransur pulih….isteri saya jatuh sakit…..badannya menjadi kurus kering….tiada selera makan…terbaring..tak bermaya…..kata doktor yang merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya….

Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk…..mukanya makin pucat….tetapi dia tetap senyum….saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya….dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”……berderai airmata saya hancur hati saya….pilu bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan perasaan menyesal.

Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan…..saya menjaganya setiap hari….saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir…”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi….sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya…..malah ada yang memuji saya ….kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.

Ustaz…..isteri saya ada berkata…dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya..kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir….saya meraung….merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya….ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.

Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya….dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini…saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.

Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…..apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.

Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat….berbuat baik… takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”
Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu…dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…..sayang abang….selamanya.

Ustaz ….saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang……Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereeka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah…..
Terima kasih ustaz….doakan saya…….

Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini….memang saya banyak beri ceramah motivasi dan mendengar banyak masalah masyarakat yg dihantar pada saya dan inilah yang paling sedih.yg pernah saya baca… tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah sebak…..dengarkanlah senikatanya…….tapi tak boleh upload lagu tu dibawah copyright....tajuknya now and forever...
by richard mar

Children See, Children Do

.

Ajarla anak kita bende yang baik dan positif...mulakan dari kecik..


video ni banyak pengajaran yang kita leh share..ape kita buat anak pasti akan ikut.. betul x? *sape ade anak je tau*


Perkataan yang keluar dari mulut seorang ibu adalah 1 DOA.

-patut ke cakap anak bodoh sebab xpandai membaca? (dulu kita pon sama kan?)

- Patut ke kita pukul dengan teruk hanya kesalahan kecik? (dulu kita xpernah buat silap ke?)

- Patut ke ajar anak kedekut??

- Patut ke ajar anak Menjadi kurang ajar ?

- Patut ke menengking anak?


Aku pon seorang ibu..banyak jugak pengalaman pergi sane sini tengok gelagat orang layan anak diaorg dengan berbagai cara.. ade yang lembutt dan ade yang garang.. macam2 kan?


Dari Pengalaman aku yang tengok cara ibu bapa didik anak diaorg dari situla aku ambik bende tu 1 toladan..mana yang baik aku ambik dan mana yang tak baik aku abaikan...kita xnk anak jadi macam kita kan? so didikla diaorg secara positif..








Ibarat mana tumpahnya kuah kalau xke nasi kan? 

Cara Orang Arab Saudi Hias Bilik Bersalin..

.
Assalammualaikum...


Blur aku pagi ni...dengan mengantuknya qaseh asyik mengigau je malam tadi...,aku baru nak merasa tilam dia dah kena makan penyepak...sungguh keji.


................................................................................................................................

Ok kemarin aku selak2 FB kawan2 aku then Terkejut ala2 tak berapa nak ikhlas tengok gambar kawan aku time pergi bengkel kecantikan haritu dah bersalin.....lagi surprisekan aku dan tertarik nak letak dalam blog hangit aku ni is cara dia mendesignkan *haa ayat tak leh bla* katil dia sungguhla nak nangis aku nengok... *motip?*


Mesti korang tertanya2 design camnerla,apela kan? sebab kita dekat sini tak de kot yang wat cam ape yang kawan aku buat ni...sini simple lepas bersalin masuk wad then esoknya dah leh keluar..so nak design pon xsempt agaknya..muahahahahah 


Aku tunjuk sikit dulu...leklu kan.....korang jangan ingat gambo ni kat rumah pulak..ni dalam wad korang tahu tak??? *wahh emo lak yek*

Habis segala jug air dalam tu pon didesignkannya...merasa gakla jug2 tu bergaya ye x..kalau x macamtu je tiap2 tahun.....theeeeeeee

Cantikkkk kan?? maybe ni souvenier tuk sape yang melawat kot..kot la....huhuhuhu

Hurmmm sungguh bijak diaorg sume ni...

Lawaaa kan? sejuk mata memandang.....




Dan yang paling best....

Taraaa!! katil pon habis dihias...kalaula kena duduk wad 1 bulan pon tak ade hal la.....




Si minah lagi kepochi ni bukan minahkumari tau, nak tau jugak kenapa? why? dia wat macamtu *minah emo ni akula* ..memang adat diaorg or saje suka2 kan... rupa2nya memang dekat arab saudi diaorg wat camni, siap ade belon2 lagi kawan aku cakap..memang dah jadi trend diaorg...so xheranla..sekurang2nya anak ke2 dan ke3 dan ke4 nanti leh recycle balik bende2 alah ni sume kan....heheheehe


Comellllllll anak dia kan???? comellllllllllllllll

Semoga bahgia ke akhir hayat ye... Sape tak seronok kan dapat anak dari hasil percintaan suami isteri..tula kuasa ALLAH...




Ni baru dalam wad dah grand2..kat rumah sape tau??????? heeeeeeeeeeee





AMARAN: jangan cilok gambar ni sesuka hati ya.. kalau nak mintak ijin dulu tau.......bubye!



KITAB TAJUL MULUK MENGANCAM AKIDAH.

.

siapa2 yg selalu post bnde2 mcm neh. rahsia tarikh lahir lah, rahsia hari lahir, bentuk muka and mata and so on. tlglah stop. mengancam akidah. JAKIM pun dah haramkan pengeluaran kitab tajul muluk. sabda Rasulullah s.a.w barangsiapa yg mendatangi tukang ramal/ tukang tenung kepadanya. Tidak akan diterima solatnya selama 40 hari.so bygkan kalao korang post n org baca n percaye. xpasal2 je dpt dosa. betaon2 xditerima solat sbb rmai yg bc! sekian. sbg peringatan utk diri sendiri n kwn2!



ADA APA DENGAN KITAB TAJUL MULUK. Ia merupakan sebuah kitab yang digunapakai oleh orang melayu zaman silam. Antara kandungan kitab ini ialah menyatakan ubat-ubatan tradisional bagi mengubati berbagai-bagai penyakit, suratan azimat dan rajah dan juga bacaan doa, jampi serapah dan hal-hal berkaitan nujum, jin dan sebagainya.

Sebenarnya kitab ini sudah lama dipinggirkan dan layak dianggap sebagai klasik. Kefahaman dalam beragama dan kesedaran tentang pentingnya akidah mengakibatkan kitab Tajul Muluk semakin pupus. Tapi, harapan para pencinta agama agar kitab Tajul Muluk yang mengarut ini menjadi pupus seperti dinosaur, rupa-rupanya tidak kesampaian. Entah dari mana datangnya sekumpulan manusia yang begitu gigih mempromosikan kesesatan kitab Tajul Muluk.Perkembangan teknologi maklumat dieksploitasi dengan begitu hebat untuk mengikis dan menghakis akidah. Lihat sahaja kat Facebook, betapa hebatnya sambutan terhadap aplikasi Sifat Wanita Mengikut Tajul Muluk . .

(kitab tajul muluk versi klasik)


Binggung dan sungguh binggung apabila melihat keghairahan segelintir pengguna facebook yang begitu berselera dengan aplikasi Sifat Wanita Mengikut Tajul Muluk. Ada yang begitu teruja kerana sebahagian sifat-sifat yang dinyatakan menepati dirinya. Ada juga yang beralasan sekadar suka-suka sahaja. Namun harus diingat, suka-suka tu termasuk dalam bab redha meredhai dan restu merestui. Tidak wajar dan tidak waras untuk kita meredhai dan merestui segala bentuk kesesatan. Saya teringat kata-kata seorang rakan “ lebih baik upload gambar bogel kat facebook daripada letakkan rahsia tarikh lahir dan sikap wanita mengikut tajul muluk. Sekurang-kurangya gambar bogel ni tak bawa syirik.” Walaupun sekadar jenaka, tapi saya yakin, ia lahir dari hati yang memberontak terhadap penyebaran virus sesat yang kian rancak di facebook.

Sebelum melanjutkan bicara, eloklah kita rujuk dahulu, penjelasan dari JAKIM tentang status kitab Tajul Muluk. Sebenarnya, sejak tahun 2007 lagi JAKIM telah mengharamkan kitab ini. Antara ‘fatwa’ yang dikeluarkan oleh JAKIM ialah:

Kita boleh mempelajari Kitab Tajul Muluk, tetapi kita tidak boleh
mempercayainya kerana ia boleh membawa kita kepada syirik kepada Allah
S.W.T. Ini selaras dengan firman Allah S.W.T. dalam surah al -Maidah ayat
90 yang bermaksud:

"Wahai orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala
dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semuanya kotor
(keji) dari perbuatan syaitan,oleh itu hendaklah kamu menjauhinya semoga
kamu berjaya".

Oleh itu , hendaklah mempelajari ilmu dari guru-guru yang diiktiraf
oleh pihak berkuasa agama dan kitab-kitab yang muktabar supaya ilmu-ilmu
tersebut memberi manfaat kepada diri di dunia dan di akhirat.
Sila klik JAKIM untuk info ini.




Dan, syukur juga kepada Allah S.W.T, kerana dengan izin-Nya,pada 7. Julai. 2011, saya telah digerakkan hati untuk menghubungi bekas seorang mufti untuk bertanyakan beberapa kemusykilan. Antaranya berkaitan dengan Kitab Tajul Muluk. Kata bekas mufti tersebut, kesesatan kitab Tajul Muluk telah lama dibincangkan oleh para mufti dan ia adalah antara kitab yang diragui, lalu dilarang daripada diajarkan kepada masyarakat. Saya rahsiakan nama dan no telefon bekas mufti yang saya maksudkan. Jika sahabat inginkan no telefonnya bolehlah emailkan kepada saya.

Sekarang saya paparkan antara Sifat-Sifat Keji Dan Hina( yang saya boldkan) Yang Dimiliki Oleh Wanita Berdasarkan Hari Kelahiran Dan Sifat-Sifat Fizikalnya Menurut Kitab Tajul Muluk.
Wanita yang lahir pada hari khamis, merupakan wanita yang suka menyinggung hati orang lain. Cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yang baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

Begitu juga dengan sifat fizikal, Wanita yang bibirnya selalu terbuka amatlah kuat nafsu syahwatnya, suka bertukar pasangan, tapi berdisiplin dalam kerja, selalu dapat kejayaan, pandangan luas, optimis, mudah jatuh cinta dan tergila-gila.


Wanita yang tebal bibirnya pula sukakan kemesraan, suka kebebasan, berfikiran terbuka, gemar cakap soal cinta dan seks, dapat memberi kesenangan, suka mencemuh dan membuat malu, tidak suka berpura-pura, kuat meyimpan rahsia, kuat bersolek, kurang ambil berat pada suami, rumahtangga dan anak-anak.
Sekarang mari kita lihat betapa bahayanya kitab ini. Cuba bayangkan, andainya seseorang lelaki beristerikan atau bertunang dengan wanita yang lahir pada hari khamis , dan memiliki sebahagian atau keseluruhan ciri-ciri fizikal yang saya boldkan seperti di atas. Bayangkan juga, si lelaki atau suami itu pula buta agama dan mandul akal. tiba- tiba si suami pula dia mempelajari kitab ini. Pasti sahaja, si suami atau si tunang itu akan mula merasa sangsi dan mencurigai isterinya itu. Keadaan akan semakin parah, andainya ditakdirkan si isteri itu memiliki sekelumit akhlak yang tidak elok seperti mana yang diramalkan oleh kitab karut ini. Tentu sahaja, ia akan meruntuhkan kerukunan rumah tangga yang di bina.

Sekarang kita lihat kesan buruk yang seterusnya, iaitu kesan ke atas agama dan lebih tepat lagi terhadap akidah. Kitab Tajuk Muluk ini,seakan-akan menuduh Allah itu zalim dan kejam. Apa tidaknya, orang-orang yang ditakdirkan lahir pada hari tertentu dan memiliki ciri-ciri fizikal tertentu dianggap sial,hina dan keji. Jujur dan ikhlas, persoalan masa lahir ( baik hari mahupun tarikh) dan sifat-sifat fizikal, manusia sebenarnya tiada pilihan melainkan mengikut sahaja kehendak Allah. Itu adalah takdir. Takdir tidak sekadar suratan tapi ia merupakan kurnian-Nya. Jadi, siapakah kita untuk mempertikaikan kurnian Allah kepada kita. Jadi, bila meramalkan hari lahir yang tertentu dan sifat fizikal tertentu membawa sial, itu bererti menuduh Allah sebagai Tuhan Yang Maha Kejam dan Tuhan Yang Maha Zalim. Tidakah ini membawa kepada syirik.

Walaupun JAKIM mengatakan Kita boleh mempelajarai Kitab Tajul Muluk, tetapi ia disusuli dengan larangan, iaitu tidak boleh mempercayainya. Begitu juga dengan Prof Madya Dr. Abdul Hayei Shukor, seorang ilmuan Hadis yang berasal dari Kelantan (Sila klik SINI ) mengatakan, kitab-kitab seperti Tajul Muluk boleh dibaca dan dipelajari, namun beliau turut menyatakan syaratnya, iaitu Jika pembaca berpendapat, dirinya tidak akan dipengaruhi unsur-unsur yang menyesatkan akidahnya. Nyata sekali, walaupun dibenarkan dan diizinkan untuk membaca dan mempelajari kitab ini, namun ia tetap kekal bersyarat.

Amat tidak waras andainya mewajarkan semua pihak untuk membaca dan mempelajari kitab Tajul Muluk. Untuk para alim ulama termasuk para mufti dan pensyarah-pensyarah pengajian islam di mana-mana pusat pengajian tinggi, membaca kitab Tajul Muluk sememangnya wajar dan waras untuk kajian dan penyelidikan. Tetapi untuk orang awam pula apa manfaatnya. Untuk suka-suka atau sekadar untuk dijadikan aksesori facebook.

Andainya kita ingin mewajar dan mewaraskan semua pihak untuk membaca dan mempelajari kitab Tajul Muluk, mengapa pula kita melatah apabila pihak tertentu ingin menerbitkan bible berversi melayu. Mengapa kita perlu bimbang andainya bible versi melayu dijual dan disebarluaskan kepada semua warga Malaysia, termasuk kepada umat islam.

Tentu sekali tidak wajar dan tidak waras andainya umat islam yang buta Al-Quran tiba-tiba diajar supaya memahami bible. Juga,tidak wajar dan tidak waras andainya umat islam yang belum mantap akidahnya, tiba-tiba dipelawa untuk mempelajari dasar-dasar akidah dan ilmu teologi Krisitian dan lain-lain agama. Tapi, lain pula kepada tokoh-tokoh islam yang terlibat dalam perbandingan agama seperti Ahmed Deedat dan Dr. Zakir Naik. Kepada mereka, perbuatan membaca, mempelajari dan mendalami bible dan mana-mana kitab agama lain amatlah wajar dan sangatlah waras.

Seperkara lagi yang harus difahami, Kitab Tajul Muluk sebenarnya amat sinonim dengan ilmu astrologi zaman silam,khususnya bagi masyarakat Melayu dalam menafsirkan watak-watak manusia, tabiat dan cintanya, hari yang baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari. Tentang hukum astrologi, iaitu meramalkan apa yang bakal berlaku telah saya nyatakan pandangan ulama-ulama tempatan dalam entry saya yang lepas ( klik sahaja Rahsia Tarikh Lahir) dan kali ini saya paparkan pula fatwa ulama al-Azhar, iaitu Fatwa Syeikh Ahmad al-Sharbasi dalam bukunya Yas`lunak fi al-Din wa al-Hayat,katanya:

"Apa jua jenis ilmu yang mendakwa boleh tahu perkara ghaib, semuanya dikategorikan sebagai ilmu hitam yang haram dipelajari atau dipercayainya, sama ada yang menggunakan kaedah hisab bintang, rajah, malihat tapak tangan, melukis pada pinggan mangkuk dan lain-lain. Kaedah ini banyak diguna oleh penipu-penipu yang berminat mencari rezeki dengan cara mudah, kadang-kadang ada yang membuat promosi khidmatnya secara profesional"

Tambahan Info Tentang Kesesatan Ilmu Astrologi Termasuklah Rahsia Tarikh Lahir
1) Klik USTAZ MUHD KAZIM ELLIAS untuk menonton rakaman kuliah Ustaz Muhd Kazim tentang syiriknya Rahsia Tarikh Lahir.

2) Klik DR ASRI ZAINUL ABIDIN untuk menonton rakaman kuliah Dr Asri tentang syiriknya Rahsia Tarikh Lahir.

3) Klik DR ABDUL BASIT ABDUL RAHMAN untuk menonton rakaman kuliah Dr Abdul Basit tentang syiriknya Rahsia Tarikh Lahir.

4) Klik USTAZ ZAHARUDDIN ABDUL RAHMAN untuk menonton rakaman kuliah Ustaz Zaharuddin tentang syiriknya Rahsia Tarikh Lahir.


P/S: Kitab Tajul Muluk merupakan virus sesat yang sedang merebak dengan pantasnya di facebook. Jadi vaksinnya juga perlu menerusi facebook. Oleh sebab itu, saya harap sahabat sudi likes atau share on facebook ‘vaksin’ ini demi kelangsungan dakwah.









Credit : bicaradariaku