Biskut raya ku..

.
Misi diteruskan dengan BISKUT RANGUP WARNA WARNI & BISKUT ARAB.


Paling mencabar biskut rangup sebab aku tak sempat nak masuk dalam oven si tecik dah ngap masuk mulut.. sedap sangatla tu siap datang kali ke 2 sambil pijak tudung saji semata2 nak amik adunan tu.. hishh nasib baikla tak sakit perut..


Mempersembahkan jeng jeng jeng BISKUT RANGUP WARNA WARNI jeng jeng jeng...

Sedappp..dalam resepi tak de suh letak conflakes tapi aku campur sikit conflakes.. memang rangup pehtu cair di mulut.. anak aku suka sangat biskut ni..



Mempersembahkan jeng jeng jeng BISKUT ARAB jeng jeng jeng..


Rangup jugak sebab aku tambah conflakes.. theeeeee tengah ade stock kat umah so kita kena manfaatkan..


Alhamdulillah sudah ade 3 jenis biskut raya.. saje nak buat sendiri hilangkan boring duk umah sesaja..cukupla kot kan 3 jenis + 1 jenis aku order coklat chips cookies. huhuhuhu selalu dah sampai raya biskut2 ni aku tak berapa nak jamah sangat.. tapi kalau aku pergi raya umah orang biskut rayala aku jeling2 dulu nak try..theeee


Sekejap je kan dah 18 hari kita berpuasa.. cepat betul masa berlalu kan...next week mesti ramai dah balik kampung kan.. *byk pulak kan aku*






TOPMUM: Pagi tadi mandi dahi terase pedih..sekali tengok hurmmm ade calar daaa ..pagi tadi si kecik buat cakar rimau.. haihhhhh








Mentega Golden Churn Haram

Fuhhh! aku baru tadi selak2 blog resepi2 biskut semua pakai mentega golden churn ni.. katanya bagusla apela..aku pon ape lagi nak mencarik gakla..pehtu nasib jugakla sambil2 BW ternampak 1 artikel pasal mentega ni tak halal.. memang JAKIM dah putuskan sendiri..hurmmm susah skang ni sumenya tak halal..


google image.



PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan semua produk mentega jenama Pure Creamy Butter Golden Churn Butter keluaran Syarikat Ballantyne Food PTY Ltd dari New Zealand yang dipasarkan di negara ini adalah tidak halal.

Ketua Pengarah JAKIM, Othman Mustapha, dalam satu kenyataan di sini semalam, berkata perkara itu diputuskan dalam perbincangan antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Jabatan Kimia, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) pada 8 Ogos lalu.

“Laporan analisis yang diterima JAIS 19 Julai lalu menunjukkan asid deoksiribonukleik (DNA) babi disahkan Jabatan Kimia dikesan dalam mentega berkenaan dan semua produk itu berpunca dari kilang yang sama walaupun diimport pihak berbeza serta diedar di pasaran yang berbeza. Ini disahkan wakil syarikat itu sendiri.

“Sehubungan itu, umat Islam diminta tidak menggunakan produk ini. Keputusan ini sudah dimaklum kepada syarikat berkenaan pada 9 Ogos lalu dan Ballantyne Food Food PTY Ltd bersetuju menarik balik produk berkenaan dari pasaran,” katanya.

Baca selanjutnya di SINI.






TOPMUM: berhati2 la skang ni..macam2!



Biskut raya yang 1

Malam tadi aksi jaguh bandar di dapur membuat biskut semperit dahlia.. sungguh letih nak tunggu 1,1 nak membakonya.. nasib baik jadi..kalau tak jadi ehem ehem buat2la tau yer dekat mana aku nak sedekah ..


Dapat 1 balang je.. yang lagi 1 balang dah dalam mulut.. theeeee


Biskutnya agak kembang tapi sedap.. resepi aku byk derhaka.. huhu ubah sane sini...kalau korg nak try buat search je dalam google yer..hikhikhik





TOPMUM: mengantuk harini tak cukup tido. sedihhhhhhhhhhhhhh




Mereka mati kelaparan.. Kita mati kekenyangan..

.

Sedarla wahai kawan2 ku..jangan membazir..ingatla pada yang susah..bersyukur dengan ape yang kita ada.. makan ape yang ada.


Ya allah kau murahkanla rezki mereka2 ini ya allah.. hanya pada kau aku bermohon. aminn









"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".



Pengukus berguna di bulan puasa.

.
Hai pengukus banyaknya jasa ko telah bagi kat aku terutama time2 bulan pose ni.. i lob u la!


Google image


Sebijik pengukus yang banyak berjasa dekat aku... segala lauk pauk aku sumbat dalam ni.. tau2 tingggg! sudah ready untuk di hidang.. jangan ade yang hidang sekali dengan pengukus2 sama..itu malas tahap nak makan pelempang dah tu..



Waahhh class ko jah.. *sorry terbawak2 iklan ribena*



Malam tadi aku dan anak aku berdua saje menyopping di tesco.. beli barang2 nak buat biskut raya..wahhh gitu.. bukan tak nak beli biskut tunjuk2 je..saje aku nak buat 1 ,2 jenis.. made by myself..jadi ke tak lantak lerr..kalau jadi aku bagila sape2 rasa..kalau tak jadi aku bagi je tong sampah rasa.. dah tentu2 dia terima ye tak.?


.............................................................................................................


Malam tadi pueh aku duk carik si qaseh kat dalam rumah tak jumpa, tadi ade duk sebelah aku main, aku baru bangun kejap pergi dapur datang balik dah tak de.. ni kalau aku jumpa ni aku piat2 telinga dia biar capang..gerammmmm! jantung aku hampir2 nak tercabut  bukan pe aku takut2 ilang tak bersebab.. nak nangis pon yer.. dahla handphone carik tak jumpa..kang aku call 999 kang susah pulak..


Carik punya carik sambil pakai kanta baru aku jumpa..tu pon aku baru jumpa kaki je.. hishhh dah pandai main kat situ pulak...



 Dia duduk baik je kat ceruk kerusi tu..memang tak nampak.. ni dia bangun sebab dengar aku bising2 suh keluar.

 ''mama kira sampai 1 kalau tak keluar mama ,ermm mama *sambil carik motip* hurmm mama tak nak bagi makan!''


Haaaa tau takut...nasib baik mama tak sempat nak kira.. 


Yang aku dia dah keluar pon aku tak benti2 membebel..macamanala dia boleh nak main dekat situ..aku dah letak meja segala halang supaya dia tak main kat dalam tu..leh plak dia carik jalan lain lalu bawah meja.. 


Cara nak bagi dak tecik ni diam senang je.. aku rasuahkan dia makanan pehtu pasang kartun..memang dia diamla sampai nak tido..


 Buah kalau aku potong kecik dia tak mo..dia nak 1 bijik ko..

Memang aku senang nak buat keje rumah tanpa gangguan.. seyes..kecuali dah tahap makan sampai nak tertido dia campak buah tu pehtu baru carik mana mama dia..

Nangis macam kena bantai.. sekuat yang boleh..


.............................................................................................................



TOPMUM: Kena sentiase ade makanan dekat rumah demi orang yang terrrsayanggg.. hehe muaaahhhh qaseh!





Roh Di Bulan Puasa

.

Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah..(maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahn mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus la semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

" Setinggi mana kasih sayangku, Allah lebih berhak menyayangimu,
Damai la engkau disana di bawah rahmat
dan kasih sayang-Nya, 
Sesungguhnya aku akan menyusulmu di kemudian hari...
Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi"

Peringatan Buat Diriku


.
Taatilah Allah, maka kamu akan selalu merasakan kehadiran-Nya.

Kenalilah Allah waktu...senang, maka Allah akan mengenalimu waktu kesulitan.

Apa yg luput dari kamu adalah sesuatu yg pasti tidak mengenaimu

dan apa yg mengenaimu pasti tidak akan meleset dari kamu.

Keberhasilan hanya dapat dicapai degan kesabaran.

Kelonggaran bersamaan dengan kesusahan

Dan datangnya kesulitan bersamaan dengan kemudahan.

(HR. Tirmidzi)

Kata Ustaz

.:KATA USTAT:. 


Kita ini semuanya sama

Tiada beza yang tua mahupun yang muda

Jangan menyombong atau takbur

Sesama manusia

Sekalipun kita berpangkat atau berilmu

Kerana disisi Allah

Kita semuanya sama…



Kata ustat

Jangan kita hina orang yang lemah

Yang kurang berada

Mahupun yang kurang paras rupa

Tiada beza yang mengerjakan sawah

Mahupun yang membina perumahan mewah

Kerana disisi Allah

Kita semuanya sama…



Kata ustat lagi

Jangan kita hina

Budak kecil yang comot lagi berhingus

Kerana dia tiada dosa

Sedangkan kita

Setiap waktu dan ketika

Memenuhi hati kita

Dengan titik-titik noda

Dalam tidur, dalam jaga…



Akhirnya ustat berpesan,

Ingatlah!

Kita manusia semuanya adalah sama

Yang membezakan kita

Hanyalah AMAL dan TAQWA

Biarlah kita kurang dimata manusia

Tetapi tinggi disisi ALLAH…



Peliharalah dirimu

Agar tidak dinodai dengan suasana

Sesungguhnya dirimu

Ada harga diri

Yang tidak ternilai mahalnya…
 



12 Sifat Sahabat

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu 
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik 
persahabatanmu itu 
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan 
membantumu 
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan 
baik 
5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau 
menyebut kebaikanmu 
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya 
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya 
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan 
kesusahanmu 
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan 
kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu) 
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu 
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu 
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga 
kepentingan persahabatan. 

Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.






Dialog Antara Ustaz Dengan Pelajar Yang Ditangkap Khalwat

Hayatilah intisari dialog ini, dan muhasabahlah diri kita masing-masing.

Pelajar: Kami tidak berzina!

Ustaz: Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

Pelajar: Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum adakah itu menghampiri zina?

Ustaz: Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.

Pelajar: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Ustaz: Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasulullah S.A.W.: “Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan.” (Riwayat Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi, kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.

Pelajar: Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun.

Ustaz: Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja, percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?

Pelajar: Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu zina juga ke?

Ustaz: Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan (berpegang-pegangan), ada zina mata (melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W.: “Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman.” (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada penzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan.

Pelajar: Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!

Ustaz: Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekali pun, kalau tak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?

Pelajar: Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.

Ustaz: Study group? nampak macam lain macam saja. Manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye pun carilah study group ramai-ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini.. betul ke bicang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Pelajar: Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.

Ustaz: Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak perasan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Pelajar: Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.

Ustaz: Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

Pelajar: Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam islam untuk bercinta? Adakah islam membunuh terus naluri cinta?

Ustaz: Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Maka tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu.

Pelajar: Tentu ada cinta secara Islam.

Ustaz: Cinta secara islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin, ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah S.A.W.: “Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.” (Ibni Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.

Pelajar: Kalau begitu, cinta semua menghampiri kepada penzinaan?

Ustaz: Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan? Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda seekor nyamuk sekalipun!

Pelajar: Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.

Ustaz: Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu, Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Takut manusia kecundang.

Pelajar: Jadi manusia itu tak tahan diuji?

Ustaz: Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu, Allah berpesan pada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok Khuldi. Firman Allah S.W.T.: “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini, (Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.” (Al-A’araf:ayat 19). Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah, takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Pelajar: Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.

Ustaz: Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kahwin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin lewat 5 minit dah kene tengking. Jadi, perwatakan masa bercinta adalah suatu kepuraan yang hipokrit.

Pelajar: Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.

Ustaz: Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?

Pelajar: Tanya sikit adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta.

Ustaz: Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik, abang, kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya “angkat” ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan.

Pelajar: Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Ustaz: Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.

Pelajar: Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

Ustaz: Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman: “Lelaki yang berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula(lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik.Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.” (Surah an-Nur:Ayat3). Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.

Pelajar: Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang pernah bercinta?

Ustaz: Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Pelajar: Kami telah berjanji untuk sehidup semati.

Ustaz: Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Pelajar: Masihkah ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?

Ustaz: Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah S.W.T.: “Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.” (Al-Ahzab:ayat 35).

Pelajar: Bagaimana kami?

Ustaz: Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.

Pelajar: Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.

Ustaz: Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:
1.Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
2.Menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
3.Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah ijab Kabul.

Pelajar: Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain. Oh tuhan, hambamu yang berdosa. Amin, Ya Rabb.

Ustaz: Moga Allah terima taubatmu.

Pelajar: Kita berpisah kerana Allah, kalau ada jodoh tidak ke mana.

Ustaz: Ya Allah, bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintuMu, mencari redhaMu, terimalah taubat mereka.

Dipetik daripada Kalam Ukhwah,
Syukbah Penerbitan dan Risalah Surau Perdana,
Kolej Matrikulasi Melaka
http://lasiaf87...le-dalam-islam/

(dipetik dari halaqah.net)

Ramadan dan Perempuan Haid:Jangan Bersedih!

Kepada saudari-saudariku yang dihormati,seringkali kalian kudapati dalam keadaan gelisah apabila menjelang Ramadan.Kalian gusar,kalau-kalau Ramadan tidak dapat dimanfaatkan lantaran kalian didatangi haid.Jangan Bersedih!Pertamanya ketahuilah yang terlarang dilakukan oleh kalian ketika haid amat sedikit.Kalian cuma dilarang:
1)Solat
2)Berpuasa
3)Bertawaf dan I'tikaf di masjid


Selain daripada itu,apa jua ibadah,boleh kalian laksanakan.Kalian boleh bertasbih (mengucapkan Subhanallah),bertahmid(Alhamdulillah),bertahlil(laa ila ha illallah),bertakbir(Allahu Akbar) berhawqalah(Laa hawla wala quwwata illa billah sepanjang masa.Allah telah berfirman:
الَّذِينَ ءَامَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللهِ أَلاَبِذِكْرِ اللهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

(Yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. [Ar Ra’du:28]

Junjungan juga sudah berpesan:
Dari Abü Hurairah radhiallahuanhu dia berkata : Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:"Barangsiapa mengucapkan, ‘Subhaanallaahi wa bihamdih' (Mahasuci Allah dan segala puji bagi-Nya),' seratus kali dalam satu hari, di ampunilah dosa-dosanya, walaupun dosa dosanya itu sebanyak buih di lautan." (HR Al-Bukhäri)

Dari Abü Hurairah  radhiallahuanhu dia berkata : Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:"Barangsiapa yang mengucapkan setiap hari seratus kali, ‘Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wa lahul hamdu, wa huwa ‘alaa kulli syai'in qadiir' (Tidak ada tuhan kecuali Allah satu-satu-Nya, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nyalah kerajaan dan bagi-Nyalah segala pujian, dan Dia Maha kuasa atas segala sesuatu),' maka dia seperti orang yang memerdekakan sepuluh budak, dituliskan untuknya seratus pahala, dihapuskan darinya seratus dosanya, dan ia merupakan pelindungnya dari setan pada harinya itu sampai sore harinya. Tidak ada seorang pun yang beramal lebih utama darinya, kecuali seseorang yang mengerjakan lebih banyak dari pada amalnya." (HR Al-Bukhãri)

Kalian boleh bersalawat dan mengucap salam kepada Rasulillah sebanyak-banyaknya.Kalian tahu apa untungnya salawat?Junjungan berpesan:
 Dari Anas bin malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahwa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barangsiapa yang mengucapkan salawat kepadaku satu kali maka Allah akan bersalawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak)”[ HR An-Nasa’i]

Kalian boleh membaca Al-Qur'an.Sabda junjungan:Dari Abu Umamah  radhiallahu 'anhu,Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam, “Bacalah Al-Qur’an, karena ia akan datang pada hari kiamat, sebagai pembela pada orang yang mempelajari dan mentaatinya.” (HR Muslim). 

Baginda bersabda lagi:Dari Ibnu Mas’ud  radhiallahuanhu , Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ” Barang siapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah, maka akan mendapat hasanat dan tiap hasanat mempunyai pahala dilipat gandakan sebanyak 10 kali. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dan Mim satu huruf.” (HR Tirmidzi) 

Kalian boleh bersedekah.Bahkan setiap kebaikan yang kalian laksanakan merupakan sedekah.Lihatlah sabda Junjungan:
Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu dia berkata : Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : Setiap anggota tubuh manusia wajib disedekahi, setiap hari dimana matahari terbit lalu engkau berlaku adil terhadap dua orang (yang bertikai) adalah sedekah, engkau menolong seseorang yang berkendaraan  lalu engkau bantu dia untuk naik kendaraanya atau mengangkatkan barangnya adalah sedekah, ucapan yang baik adalah sedekah, setiap langkah ketika engkau berjalan menuju solat adalah sedekah dan menghilangkan gangguan dari jalan adalah sedekah.
(HR Bukhari dan Muslim)


Kalian mungkin akan bertanya tetapi pahala puasa kami bagaimana? Jangan risau!Puasa kalian yang berganti itu juga tidak dikurangi pahalanya.Dan jika kalian suka dan mahu,ada satu cara bagaimana kalian boleh mendapatkan pahala puasa meskipun kalian terhalang kerana haid.Iaitulah dengan kalian memberi makan,serta menyediakan makanan bagi mereka yang berpuasa.Berpesan Junjungan:Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani radhiyallahu 'anhu,daripada Nabi Sallallahu'alayhi wa sallam sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.(HR At-Tirmidzi).


Mudah bukan?Justeru saudari-saudari muslimahku sekalian,janganlah kalian merasa terhalang dari kebaikan dan kerahmatan ramadan,meskipun kalian berada dala keadaan haid.Manfaatkan peluang ini sebaiknya. 

Puasa ke 5 sudah..

Jalan-jalan carik pasal...


Lepas berbuka semalam aku bawak si tecik ni pergi tesco..memang nak bagi dia jalan sendiri..sekali sampai tesco kasut tecik lupa bawak daaa....ayokkk tak tahu...

Lupakan jela hajat kau nak bagi tecik menikmati kaki dia tu ..so letak jela dalam troley ..

Saje jejalan nak carik tembikai..dah sampi sane bukan tembikai yang dicarik, yang di carik bende lain..haishh selalu camni..lupa ape nak beli..

.......................................................................................................

Dalam kete aku letak qaseh kat belakang.kalau kat depan nanti dia yang jadi driver..memang diam je sebab aku bagi dia makanan..tapi tula sampai rumah bukak je lampu kete tengok .masyaallah qasehhhhh ape yang kau telah buat ni...penuh misai nampakkkkk.. *kalau marah memang kuar ayat skema*



Tanpa rasa bersalah muka tu..senang hati betulll..masuk umah sambung balik tu.. memang licin tak de tinggal walau secalit coklat pon...membazir katanyer...... ngeeee

Ntah kenapa malam tadi dia tak mo tido.. penat aku tutup lampula masuk buai la tetap dia tak mo tido...aku dah sampai terlentok pon dia tetap dengan aktibiti dia melayari internet.. wahhh gitu..



Ni aktibiti sebelum ayah dia balik.. selepas ayah dia balik.. haaaaa ko aktibiti main bola tu...pening kepala hakak ..


.............................................................................................................


Si tecik ni dia memang baikkkk.. yer bukan baikk ade makne ni baik tak de makne..

Kalau mama dia baring ke hape dia memang tak kaco.. kadang2 tu dia leh tido sendiri tanpa merengek2 kat haku..apetah lagi nak merengek2 kat ayah dia memang tak la.. dia tak berapa nak kalau dengan ayah dia..ayah dia garang..


Tapi kalau dia dapat racket memang dia akan imagine kan kepala ayah dia tu shutter....dah lama dia usha sekali ketanggggggggggg haaaaa hambik ko...


Seronok tengok gelagat dia membesar..gigi pon dah naik mendadak..harap2 raya ni dah penuh..leh?





TOPMUM: Tak payah nak tanya orang ade baca blog tia ke tak.. sewel...!

Kecik bukan sebarang Kecik..Kecik ni boleh melantak macam orang besar.

lepas buka pose tetiba teringin plak aiskrim mcd...singgah beli baru balik rumah..sampai rumah pulak aku baru nak ngap orang sebelah dah merengek2 suruh letak aiskrim tu depan dia.. lepas ni kena beli 2..aku ulang lagi sekali 2 ok.. kalau tak boleh terjadi anak dengan mak bergado sebab berebut sehingga tarik2 rambut.



Memang nampak menyelerakan ..aku dapat makan 1 suap je..nak mintak lagi 1 suap pon dah kena jeling...


Dah tinggal sikit baru dia bagi mama dia.. itu pon dah cair..tapi tak pe aku letak dalam fridge..huhuhu nak jugak..


Tengah landing time depan tibi tetiba si kecik ni baring sambil dekat tangan ade coklat pulak..macam manala dia leh amik..aku was2 dari entry dia makan biskut pukul 6pagi sampaila ni dia makan coklat pulak..sedangkan aku letak makanan sume atas meja..memang susah dia nak amik..haihhh ade orang tolong ke yek? huhuhuhuh seram mak nok.


Tanpa rase nak pelawa mama dia, dia terus baring sambil makan..mama cakap nak sikit dia wat tak tau jerk..


Ni pon sama..dah tinggal sikit baru dia pas kat aku ..memang sadis...tapi aku still confuse macamana dia boleh amik..?????? kang kalau aku tanya tetiba dia jawab kang aku pulak yang fengsan...baik tak payah ade niat nak tanya kan.


Tengah baring camni kalau tetiba kuar iklan mimi mencari cinta ,iklan ceria memang otomatik dia bangun nak berjoget..siap leh tersenym lagi kalau iklan2 ni keluar..yang sedih baru nak joget iklan tu dah habis..ngeeeeee



Membesar dengan sihat!



TOPMUM: Aku nak mewakili kawan2 aku yang tak ade blog boleh???? tungguuuu tapi jangn terase yer..tak ade tulis nama kan... lalalalalala jugak.

Suara dentuman yang sangat kuat di pahang.

Info dari email yahoo..




Salam Sejahtera,

tolong bace ye.. siaran RTM di Negeri Pahang. tergempar ramai orang terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat di susuli gempa bumi selama 3 minit, mungkin ini tanda2nya. > kpd semua yg bergelar muslim,hari nie pakar meteorologi bhgn bunyi dr Rusia ...m'dapati sesuatu bunyi ganjil spt ngauman raksasa dr bwh mantel bumi.menurut para ulama kemungkinan besar itu ialah suara Dajjal y b'usaha utk naik ke muka bumi.oleh itu,kte disuruh sentiasa x berhenti azan dan solat,sebarkn kpd umat ISLAM yg lain. Amanah! Wallahualam. KITA YANG MENENTUKAN DIRI KITA Jgn skip utk bace ni. Sebarkan kalau sayang pada islam. > BAHAYANYA KARTUN POKEMON dan BINATANG2 yang ade dalamnya. POKEMON bermaksud saya yahudi,> PIKACHU bermaksud jadilah seorang yahudi. CHARMANDER bermaksud ALLAH itu lemah..nauzubillah) . > jadi. tolonglah SEBARKAN kepada rakan2 chat korang semua. > sumer org yg ade bobba messenger (ym), tolong jangan add org yg id die macam ni: bobba die cuba nak murtadkan org Islam. tolong forwardkan mesej ni kepada sumer org Islam! (kalau rase sayang ngan org Islam la. kalau tak sayang, x payah forward!) jngan smbong n bongkak..hanya utk pringtn bhwe kiamat suda mghmpiri..








Blogger baru belikan aku popia..

Oh oh oh ini entry sudah lama woo tapi wa baru nak update... tapi lama xlama la jugak..adela dekat 3 minggu camtu..


haritu aku ade buatkan si fais&wani blog punya header..buat biase2 jer, sebab aku pon tak berapa nak mahir lagi..tolong kawan ape salahnya kan.. lagipon diaorg ni peminat setia blog haku jugak..


Follow la blogger baru ni..diaorg ni tunang sesama tunang..blog dia memang best ,santai gitu, lagu pon best..


Aku tolong ape yang patut jer.. so wani tunang kepada si faiz ni cakap ''nanti wani belanja popia'' fobia aku dengar popia..miahahahahaah terus aku cakap '' ehh xpela kang ade orang tak suka pulak''
Fobia hakak ok..terus wani cakap '' abaikan je orang2 tu'' so okla aku terima popia seadanya..miahahahahahh


Gambar dirembat di google..heheheeh pinjam jangan ketekut ok..


Macam biasela popia k.raja tu memang feveret aku.. so si faiz past dekat hubby suruh bagi aku.. thanks to faiz&wani..


Rajin2la update belog ok korang...


Nasihat tia dekat blogger baru fais&wani.. *wahhhh budget ko pandai nak bagi nasihat* lempang


-Blog sendiri hak sendiri2..tapi tak perlula sampai setiap entry nak kutuk2 orang..tak perlu rasanya..sebab nanti orang tak nak follow blog kita

-Bila orang tak follow kita makanya ibarat ko tulis ko sorang je baca.. so sucikanla blog korang ok..


...............................................................................................................

Tia sentiase sokong dari belakang blog korang ok.. hehehehehe bagi lempang sikit.







TOPMUM: tetiba trgin makan popia k.raja la pulak..suh faiz belikan leh?

Hampir terlajak.. hampir yer...nak aku ulang?

Good morning..

Muka budget hot ! kata orang......


Malam tadi dengan selambernya tepat jam pukul 8.30 malam si kecik tido tanpa disuruh..aku pulak susah hati dia tido awal..mana taknya kalau tido awal bangun pon awal.. pukul 10 malam dia bangun dah..cergas wehh siap bergonjeng2 menari..

Yang pasti kami tak tau dia tido balik pukul bape..heheeh sebab mama ayah dia dah diulit mimpi sehingga kan nak hampir2 terlajak bangun sahur.. sehampir jugak dengan waktu imsak..huhuhhu pukul 5.15 pagi baru aku terjaga.memang salah aku sebab jam dah bising pukul 4 pagi tapi aku baling jauh nun suh senyap.. inila balasannya..... sob sob..


Si kecik pulak kol 6 dah bangun tengok kartun.. sambil tengok kartun tangan tu duk cungkil2 mata aku..sabo jela.

Yang si ayah pulak mengantuk katanya tu yang tak pergi masjid subuh tadi....kesian penat tu...

.....................................................................................................






TOPMUM: Skang aku senang sikit sahur tak payah nak masak2..hubby balik malam tu siap bawak nasi bungkus tuk sahur..rezki bulan pose kan..