Showing posts with label sabah. Show all posts
Showing posts with label sabah. Show all posts

Step by Step @ LCCT

.

Previous entry kata nak cont entry checkin di lcct.. tapi tak muncul2 pulak yek entrynya..heheheeh sorry yer sebab aku bz design order customer.. okla meh kita kongsi sikit pada sape2 yang baru 1st time nak naik flight.. 


Memang agak cuak + nebes + nebes + cuak kalau yang baru 1st time nak naik kapal terbang lagi2 pada yang terlalu obses reseach info dekat GOOGLE! cara nak naik FLIGHT! 



Bila kita terlalu search info sikit sebanyak kita akan nebes sbb orang tu ckp camni..org ni cakap camtu...so jalan penyelesaiannya ko REDAH JE MAK JEMAHHH OIIII!



Macam aku la jugak... tanya org A perlu ke beli lunggage? then dia ckp perlu sbb nanti kat LCCT kena bayar double.. tanya orang B dia cakap tak payahla dont worry diaorg kadang2 bagi lepas je... tanya orang C pulak suruh beli time balik je.. so kesimpulannya ko bincang ngan laki ko sudah! hahahahaah


Ok 1st step sebelum nak flight means dalam 2minggu awal dah boleh print BOARDING PASS thrue website AIRASIA.COM. 

Tapi INGAT tau kalau korang ade tukar ape2 dalam tiket tu maksudnya korang tambah FOOD ATAU BERAT LUNGGAGE korang kena print BOARDING PASS yang baru!! ingat tu.... 

Kelebihan disini is korang tak perlu Q dekat LCCT semata2 nak ambik tiket atau Q dekat mesin kiosk kat LCCT semata2 nak print tiket.. datang2 je LCCT terus boleh masuk gate..

Ni self checkin.. sini pon kalau lucky jela tak ramai manusia.. klau ramai tu susah hati dibuatnya....


Important lagi kalau korang print dekat website korang print sekali RETURN punya..so senang..simpan baik2 dalam bag... cuma jangan tercomfius mase nak pergi korang bagi yang RETURN punya sudahhhhhhhh jenuh nak mencari...



-----------------------------------------------------------------------------------------------


Step 2 korang kena prepare before nak naik flight esoknya is Bag.. bape bag nak bawak? bape helai baju nak bawak? dengan anak ade 10 orang lagi... dengan ade baby lagi? so this the way...... 


Kalau family ramai tu belila lungage senang tak payah nak angkut kesane kemari .. kalau family macam aku ciput 3orang je aku bawak 1bag tarik macam bag AF, 1 bag besarrrr bag balik kampung tu...and sorang 1 bawak bag sandang... bag yang nak bawak naik atas kurang dari 7kilo saje.. so kalau nak rase bag ko berat ke x ..ko pergi angkat beras 5kilo test..and angkat bag pulak.. kalau ringan lehla tambah pe yang patut..heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee 


Contoh 2 bag bawah tu aku bawak mase pergi... 


BAJU pulak 1 hari selai je kauuuu...jimatla sikit kan...hehehehe lebihkan dekat anak je.... contoh macam aku bawak sorang 7helai pakaian..tapi still bag ringan kata orang airasia.. so aku rase kalau korang nak pergi 4hari cam aku bawak lebih pon xpe... lgpon diaorg xtimbang..diaorg angkat je bag aku diaorg sengehhhh katanyer ringannn... kalau ku tau dah lama aku bawak baju berhelai2!!


Untuk sape bawak anak yang menyusu macam anak aku bawakla naik bag susu dia..letak dalam 1 bag pampers,susu 2botol panas, baju sikit.. and sape kata tak boleh bawak makanan luar??? korg angkut jela ape makanan sekali pon roti ke kopok ke ade diaorg kisah??? hahahah tapi kalau ade yang berhajat nak angkut KFC,NASI ke aku tak taula boleh ke x!! 


SETTLE BAB BAG


----------------------------------------------------------------------------------------------

TIME.. ramai yang cakap datang 2jam awal la hapela.. tapi kalau korang datang awal2 pon nak buat pe kan..duduk termenung tengok muka uncle sebelah.. diaorg cakap jela gate tutup time sekian2..tapi tak tutup pon...diaorg still tunggu korang datang... macam aku masuk gate 1/2 jam lagi gate nak bukak... tapi ade lagi lambat dari aku...so just calmdown beb.. dont be nebes yang korg akan tertinggal flight..KECUALI korang betul2 lambat!!!


Baru 1/2 jam tunggu gate bukak pon dah camni... kalau aku tgu 2jam awal???? parahhh parahhhhhhh




SEDIAKAN IC atau PASSPORT, MYKID atau SURAT BERANAK...


OII mak jemahhh kalau kau tak bawak IC menangisla ko tak boleh naik flightttt... kalau anak dah ade mykid bawak mykid je tak payah surat beranak.. kalau xde mykid boleh bawak surat beranak yang ORIGINAL.. jangan nak photocopy pulakkkk.... mase gate dah bukak sila Q baik2..jangan suka2 nak potong Q pulak.. eh eh tetiba..heheheeh


Dan yang paling penting naik je kapal terbang mana 1 yang korang suka..hahahahahaahaha tak2 jangan buat camtu... aku pon tak tau nak tengok tang mana 1 kapal terbang yang aku nak naik..aku just follow the flow montot orang..heheeheheh


Masuk dalam flight terus tengok number seat.. jangan berangan sangatla nak duduk suka2 kang kena halau wat malu jerk.. nampak sangat baru 1st time naik flight..heehehee 

Melilau cari seat orang belakang tu.. stewardess bukan tolong ponnn.... airasia je kottt wehhhh carikla sendiri ye tak.. hahahahahah

Oh tempat bag tu besarrrrr spacenya... emergency nak letak anak kau yang kuat menangis dalam tu pon bolehhhh.. ooppsss jangan dibuat aksi ini....





OK DONE!


korang paham tak yek ape aku terangkan??? sebab aku pon tak berapa paham ape yang aku terangkan sebenarnya......muahahahahahaha



----------------------------------------------------------------------------------------


Ok ni step sampai je di airport kota kinabalu.. airpot lain aku tak taula sebab tak sampai lagi...heheheheeheh


Macam biasela ikut montot orang..heeeee 


Sebelum korang dilepaskan bebas merayap di KK, korang kena ambik pass pelancong di imegresen... JANGAN HILANG PASS NI.. simpan baik2 dalam bag...


Siapa letak lunggage dalam kargo JANGAN LUPA AMBIK BAG .



Then kita enjoysss!!!!


Do d same step mase nak balik nanti... kalau beli lunggage terus ke kaunter CHECKIN bagi boarding pass and diaorg timbang bag and jalannnnnnnnnnn........ 



Itula jela kot... ape2 email jela nanti aku reply..hekhekhekhek....




Waktu solat di kota kinabalu , sabah

.

Kalau di sabah waktu solat cepat dari KL.. sampai2 je KK terus sms kakak aku suruh tengok channel oasis waktu solat kat KK jam bape.. 

Zohor 12.30

Asar 3.30

Maghrib 6.30

Isyak 7.20

Subuh 4.30



Awal kan??? Memula macam tak biase je sebab cepat lagi2 bab subuh tu..4.30 kau??  dekat sane pukul 6 pagi dah terangggg.. orang pon dah start nak pg keje kot.. riuh gak kat bawah hotel.. 



6 PAGI dah terang...



Kalau petang pulak kul 6 petang dah gelap sikit...




Kalau maca kita pg holiday lebih dari 2 marhalah (60 batu) bolehla solat jamak..


Kita kongsi sikit yek pasal solat jamak qasar dan jamak takdim yer... 



Pembahagian Solat Jamak
Jamak Taqdim ialah melakukan solat jamak pada waktu yang awal iaitu zuhur dan maghrib. Contohnya solat zuhur dijamakkan dengan asar pada waktu zuhur, solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib, maka ini dinamakan solat jamak taqdim.

Jamak Takhir ialah melakukan solat jamak pada waktu yang akhir iaitu asar dan isyak. Contohnya melaksanakan solat zuhur dan asar pada waktu asar, solat maghrib dan isyak pada waktu isyak, maka ini dinamakan solat jamak takhir.

Hikmah dan Hukum solat Jamak dan Qasar
Hikmah solat Jamak dan Qasar adalah untuk mempermudahkan atau memberikan keringanan kepada orang yang musafir lebih dari 2 marhalah. Orang musafir sering mengalami masalah dalam perjalanannya, sukar untuk berhenti solat dan sebagainya, maka dari itulah Allah memberikan kemudahan kepada umat Islam untuk jamak dan qasar solat fardhunya. Tiada alasan lagi bagi orang yang musafir untuk meninggalkan solat fardhu. Hukum solat jamak dan Qasar ini adalah harus, terpulang kepada orang yang musafir untuk mendirikan solat sempurna atau jamak dan qasar, tidak menjadi masalah, nak buat jamak qasar tidak menjadi masalah atau tidak mahu buatpun tidak menjadi masalah.


Syarat Jamak Taqdim


Solat pada waktunya yang awal seperti solat zuhur dan maghrib.


Niat jamak pada waktu solat yang pertama.


Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat.


Diselangi dengan iqamah dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal.


Berkekalan musafirnya sehingga solat yang kedua.


Syarat Jamak Takhir


Berniat untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama.


Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat.



Syarat Qasar


Musafir hendaklah tidak bertujuan maksiat.


Perjalanan tidak kurang dari dua marhalah.


Solat yang diqasarkan hendaklah solat zuhur, asar dan isyak sahaja.


Hendaklah diniatkan qasar dalam niat solat.


Tidak boleh berimam orang yang solat penuh (sempurna).


Berkekalan perjalanan sehingga sempurna solat.


Dia tahu orang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.



Niat Solat Jamak dan Qasar

Jamak Taqdim dan Qasar


Zuhur-Asar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya asar tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إلي الظهر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala”.


Maghrib-Isyak

أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إليه العشاء أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepadanya isyak tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إلي المغرب أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada maghrib tunai kerana Allah Taala”.


Jamak Takhir dan Qasar

Asar-Zuhur

أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إليه الظهر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya zuhur tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلي العصر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala”.


Isyak-Maghrib

أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إليه المغرب أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya maghrib tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إلي العشاء أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada isyak tunai kerana Allah Taala”.


Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar

Di sini saya datangkan cara mengerjakan solat jamak dan qasar berdasarkan penerangan Ustaz Sulaiman Endut dalam bukunya Asas-asas Fardhu Ain, iaitu seperti berikut :


Solat zuhur dan asar itu hendaklah dilakukan dalam waktu zuhur. Kalau jamak takhir hendaklah dilakukan dalam waktu asar.


Berdiri lurus mengadap kiblat.


Berniat hendak mengerjakan solat zuhur secara jamak taqdim dan qasar. Kalau jamak takhir solat jamak dan qasar pada waktu terakhir.


Setelah itu kerjakan solat zuhur sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.


Kemudian berdiri semula untuk mendirikan solat yang kedua iaitu asar.


Berniat untuk mengerjakan solat asar secara jamak takhir.


Kerjakanlah solat asar sebanyak dua rakaat sehingga selesai.


Kalau qasar jamak taqdim atau jamak takhir antara solat maghrib dan isyak, maka hendaklah niatkan solat maghrib secara jamak takdim atau jamak takhir sahaja tanpa menyebut qasarnya.






Walau sejauh mana kita berada sekalipun solat no 1..





SHARING IS CARING , CARING IS LOVING..  :)





Tips budget semase melancong..

.

Ramai jugak berminat nak pergi sabah lepas baca entry aku yek.. heheheh pergi jangan tak pergi....



Ade yang email aku tanya budget pergi sane berapa.. maksud budget disini ialah berapa duit yang perlu bawak la kalau pergi sabah ni.. aku rase bab budget depends pada org kot..lain org lain budgetnya... macam aku memang destinasi budget...muahahahahaha sumenya aku dah set awal2... kalau boleh tak maula membazir atau kalau rase bende tu tak perlu tak payah guna/sewa...



FLIGHT

Kalau nak pergi mana2 naik flight memangla backrup kan... tapi dah terpaksa nak buek camno ..kalau ade bot aku naik bot dah pergi sabah..wakakakakaka 

Ok flight klau nak tambang murah ,korang sentiasela bukak website AIRASIA. sebab situ ikut suka hati dia bila dia nak bagi murah.. dan bila korang nampak murah je trusla booked tak payah tunggu esok lusa sebab tiket murah ade sikit je dalam 1 flight... tapi kalau korang kaya tak payah tungggu promotion pon xpe..beli jela 1 hala baru RM300++ huhuhuhuhuhu


So flight aku untuk 3 orang pergi dan balik + makanan + lunggage RM170 (murah tak???)


Lunggage PERLU beli mase balik bagi akula sebab lepas shopping kan bag berat + kain basahan lagi kang korang kena bayar dekat airport 2x ganda harga dari harga on9.. so aku beli balik saje 15kilo RM20



TEKSI/KERETA SEWA


Sampai je airport KK teksi belambak..tak payah risau.. dari airport pergi ke hotel korang memang diaorg cas RM30 memang harga runtuh dah tu.. dan sape nak kete sewa kat hotel atau kat airport memang ade brocer kete sewa.. paling murah kete kancil RM100 sehari... 


Bagi aku tak payah sewa2 kete..dengan tak tau jalannya..dengan sewa mahal + minyak sendiri..tak ke lari budget dah tu??? baik naik teksi dari hotel KK nak pergi muzium RM15 , dari hotel nak ke green connection pon RM15.. dan teksi belambak dekat bandar KK.. lagi2 kalau korang penginap dekat hotel kinabalu..keluar2 pintu hotel je terus ade teksi stand kat c2.. tak payah nak call2...


so teksi saje selama 4 hari aku stay KK RM200



HOTEL


Kalau boleh booked 2minggu b4 nak holiday.. tapi jangan risau sebab kat KK banyakkkkkkkkkkkkk hotel budget..serendah RM60 untuk 1 malam... tak kisahla janji selesa kan... macam aku duduk hotel kinabalu 1 malam RM80 


Hotel 4 hari 3 malam RM240



MAKAN


Kalau korang menginap dekat bandar KK makan memang tak jadi masalah.. sebab dekat sane hari2 ade pasar malam.. pasar kraftangan & pasar filipina.. dan tak perlu amik teksi atau naik kete sebab dekattttt sangat... centrepoint sabah, supermarket sabah pon dekatttt... so tak lapar la duduk sane... bawah hotel pon ade mamak... 


makan selama 4 hari RM300 -----> ni untuk 3 mulut tau dan memang jenis kuat makan.. so ikut pada korangla bape budget...harga sume normal sama macam kat KL contoh

 bakso RM3.50


 Murtabak RM2

 Lupala harga bape...


Chicken wing sama harga macam KL jugak...


(hamboiiiiiiiiii kau bila sampai makan terpacul gamba pulokk) theeeeeeee




SHOPPING


Aku sebenarnya budget dalam RM200 je untuk shopping..sekali kau mahalnya barang kat sane.. yang murah murah key chain je..hehehehehe . salah 1 yang korang wajib shopping bawak balik bagi family,jiran,kawan adalah kuih cincin.. kuih ke biskut ntahhhhhhh

 1 pack kecik RM4 , pack besar RM8

 Aku beli 18pcs kauuu.. 1 kotak tak pasal2 kena duduk dalam kargo...

Memang diaorg akan letak dalam kotak sebab diaorg tau nak naik flight kan... memang ikat cermatla.. jangan risau bab tu... safety 1st..hehehehe 


Lagi 1 patut beli ikan masin,ikan bilis tapi aku tak beli la sbb macam tak de space je dah bag aku.. shopping saje budget RM400




JALAN-JALAN


Ok yang ni budget lebih sikitla...sebab mahal kot... nak murah masuk muzium jela RM2 per person.. heheheh nak naik bot pergi pulau RM25 per person untuk 1 pulau.. 2 pulau RM35, 3 pulau RM45 *include teksi*

Aku ingat bayar price tu jela.sekali sampai jeti kat pulau tu kena bayar ko tau??? ko ingat free2 diaorg nak bagi korang mandi kat c2?? 1 orang RM4.. heheh okla murah tp tula nak sewa tikar pon RM9


Jalan2 + tiket selama 4 hari RM150



TOTAL BUDGET PERGI KK SELAMA 4 HARI 3 MALAM RM2,000



Lagi bawak anak lagi besar budgetnya... nak tu nak ni kan... so tu antara budget aku.... kalau korang pergi 3hari dan tak nak shopping sangat dalam 1k lebih cukup dah.... jangan risau sebab kat sane BANK sume dekat2..heheehheeh




Next entry cara2 nak checkin di LCCT... bye!















Pulau Sapi kota kinabalu, sabah

.

Esoknya nak balik KL barula terhengeh2 nak pergi pulau.. Aku tak taula pulak kalau nak pergi pulau better pergi pagi.. sbb lama la sikit kan..ni aku tengahari lepas solat zohor baru keluar turun bawah tanya reception hotel tu camner nak pergi pulau sapi,pulau manikan,pulau mamutik.. then dia bagitau jalan kaki pon boleh dalam 20min..naik teksi dalam RM15.. dah sembang lama2 last sekali baru dia bagi brocer agent untuk ke pulau????? kenapa tak bagi dari awal???


Macam2 perangai org sabah ni... haihhhhhhh


Nasihat aku better korang ambik tour agent nila sebab murah sangat.. kalau dari hotel nak pergi jeti RM15 then duit tiket nak ke bot lagi kan? so kalau korang pakai agent tour ni korang hanya bayar RM25 untuk 1 pulau, RM35 untuk 2 pulau, RM45 untuk 3 pulau,.. sekali package dia ambik dekat hotel and anta balik dekat hotel.... murah sangatla kan..tak payah ambik teksi...



Ok budak bawah 2 tahun FREE ------> fuhh lega dengar kau...


Tunggu agent tu pon 1 hal..lambat kemain ko yer..

Sorry bukan ni agentnya..ni puan belog..hekhekhekhek


Tapi okla agent tu peramah sangat..i likee org peramah2 ni...

Smapai je dekat jeti tu..ya allah cantikkkk sangat2 pulau dia,  korg kena datang sini! mestiiiii! sebab sini pulau dia hijauuuu,biruuuu cantikkk sangat2...


Tapi sebelum tu kena pergi jeti ambik tiker...jangan over pulak terus turun naik bot dengan muka selamber xde tiket..hakhakhakhak


 nila dia tempat korg kena beli tiket


 Nila agent kami... 

 Ohh qaseh ku sayang..cukupla shopping tu...kita bukan naik kete sayang oiii ....

 Budak2 punya safety kena sewa RM5

 Laparrrr..sedap jugak tali bag ayah..katanyerrr


 Waiting sampaila dipanggil...

 Ok adik2..safety first ok...


 Ok sebelah qaseh tu tiada kena mengena dengan kami..tapi aku suka dia sebab dia puji melambung anak aku cakap ''wahh good girl la dia, steady je tak takut''

Aku senyum jela kan dah kena puji.. tapi dalam hati.....

Oiii ah chaii...anak aku steady sebab dia tido la! of cosla good girl sebab berdiri pon leh tido ..pe de hal kan... hahahahahhaah


 Kesian dia sampai tertido sebab angin kuat sangat...heheeheheh


Sampai je pulau ..perghhhhhhh ikan banyaknyaaaaaa ni excited ni nak bagi ikan makan kaki...erkkk...


 Caution .. ni adalah jellyfish.. berhati2 sebab jellyfish menyengat tau... sape mandi tengah2 tu kenala kot...

 Ade maca sabah top model tak? auwwwwww! menggoda

 Air dia bersihhhhhhhhhhhhhhh sangat..

 Barang nak menyelam kena sewa.. mahal jugak dalam RM15 .. tikar nak sewa pon RM9.. 

 Cantikk sangat. tapi kena hati2 sebab batu ni licin

 Kerja dia kat sini korek pasir carik harta karun...nasib baik jumpa 1 ..heehheeh

 carik lagiiii



 Nak jugakkkk..auwwwww! 






OK diaorg sebenarnya ade bagi mase ..pukul 5 bot akan sampai ambik pelancong..kalau korg xstanby alamatnya korang kena jadi orang pulaula....macam kami, kami pergi 1 pulau je sebab dah lewat xsempat nak pergi 2 pulau.. kalau korang nak pergi 2,3 pulau diaorg bagi mase 1 pulau dalam 3 jam camtu.. nnti bot datang ambik bawak lagi 1 pulau...sampaila kul 5 petang last bot datang ambik....



Jangan risau dekat pulau pon ade surau tau... antik surau dia..serammm pon ade...theeeeeee





Selesai sudah ekspedisi ke PULAU SAPI..! seronok tak terkata... syukur alhamdulillah ....balik2 hotel terus mandi rehat then malam tu sesi shopping barang nak bawak balik KL... 




NEXT ENTRY! BYE.............








Green connection & Aquarium sabah

.

On d same day ktrog pergi green connection & Aquarium.. sampai2 je trus tanya uncle teksi tu '' aikk macam tutup saje uncle'' memang soalan batak kot aku ni.. heheh tutup apejadahnya memang tak ramai orang kot!


Sekali masuk dewasa RM15 kanak2 bawah 2tahun free.. dengar free lega wooooooo


Time ktorg datang sane sume aquarium kotorrrr..ikan pon aku xnampak.. pudarr jer.. kalau nak tengok kena dtg dekat sambil besarkan bijik mata...










Level atas ade pusat sains...




Turun bawah jalan2 sekali nampak 1 sudut ni sume dalam air ni kita boleh pegang...


 Takut2 hubby nak pegang tapi dah kena paksa kan pegang jugakla...hahah

 Ni bukan hubby je takut, aku pon takut sbb ekor dia bahaya.. 

 eh eh ade dugong la.. hehee



Kalau dah lapar ikan palsu pon nampak reallllllllllll...................


Kesimpulannya okla best!



Lagi bestnya kalau tanya dekat org teksi ktorg mau pergi kundasang, diaorg mesti akan cakap '' lama mau pergi sane 2jam, duit habis bayar teksi saja..bosan sane..gunung saja...duit itu kamu makan lagi baikkk''



Yerrr wehh aku tnyer mana tempat best pon dia ckp '' sini tak ada ape bah'' 



Kecuali kalau korang jumpa orang agent tour confirm diaorg akan ckp ''kamu mau kah esok pergi tengok tradisi sabah,ade menari sabah 1 orang 100++ saja bah..mau kah?''



RM100++ aku bayar untuk tengok tradisi sabah je??? memang tak la kan...... kim salam! theeeee




Tapi last2 ktorg pakai agent tour jugak tapi untuk pergi pulau jela...cadang nak pergi tanjung aru tapi xjadi sbb mase xckup... so pergi pulau saje.. tu pon 1 pulau je.. sebab mase xsempat!!



Next entry!