Budak 10 tahun lemas dalam kereta.

Sedihnya..dah banyak terjadi pon masih lagi buat2 tak paham ...aku pulak yang tak paham ade setengah parents suka tinggalkan anak dalam kereta ni..kalau korg yang kena tinggal pandai pulak merungut2 panas la apela..*opss terlebih sudah lagi*



Malam tadi tengok berita pasal budak 10 tahun lemas dalam kereta ibu dia..haihhhh kenapa..kenapa?



Tak kisahla anak kita tu merengek ker buat hal ker..pentigkan keselamatan dia dulu ..

Jangan terus tinggal dalam kereta ataupon tak ade jawapan selain terlupa???



Berita selanjutnya...


SINI


Nak isi minyak kereta sekalipon tolong bukak cermin kereta ataupon angkut skali anak korang..yang penting keselamatan!!


Atok atok.. kalau korek idung batal puase tak?

السلام عليكم



Masuk2 opis terus bukak facebook... ehh silap2..trus bukak tenet nak donlod lagu.. maleh nak beli cd kot..*budget*



Okla 2 kan masuk opis terus donlod lagu..kang masuk opis terus duk depan utube memang sampai kepetangla aku tak sapu sampah dekat belog aku ni...kemarin aku ade buat kek coklat ganache.. nak buat dh lama tapi ade bahan yang tarak.. memang aku boleh kata yang kek aku kalini memang rase dia lain.. sedapp,moise,rase coklat dia pekat dan bila bakar kek tu dia tak mengerekah macam gunung berapi, janji kek cantik lawa aku dah boleh kata kek 2 sedap...belum lagi rase kan... haaaaa




Memperkenalkan KEK COKLAT GANACHE


Terliuqqqq..



Nak recepi??? *xnk pon aku bagi gak..hahaha*



Bahan: -
1 cawan tepung gandum
1 / 4 cawan cocoa powder
3 / 4 sdt soda bikarbonat
1 / 4 sdt garam
1 / 2 cawan gula pasir
1 / 2 brown suga
65 g mentega
1 biji telur besar
1 sdt vanili ekstrak
1/4 cawan buttermilk-(buatan sendiri 1 cawan susu ditambah dengan 1 sudu makan cuka. Rehatkan selama 20 minit tetapi recipe ni hanya gunakan 1/4 cawan saja)
1/2 cawan air suam

Cara2
Set oven 170C. Siapkan atin kek anda.
Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan. Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur. Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan2 kering(tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cair(buttermilk+air suam) dalam tiga bahagian.Terakhir masukkan vanili estract. Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.


Chocolate Ganache:-(lain kali buat 1/2 adunan aje)
200ml (susu segar)
250g coklat gelap dicincang halus
50grm butter
Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair, Angkat dan sejukkan dulu baru sapukan frosting krim keju & tuangkan coklat ganache diatas.




Dah pergi balik skang try resepi ni..theee



.................................................................


Situasi pagi tadi :



Ade balance lagi sikit kek ni..nak gakla aku bawak g opis kan..siap potong cantik punya letak dalam bekas..alih2 hubby tanya




Hubby: aikkk, awak puase kan?


Aku: haa?? alaaaaaaaaaaaaaaaa malunyaaaaaa tak ingatla *sambil gelak cam org gila*


Hubby: hahahahahaahah *gelak takde perasaan*




Lupala...aduiiiii



OTW dalam kete nak g opis..hubby cakap



Hubby: ishh ,saya isaula..kang awak korek idung pulak..lupa harini pose..



Aku: Manade..saya ingatla..cuma tadi 2 excited lebih...



Sampai opis aku salam sambil buat tangan nak korek idung...hehehheeh





Sian kek aku 2..dah siap potong lawa dah...terus masuk dalam fridge..hhuuhuhu




Astro pulangkan duit pelanggan.

Wah wah ko astro sesuka hati naikkan harga caj kat ktorg..kalau time hujan dapat nengok tak hape jugak..ni haprak ye x.. *oppss terlebih sudehh*



Itula desas desus berita yang kita dapat sebelum ni kan.. tapi skang ASTRO PULANGKAN SEMULA DUIT PELANGGAN. sesiapa yang dah bayar kadar caj yang baru tu astro akan pulangkan balik balancenya..







KUALA LUMPUR – ” Pulangkan semula duit pelanggan yang telah membuat pembayaran untuk caj baru tersebut “.

Itulah yang ditegaskan lebih 70 persatuan pengguna yang diterajui Persatuan Pengguna Islam (PPIM) berhubung caj tambahan yang dikenakan Astro terhadap para pelanggannya baru-baru ini

Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak, memandangkan kabinet telah membuat keputusan untuk tidak membenarkan stesen televisyen berbayar itu menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), maka Astro perlu mengembalikan semula wang pelanggan mereka yang telah membuat pembayaran.

” Kalau ada pelanggan yang dah buat pembayaran ikut kadar baru itu, maka mereka (Astro) kena pulangkan semula lebihan caj tersebut, ini kerana kerajaan dah tolak permintaan untuk menaikkan tarif seperti mana yang dirancang itu,” tegasnya.


klik sini lebih lanjut




Juara Imam Muda Hassan (Tahniah)


Berakhirnya rancangan IMAM MUDA . wahhh cedih tau setiap hari jumaat dah tak ade citer best2 nak nengok..


Rezeki berpihak pada imam muda hassan.. tahniah! dua2 pon hebat!


tapi aku lagi suka imam muda nazrul sebab dia bijak berkata2..confident jer memanjang..tapi tak ape rezki kete persona pon ok gaks...



tahniah sekali lagi!


Like facebook imam2 muda pilihan anda..



CIK BUNGA: lagi best layan imam muda dari AF. sekian.