Soalan Demi Kekeliruan..

SOALAN:
Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya adakah haram jika makan di restoran yang menjual arak seperti TGI FRIDAYS, CHILL’S? Di dalam menunya ada mengasingkan bahagian makanan yang dicampur arak dengan yang tidak dicampur. Saya menjadi keliru dan memerlukan jawapan.

Sekian Terima Kasih.

JAWAPAN DARI PIHAK JAKIM

Waalakumussalam w.b.t

Terima kasih kerana melayari Ruangan Kemusykilan Agama.

Tahniah kerana anda begitu prihatin dengan isu semasa dan berkaitan halal haram sumber makanan dan minuman. Apabila kita menjamu selera di restoran yang mencampurkan produk yang halal dan haram, kita dituntut untuk menjauhinya kerana timbul rasa syubhah. Walaupun menu yang ditawarkan mengatakan tidak dicampur dengan bahan-bahan yang diragui status halalnya, jelas telah timbul syubhah pada diri puan.

An-Nu’man bin Basyir berkata, “Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda, ‘Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.’” (HR. Bukhori)

Marilah kita sama-sama mengingatkan diri kita bahawa setiap yang Allah larang itu pasti ada kebaikan untuk diri kita sendiri. Dan selalu dalam al-Quran mengingatkan supaya kita berfikir akan ayat-ayat Allah. Biar kita dikata kolot oleh manusia tetapi di hadapan Allah kita dimuliakan kerana perbuatan kita melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan perintah-Nya. Ingatlah ? Setiap daging yang tumbuh hasil dari sumber yang haram, maka neraka adalah lebih berhak ke atasnya (daging itu)? Itu adalah sabda Rasulullah SAW

Sebarkanlah walau dengan satu ayat..


Kuih bakar atau lebih dikenali kuih tong.......

Sejak2 ni aku dh mula main masak2 kat umah. best tau main masak2 ni last aku main mase darjah 6 xsilap hbs periuk belanga mak aku, aku cilok. skang pon main masak2 gak ibarat kalau jadi boleh tayang kalau xjadi tayang kat tong sampah.. berani mencuba tu penting.. heee


mcm2 jenis masakan dah aku buat xmenjadi dan mcm2 gak jenis2 makanan aku buat menjadi.. ibarat jugak yang dikendung dapat sikit yang dikejar pon dapat sikit. korang paham x?? aku pon paham sikit jer.......


yela contoh mcm semalam. aku dengan bangga + excited nak buat kuih bakar kononnn barang sume dh sedia. alih2 wehh masak dekat 3 jam dh tapi kuih tu tengah2 dia xmasak..waaaaaa sedih wehh tepi2 leh makan g tapi tekak aku xlalu dah tengok kuih 2.. So the answer is Senyap2 aku buang dalam tong sampah pagi tadi dengan harapan xde sape2 tau.


Gambar google


Alasan aku kat sini adalah aku salahkan 100% dekat OVEN tu..!! yer mmg diala punca kuih aku xmenjadik..! sbb segala sukatan sume mmg aku xDERHAKA langsung.. 100% mmg ikut resepi tu.. ke aku patut salahkan empunya yang bagi resepi tu yek? *emo kan aku ni* setakat kuih tu je pon g jela beli kat kedai tu ha 1 RM0.40sen jer....


Gambar google


Sape2 yang cakap mcm tu mknneyer dia xde seni dalam idup dia..heheheheheh jenis aku ni mmgla kita leh dapat kat kedai sume tapi lagi best kalau kena ngan air tangan sendiri.. mmg sgt2 best tau. walopon ke tong sampah kekadang tu.. tapi e2 xpenting yang penting CUBA. ke korg nak aku nyanyi lagu faizal tahir CUBA. aku dh lama xkaroks ni.. ilangkan gian kat blog sendiri pon ok gaks.. muahahahahaahha


ok guys.. ni adalah entry lepas geram+mamai+selenge. BYE





Ikan siakap BERJAYA!

Selamat pagi kawan2.. *baca mcm zaman skolah dulu*


Hai sume harini aku dh stat keje, terrrsangatla malas nak siap pagi td walopon harini dalam sejarah aku siap awal. yeayyyyyy BERJAYA!!!


Nak tau pukul bape aku siap??? bangun smbhyg kol 6.30 then trus g lepak kat katil sambil lelapkan mata dan kepala otak berjalan sambil berpikir '' ISH, KAN XELOK TIDUR LEPAS SUBUH NNTI REZKI XMASUK'' so dgn gegasnya aku bangun trus g mandi pukul 7.30 pagi pastu terus siap.. awal kan???? selalunya aku siap kol 8.10 la 8.15 la masuk keje pulul 8.30.. yer wehh aku xperlula nak siap awal2 sbb opis aku duk depan umah aku jer.. :)


xcaya??? yer umah aku betul2 belakang bangunan opis aku keje.. dekat sgt2.. so mmg siap pon ala2 mak datin,

ok2 cukup. hajat aku sebenarnya nak bagi resepi IKAN SIAKAP 3 RASA aku malam tadi . sbb ape aku nak bagi resepi?? sbb baru lepas kena puji maaa



Tapi sebenarnya ini gambo ihsan dari pak cik google.. heeeeeeeeeee aku xsempatla wehh nak snap sane snap sini xde mase mak nok. sbb malam tadi lapor xhingat aku..


Tapi adela serupa sikit ngan gambo kat atas tu..tapi aku punya lain sikit hehehee mmg sedap wehh jap2 aku bagi resepi.


RESEPI

ikan siakap (taburkan serbuk serbaguna dulu pastu salut dengan tepung jagung)

bawang merah (potong dadu)

bawang putih (potong dadu)

carrot

daun sup/daun bawang

cili kering blended (3sudu)

sos tiram

sos cili thai perisa bawang putih

air asam

kiub ayam knoorr (hancurkan dia letak sikit jer)

air

gula


CARA

panaskan kuali

masukkan ikan yang telah disalutkan dgn tepung jagung goreng sehingga garing

dh masak ketepikan panaskan minyak untuk buat kuah. masukkn bawang yg telah didadu,masukkn cili,carrot,sos tiram,sos thai,kiub,gula,tambah sikit air. bagi smpi ade cukup rase. siap sira atas ikan tadi.





Dah siap ktorg makan tetiba dgr sore ''awak buat cmner kuah ni.sedapla'' ehemm ehemm tersedak aku..wahhh gitu.. terus rase mcm esok dan esok dan esok lagi nak masak bende sama..wakakakakakaa




- Aku pagi2 lagi perut dh berkeroncong lagu dangdut barangkali. Tajuk lagu LAPAR -



YA ALLAH................. AKU BARU PERASAN ADE KERABU MANGGA DALAM PETI AIS.. WAAAAAAAAA INGT NAK MAKAN SEKALI NGAN IKAN SIAKAP NI...SEDIH2...




Qaseh tercalon....


Alhamdulillah qaseh termasuk dalam top 10 Contest si cilik & Stroller. Harap2 menangla..

Good luck 2 all top 10 baby..