Ayam Selazat Jus dragon fruit Semanis Renungan......

.


Nama tajuk memang tak boleh belah.. tapi aku cuba untuk menyedapkan lagi tajuk entry kalini..harap diterima..wakakakaakakakakak



Banyak soalan kawan2 yang baca belog aku, aku tak jawab...sebab aku xperasan massage korang masuk dekat spam wehhhhh... selalu aku bukak inbox je... mengapa dan kenapa yek sesetengah massage terus ke spam??? aku memang tak tau kenapa.. so far aku dah hilang 3 customer disebabkan ni... massage sume masuk ke spam dan aku tak chekkk!! sekali bukak sume massage 2,3 bulan lepas punya...aduiiii sorry sesangat.........


Ok ni bukan entry nak luahkan ape yang terbuku dihati... eh eh , tapi entry RESEPI la woiiii..heheehehe



Kemarin lauk rumah aku dah habis dan tak tau nak masak ape.. tapi ade pasar time tu.. so nak pg pasar ke nak beli brg dapur.. kalau dipikir elok2 dengan adab sopan tatasusila baik kita pergi beli lauk dari pergi pasar kan? pergi pasar saje kadang2 tu boleh habis dalam RM30 tapi makan 1 hari je.. tak berbaloiiiiiiiiiiiiiii


Jadinya terus ke tesco shopping barang dapur.. senang hati sbb boleh balik masakkk...now my hobi its cooking u oulss.... hehehehehe


Ni malam tadi punya menu.. dan ade sikit tips aku nak kongsi dengan korang yang suka masak.. !


 Ayam masak merah gelap gelita tapi sedap + sayur kangkung goreng + Jus dragon fruit

Nama Ayam tu nak mo kalah! hahahhaaha

 Sedapppp sangat! betul tak tipu sebab aku tgk hubby makan bertambah! hehehehe
ayam ni resepi baru tau..nnti aku bagi

 Jus Dragon Fruit resepi terbaru !


RESEPI AYAM MASAK MERAH GULAP GULITA

Beberapa ketul ayam *goreng rangup2*
Cili kering
bawang merah
bawang putih
*cili dan bawang di blend sekali*
Sos plum
Gula
Garam
Daun bawang


CARA MENYEDIAKAN
Panaskan kuali, letak minyak BANYAK ,tapi janganla banyak sgt mcm nak buat kuah minyak pulak! sedang2 aje.. dah panas minyak masukkan cili yang dh blend tadi time ni biar api kuat! sampaila pecah minyak., kalau kering sangat tambah air sikit, kecikkan api, biarkan cili tu masak semasak2nya, sampai cili tu kehitam hitaman masukkan garam,gula dan sos plum, masukkan ayam yang dah digoreng, masukkan daun bawang dan kacau sampai sambal tu dah serap ke ayam baru tutup api....



TIPS yang xberapa nak tips aku nak bagi kt korg kalau nak bagi sambal sedapla... cili kering potong2 bakar atas kuali tanpa minyak, kacau2 la sampai mcm naik bau then tutup api biar kat tepi sekejap.. dengan cara camni sambal korang akan jadi gelap sikit.. tapi mcm tula sedappp kan?






RESEPI JUS BUAH NAGA @ DRAGON FRUIT

1biji dragon fruit
2,3 biji limau kasturi *boleh digantikan dengan lemon*
air soda *aku gantikan dengan jus apple*
sedikit gula


Cara menyediakannya

potong dragon fruit tu kecik2.. half dari dragon fruit tu diblend bersama air masak,limau kasturi *diperah*, air soda, gula..


Memang freshh anak aku pon suka... aku lagila sukaaaaa sangat..! ni sebenarnya misi menghabiskan dragon fruit dirumah.. kalau tak nanti busuk camtu je pehtu sedekah dekat tong sampah... ish ish ish tak baik membazir...




 Kalau dah camni kita tukar nama resepi.. ''jus air tangan qaseh''


Ni muka menunjukkan yang dia sokong sbb aku cakap ''sedap tak qaseh?'' heehehehehe


Ni kalau bulan puase ni dah lama aku kena maki sebab pampang air sesedap ni! heheheheheeheh



Ok cukup sampai disini saje...alalalalalala BYE!





Last but not least

saya cuma nak mengingatkan mlm nisfu sya'ban pada 5 julai hari khamis mlm jumaat (tutupnya buku amalan).

Bukan tugas kita untuk merubah diri seseorang, tugas kita hanyalah menasihati dan mengingati serta memperbaiki DIRI SENDIRI. Semoga hari jumaat ini memberi azam yg baik bagi menempuh ramadhan yg akan tiba.

Jadi sebelum terlambat saya ingin minta maaf kalau ada salah yang di sengaja dan tidak sengaja.

NABI MUHAMAD SAW b'sabda : barang siapa yg mengingatkn kedatangn bulan ini, HARAM API NERAKA bagi nya.

InsyaAllah. Sama-sama kita beramal.. :)





Resepi ke? Buat keje ke? ahhh mana2 la...!

.


Tajuk tu sebenarnya confuse tak tau nak letak tajuk entry ape!



Sabtu yang busy gilersss .. pagi2 dah masuk opis, tengahari pergi carik reben nak buat goodies bag, sampai rumah potong sticker sebanyak 400pcs , fuhhhhhhhhhhh! nasib baik anak tarakkkk... 


Sambil beralaskan meja study qaseh duduk depan tv konon2 sambil potong sticker sambil menyelam la...rupa2nya sambil buat keje mata ke lantai.. aduhhh kotornya umah akuuu, bangun balik bersihkan rumah kejapp konon2 tak boleh buat keje kalau rumah kotorr.. duduk balik cont potong sticker..


Dah potong dalam 200pcs terpikir ade kelapa parut dalam fridge,ade tepung pulut, ade gula melaka.. apelagi tinggalkan keje kejap pergi buat kuih untuk minum petang.. bilanya nak siap kalau camni??? ade je bende lain nak dibuatnya....


Mengambil mase dalam 1jam di dapur terhasilla kuih ONDE-ONDE.. atau nama modennya kuih melaka..


Ok fine warna hijau tiada dalam stock.. yang ade clr biru dan kuning.. jadilaaaaaaa


RESEPI ONDE-ONDE

Bahan-bahan:
400gm/1 bungkus tepung pulut
Air daun pandan (Jus pandan) ~ secukupnya (saya tak de daun pandan, hanya menggunakan perase pandan)
2 ketul atau secukupnya gula melaka/kabung ~ dipotong kecil-kecil utk intinya
pewarna hijau
Kelapa parut secukupnya ~ digaul dgn sedikit garam halus
Air secukupnya utk merebus


CARA2

1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.
4. Panaskan air hingga mendidih.
5. Masukkan bebola pulut tadi.
6. Bila kuih timbul bolehlah diangkat dan toskan dalam tapisan.
7. Gaul dengan kelapa parut. 




-----------------------------------------------------------------------------------------

Sambil susun dalam pinggan sambil masuk mulut... dan tetiba terkejut dengan diri sendiri sebab sticker belum siap lagi..jam pulak dah pukul 6 petang.. kejap lagi kompom si laki n anak balik.. kalau dah balik dah sah2 aku tak boleh buat keje kan... huh!


Sepantas kilat potong sticker tanpa menghiraukan sekeliling ... ohhhh tidak tidakkk manaleh tak hiraukan sekeliling.. sambil potong sticker tetiba teringat pulak nak sidai bajuuuuu!! tapi aku tahan nafsu ni buat tak layan ..fokuskan pada sticker saje... hehehehehehe


Tepat pukul 7 siap sudahhhh 400pcs sticker!! yihaaaa berjayaaa!!



Bukan sticker saje siap malah rumah bersih,kuih tuk makan petang pon siap.. ape lagi mandi2 siap ke rumah bonda pulak nak mejamah roti jala.. theeeeee





Korang pernh jadi macam aku tak?? tengah buat 1 keje tetiba tinggalkan keje tu buat keje lain..keje lain dah siap buat lg keje lain, sampaila ending baru siapkan keje yang 1 tu..!!! 







bye!


Qaseh Lunch Box

.

Bukan suka2 nak show yer, ade orang inbox aku suruh aku publish menu2 yang aku tapaukan untuk my dear yang kuat makan tu supaya dia pon ade idea nak tapaukan anak dia makana ape.. yela kadang2 kita ni tak tau nak tapaukan ape kan.. campur dengan MALAS nya lagi.. aduhh parahhh



Macam aku ade orang cakap ''ala anak baru sorang bolehla, nanti dah 2,3 orang tapau ntah kemana ,anak ntah kemana.. *sambil gelak* '' AKU TAK RASE PON DIA GELAK IKHLAS! 



Tapi bagi aku, memang aku nak tapaukan dia atau pon erti kata lain WAJIB sebab kawan2 dia sume bawak makanan, kang anak aku tengok orang makan pulak??? bukan sekolah tak bagi makan, bagiiiiiiiiiii tapi menu dia tak kenyang.. aku tak mo anak aku balik sekolah kebulur!



Sekolah biar sampai pandai, makanan biar sedap2.. so aku hari2 pikir esok nak tapaukan ape tuk dia.. ni antara yang aku tapaukan untuk set menu lunch dia... so farrrrrrrrrrr



Dalam banyak2 ni apple je dia xmakan aku tapaukan.. dan paling dia suka roti n cheese tu.. sekurang2nya kita tau anak kita suka makan ape kan?


so bende yang dia suka tu bolehla kita ulang selalu...... dan tadi sekolah aku tapaukan berat sikit sbb malam tadi dia tak makan nasi.. tido awal sangat...

Macaroni wit sos spagetthi... HABISSSS dia makan... 


Esok last day school tapi tak tau nak tapaukan ape!!!






BYE





Apesal sedap sangat ha?

.

Selamat pagi malaysia... harini kita bersiaran berlampukan cahaya nur dari lappy sendiri sebab tak semena2 opis aku tak de elektrik.. sudah ku pikirin 2 aktibiti aku nak buat time2 camni, 1 aku nak tido kat meeting room, 2 aku nak  merayap membeli belah.. tapi sedang ku pikir masak2 supaya lepas aku balik membeli belah aku dapat surat bla berambos trus baru padan muka aku baikla kita duduk saje di opis menghabiskan sisa2 bateri di lappy ni saje........ ---------------->mak aikk panjangnyaaaaaaa pengelolahan tatabahasa aku!



Bertemankan ini juga... lob u la NESCAFE & nasi lemak mr.hubby belikan dekat stesen minyak.. kau ade???  
Stesen minyak pon nasi lemak ni la yang the best kebabommmm ko tau? sedappppppppp !

Tengah xde elektrik ni la masanya melantak sebab orang tak nampak! hahahhaahahah


I lob u la nescafe! i very like u since now u know... daripada u duduk dalam laci pantry tak de sape sudi nak menelan u, better i try u first! walaupon tekak comel i ni tak suka coffee! euwwwww coffee y coffe so pahit ha?? jawab sila jawab!!!! ni pon habis 2packet kecik gula aku taruk ... who caressss!











Yeayyyy elektrik dah ade!!! -----------> sambil tepuk tangan, buang nescafe dalam sinki, nasi lemak masukkan balik dalam laci simpan untuk lunch .



muahahaahahahahahahahahahahahah







BYE!