Tips Bersahur

.

Testing testing 1 2 4 .. nampak sangat tak pandai mengira kahkahkahkah, tapi sebenarnya cara anak aku mengira camtula.. di selang selagi boleh.. 


Ok aku sedar, aku tak macam dulu hari2 ade idea nak update belog, skang ni macam 1 bulan 1x je kan? tapi xpe janji berisi.. err berisi? mcm perli diri sendiri jerkkk.. theeeeee



Harini aku berkesempatan nak bukak blog pon sebab ESOK PUASA.. so macam biadap je kan ade belog tapi tak mo wish.. kahkahkah 


So dikesempatan ni aku selaku empunya belog ingin memohon silap dan maaf kalau terkasar bahase, terguris perasan kamu ,kamu dan kamu, terngata kamu dalam blog ke.. harap maafkan saya yer.. *ni entry sekali raya* kahkahkahkah






Disini aku lampirkan sekali TIPS BERSAHUR.... lampir macam nak kena lempang.. theeee 


Sahur itu adalah sunnah. Sekalipun ia tidak diwajibkan, namun amat-amat digalakkan. Bahkan ia dijadikan pembeza antara sahur muslim dan sahur Yahudi. Sabda Nabi s.a.w:

“Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim).Maka, kita berpuasa kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah dan kita berlumba-lumba melakukan perkara yang disukai Allah pada bulan Ramadan ini, maka ikutilah sunnah Nabi s.a.w termasuk dalam bersahur. Besarnya rahmat Allah, sehingga seseorang yang bangun bersahur agar dia bertenaga esok harinya ketika berpuasa, dihitung sebagai ibadah yang diberi ganjaran.

Allah jadikan keberkatan dalam bersahur. Sabda Nabi s.a.w :

“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)Barakah adalah sesuatu yang mustahak dalam kehidupan ini. Insan mungkin memiliki berbagai perkara, tetapi jika ianya tidak diberkati Allah, maka segala kebaikan yang diharapkan akan hilang. Mencari keberkatan adalah suatu yang teramat penting dalam hidup ini. Dalam sahur itu ada keberkatan buat puasa yang bakal dilaksanakan dan kehidupan individu yang berpuasa secara umumnya. Semoga kita memperolehinya.
Rujukan : http://drmaza.com/home/?p=1208



Ingat lagi dulu kecik2 mak menjerit sekuat hati suruh bangun sahur, duduk atas kusi mata pejam.. perghhhh nikmat betul mase tu... hahahaahah 



Skang ni aku kena kuatkan fizikal dan mental sebab TIPS yang berguna untuk sahur adalah masak bende baru.. bukan dipanaskan balik.. perghhhhhhhhhhh tapi xpe sihat tubuh badan juga.. 


Kalau boleh sediakan sekali buah-buahan lepas sahur.. tak kisahla buah ape jangan buah dadu sudah..kahkahkahkah


Banyak minum air masak untuk tenaga , tapi macam aku tak kira sahur ke berbuka ke mesti cari air sejukkk.. kau hado? 


Kalau boleh jangan makan bende yang berlemak, berminyak seeloknya lebihkan sayur sayuran supaya kena boleh tahan lapar dengan jangka mase panjang.


Makan dengan kuantiti yang sikit.. jangan pulak makan sahur macam mentekedarah pulakkk..sedang2 aje..


Anda digalakkan minum susu supaya tidah pedih perut bila dah tengahari.. sape gastrik angkat tangan??? ha korang kena minum susu .. ahaks!



Dan Akhir sekali ni sangat penting.. sila tak NOTED! 


Sape yang suka sangat TIDO MATI  tu sila kunci jam supaya tidak menyusahkan orang.. mintak tolong jiran ke orang sebelah ke anak ke kejutkan.. dan digalakkan bangun 30min awal!  kalau boleh awal 1 jam pon xpe sebab boleh tolong bini kt dapur..kahkahkahkahkah



Ok tu je kot .  SELAMAT BERPUASA GUYS!


Jangan membazir mase berbuka tau!!!!!! xmo xmo xmo.. :)






2 comments:

Nasuha Mansor said...

nice :)
Selamat bersahur & selamat berpuasa yea :)

Ardini Humaira said...

dni akan bersahur makan bijirin dengan air soya je kut.. hehe... tengah try2 pose dengan baby


salam ramadhan al-mubarak
selamat berpuasa dan beribadah di bulan yang mulia ini... semoga segala amalan kita diberkati Allah, amin

:)