Jenaka tapi maksudnya mendalam....

.

Entry ini hanya untuk orang yang tak boleh bukak facebook.. kasihanila mereka yer... heheeh



Ade yang lawak ade yang serius.. soalan kepada USTAZ AZHAR IDRUS.. aku suka share semua kata2 mutiara dia sebab sumenya best2.. bagus untuk dikongsi bersama bukan sendiri baca kan?


Ape2 bende yang Harus kita share bersama dan beri manfaat bersama HARUS la kita share ....



Soalan kepada ustaz


1) Soalan: Apa ada dalam langit?

Ustaz: Cara tanya macam aku ni Ultraman! Apa yg ada dalam langit itu adalah urusan & rahsia sulit Allah swt.


2)  Soalan: Setiap kali nak tidur, rasa mcm ada hantu di bawah katil. Apa patut dibuat?

    Ustaz: Tukar katil yg takde kaki la :D Amal bacaan 3Qul.


3) Soalan: Apa hukum bercinta dgn bkn mahram? 

Ust: Memanglah dgn bkn mahram, kalau x, jadi sumbang mahram. Boleh bercinta, tapi hanya selepas nikah.

kahkahkah ape punya soalan ntah..hehe


4) Soalan: Ketika berwuduk saya selalu rasa nak terkentut. Tolong saya ustaz. 

Ust: Nak kentutpun mintak tolong aku. Kentut kena 'tahan' sendirilah

5) Soalan: Kenapa ust hukum hari ibu haram? 

Ust: Bukan aku hukum, aku sebut yg ulama kata. Tak nak dengar sudah. Cek di Wikipedia sejarah hari ibu.


6) Soalan: Ust kata kalau isteri tak cantik bole tutup lampu, tapi kalau siang hari mcmana?

Ust: Tutup mata, sama juga gelap tak nampak.

7) Soalan: Boleh kah mengadu hal suami yang kaki arak & tak solat.

 Ustaz: Ya, elok tuntut fasakh dari org yg dilaknat. Cari suami lain aje lah.


8) Soalan: Ketika tidur saya bermimpi sudah solat subuh, perlu qadha ke?

 Ustaz: Pulak. Mana aci solat dalam mimpi, wajib qadha. Berat Nanang.

 
9) Soalan: Boleh kah bawak awek naik motor untuk pergi ke kuliyah?

 Ustaz: Boleh, dengan syarat bapaknya duduk di tengah.


10) S: Ana ada 2 calun, 1.Cantik tp agama kurang; 2.Agama bagus tp gemuk sikit. Minta nasihat. 

Ustaz: Yg cantik tu kasi aku, yg gemuk mu ambil.


11) Soalan: Dapatkah pahala jika mencium isteri?

 Ustaz: Haram mencium isteri...Jika ianya isteri orang lain :D Dapat pahala jika isteri sendiri.


12) Soalan: Apakah hukum suami-isteri berpeluk dikhalayak ramai. 

Ustaz: Boleh, jika merempit selekoh tajam takut bini terpelanting dlm longkang.


13) Soalan: Nape takleh solat tahyat masjid di surau, rugilah aku sbb aku kerja di surau!!

 Ust: Ehh marah aku pulak! Dah mmg takde tahyat surau. LoL. 


14) Soalan: Boleh minum susu isteri? 

Ustaz: Boleh, tak kisah jika dipam ke dlm botol dulu atau secara 'live unplugged'. Tapi jgn lupa utk baby.

15) Soalan: Minta petua pengasih isteri. 

Ustaz: Guna kertas warna-warni yg ada gambar agung beri kpd isteri. Yg bertulis RM100 paling berkesan





Sedikit kata2 dari ustaz



1) Lafaz "Aku terimalah nikahnya...", membawa maksud "Aku menanggung segala beban dosa isteriku jika aku TIDAK memimpinnya ke jalan Allah...".


2) Semua orang Allah jadikan cantik belaka. Kalau tak caya cuba bandingkan muka kamu dengan muka beruk, siapa lebih cantik. Jadi, bersyukurlah.


3) Batal solat jika kentut 1x. Bila kentut 2x, tidak batal solat :D Sebabnya, solat sudah batal lepas kentut pertama tadi. Tak faham sudah.


4) Kalau terjaga dari mimpi hantu, sunat meludah 3x ke kiri; tapi jgn biar air liur basi terkena muka isteri pula, nanti dia pula naik hantu.


5) Isteri solehah memohon maaf dari suaminya setiap hari dan bukan hanya memohon maaf dari suaminya setahun sekali di hari raya.


6) Orang yg tidak solat itu adalah 'musuh Allah'. Jadi, tidak patut kita 'bersahabat' dgn musuh Allah, apa lagi menjadikannya 'teman istimewa'


7) Bagaimanakah seorang suami yg kakinya sendiri pun tidak mampu masuk ke masjid, hendak mendukung isterinya pula masuk ke syurga


8) Miskin manapun suamimu, walaupun dia hanya mampu berselipar Jepun, namun Syurgamu wahai isteri solehah, tetap di bawah telapak kaki suamimu


9) Lelaki 'macho' ialah yg x bersalam bila dihulurkan tangan oleh wanita bukan mahram, dan yg x akan tinggal solatnya walau di mana dia berada.
*teringat Ally iskandar haritu kat mentor live pompuan nak salam kat dia, dia wat bodo je..* huhuhuhu bagus2..


10) Ramai isteri tak masak utk suami, tapi suruh org gaji; sedangkan Nabi larang Siti Fatimah guna pembantu utk mengisar tepung mknan Ali r.a.


11) Walau cemburu itu sifat lelaki, tetapi Allah larang jika dah mengongkong dan menekan isteri sehingga tiap kali bunyi sms pun dia menyibuk.


12) Suami selalunya akan mengungkit tentang hak2nya ke atas isterinya, tetapi dgn selamba boleh buat2 lupa kepada hak2 isteri pula ke atasnya.


13) Membaca 'Innalillah...' bukan apabila ada kematian sahaja, malah bila harga petrol naik pun sunat kita baca, sbb itu juga merupakan musibah


14) Suami wajib memberi makan isteri 2x sehari. Selebihnya sunat. Jika isteri kuat makan, kasi lah lebih, siapa suruh kahwin dgn org kuat makan.


15) Seorg isteri yg cemburu mengadu kpd Hakim, "Suami curang, bila saya tepon, ada awek jawab 'Please leave your voice message after the tone'.


16) Sayangilah isteri kamu dan tunjukkan akhlak yg baik kepadanya kerana dia adalah bakal permaisuri agung kamu di syurga yg sedang menanti.


17) Nasihat dulu jika isteri degil, kalau tak jalan, pisah tempat tidur. Kalau tak jln juga, rasanya kamu yg senyap2 pergi join dia tidur balik


18) Kata pujian 'cantiknya awak' buat seorang wanita itu hanya bermakna apabila ucapan perkataan itu datangnya dari mulut suaminya.


19) Mengapa perlu berebut bilik air utk mandi di pagi hari. Sunat 'mandi berduet' suami-isteri. Tambah romantik. Ikutlah contoh Nabi & Aishah.










So far itu aje.. sharing is caring! bye......... ;)



1 comment:

ewanthology said...

lawak... tapi penuh isi