Previous entry kata nak cont entry checkin di lcct.. tapi tak muncul2 pulak yek entrynya..heheheeh sorry yer sebab aku bz design order customer.. okla meh kita kongsi sikit pada sape2 yang baru 1st time nak naik flight..
Memang agak cuak + nebes + nebes + cuak kalau yang baru 1st time nak naik kapal terbang lagi2 pada yang terlalu obses reseach info dekat GOOGLE! cara nak naik FLIGHT!
Bila kita terlalu search info sikit sebanyak kita akan nebes sbb orang tu ckp camni..org ni cakap camtu...so jalan penyelesaiannya ko REDAH JE MAK JEMAHHH OIIII!
Macam aku la jugak... tanya org A perlu ke beli lunggage? then dia ckp perlu sbb nanti kat LCCT kena bayar double.. tanya orang B dia cakap tak payahla dont worry diaorg kadang2 bagi lepas je... tanya orang C pulak suruh beli time balik je.. so kesimpulannya ko bincang ngan laki ko sudah! hahahahaah
Ok 1st step sebelum nak flight means dalam 2minggu awal dah boleh print BOARDING PASS thrue website AIRASIA.COM.
Tapi INGAT tau kalau korang ade tukar ape2 dalam tiket tu maksudnya korang tambah FOOD ATAU BERAT LUNGGAGE korang kena print BOARDING PASS yang baru!! ingat tu....
Kelebihan disini is korang tak perlu Q dekat LCCT semata2 nak ambik tiket atau Q dekat mesin kiosk kat LCCT semata2 nak print tiket.. datang2 je LCCT terus boleh masuk gate..
Ni self checkin.. sini pon kalau lucky jela tak ramai manusia.. klau ramai tu susah hati dibuatnya....
Important lagi kalau korang print dekat website korang print sekali RETURN punya..so senang..simpan baik2 dalam bag... cuma jangan tercomfius mase nak pergi korang bagi yang RETURN punya sudahhhhhhhh jenuh nak mencari...
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Step 2 korang kena prepare before nak naik flight esoknya is Bag.. bape bag nak bawak? bape helai baju nak bawak? dengan anak ade 10 orang lagi... dengan ade baby lagi? so this the way......
Kalau family ramai tu belila lungage senang tak payah nak angkut kesane kemari .. kalau family macam aku ciput 3orang je aku bawak 1bag tarik macam bag AF, 1 bag besarrrr bag balik kampung tu...and sorang 1 bawak bag sandang... bag yang nak bawak naik atas kurang dari 7kilo saje.. so kalau nak rase bag ko berat ke x ..ko pergi angkat beras 5kilo test..and angkat bag pulak.. kalau ringan lehla tambah pe yang patut..heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
Contoh 2 bag bawah tu aku bawak mase pergi...
BAJU pulak 1 hari selai je kauuuu...jimatla sikit kan...hehehehe lebihkan dekat anak je.... contoh macam aku bawak sorang 7helai pakaian..tapi still bag ringan kata orang airasia.. so aku rase kalau korang nak pergi 4hari cam aku bawak lebih pon xpe... lgpon diaorg xtimbang..diaorg angkat je bag aku diaorg sengehhhh katanyer ringannn... kalau ku tau dah lama aku bawak baju berhelai2!!
Untuk sape bawak anak yang menyusu macam anak aku bawakla naik bag susu dia..letak dalam 1 bag pampers,susu 2botol panas, baju sikit.. and sape kata tak boleh bawak makanan luar??? korg angkut jela ape makanan sekali pon roti ke kopok ke ade diaorg kisah??? hahahah tapi kalau ade yang berhajat nak angkut KFC,NASI ke aku tak taula boleh ke x!!
SETTLE BAB BAG
----------------------------------------------------------------------------------------------
TIME.. ramai yang cakap datang 2jam awal la hapela.. tapi kalau korang datang awal2 pon nak buat pe kan..duduk termenung tengok muka uncle sebelah.. diaorg cakap jela gate tutup time sekian2..tapi tak tutup pon...diaorg still tunggu korang datang... macam aku masuk gate 1/2 jam lagi gate nak bukak... tapi ade lagi lambat dari aku...so just calmdown beb.. dont be nebes yang korg akan tertinggal flight..KECUALI korang betul2 lambat!!!
Baru 1/2 jam tunggu gate bukak pon dah camni... kalau aku tgu 2jam awal???? parahhh parahhhhhhh
SEDIAKAN IC atau PASSPORT, MYKID atau SURAT BERANAK...
OII mak jemahhh kalau kau tak bawak IC menangisla ko tak boleh naik flightttt... kalau anak dah ade mykid bawak mykid je tak payah surat beranak.. kalau xde mykid boleh bawak surat beranak yang ORIGINAL.. jangan nak photocopy pulakkkk.... mase gate dah bukak sila Q baik2..jangan suka2 nak potong Q pulak.. eh eh tetiba..heheheeh
Dan yang paling penting naik je kapal terbang mana 1 yang korang suka..hahahahahaahaha tak2 jangan buat camtu... aku pon tak tau nak tengok tang mana 1 kapal terbang yang aku nak naik..aku just follow the flow montot orang..heheeheheh
Masuk dalam flight terus tengok number seat.. jangan berangan sangatla nak duduk suka2 kang kena halau wat malu jerk.. nampak sangat baru 1st time naik flight..heehehee
Melilau cari seat orang belakang tu.. stewardess bukan tolong ponnn.... airasia je kottt wehhhh carikla sendiri ye tak.. hahahahahah
Oh tempat bag tu besarrrrr spacenya... emergency nak letak anak kau yang kuat menangis dalam tu pon bolehhhh.. ooppsss jangan dibuat aksi ini....
OK DONE!
korang paham tak yek ape aku terangkan??? sebab aku pon tak berapa paham ape yang aku terangkan sebenarnya......muahahahahahaha
----------------------------------------------------------------------------------------
Ok ni step sampai je di airport kota kinabalu.. airpot lain aku tak taula sebab tak sampai lagi...heheheheeheh
Macam biasela ikut montot orang..heeeee
Sebelum korang dilepaskan bebas merayap di KK, korang kena ambik pass pelancong di imegresen... JANGAN HILANG PASS NI.. simpan baik2 dalam bag...
Siapa letak lunggage dalam kargo JANGAN LUPA AMBIK BAG .
Then kita enjoysss!!!!
Do d same step mase nak balik nanti... kalau beli lunggage terus ke kaunter CHECKIN bagi boarding pass and diaorg timbang bag and jalannnnnnnnnnn........
Itula jela kot... ape2 email jela nanti aku reply..hekhekhekhek....
6 comments:
ok la tu atleast pernah naek flight
kite ni tak pernah lagi.huhuhu
nice entry..actually nk search psl bdk kna bwk mykid or birth cert..then jmpa blog ni..quite useful utk kitaorang. thanks
useful info pasal step by step naik flight ni. Rien next month nk nk kebandung bwk 2 anak kecik.tu tgh cari bnyk info tu esp pasal luggage n brg2 baby. now dh clear... feel free visit my blog key.
riannazin.blogspot.com
yes,, sngat membantu,,, nak ke jepun,,, cadang nak bawak roti, sardin,untuk stok seminggu.. tapi,, macam mana plak dengan imegresen kat jepun?? boleh ke bawak mkanan2 ni?
salam...emm sye nk naik flight sndri nnti tpi risau sbb biasenye org y uruskan..ni nk bt sndri...ui seram sejuk je rase..haha..emm sbb nk bwk bagasi naik fligt...xamek luggage ...bole x ea?
kalo g kk memang kne ambik pas melanc0ng ke? Xtaw pulak.Sy xpnh g kk..2 mgu lg br nk g.risau pulak.
Post a Comment