10 Malam Terakhir Ramadhan ★


Firman Allah SWT: Maksudnya:
” Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan, Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan “. (al-Qadr: 1-3)

Malam al-Qadr sengaja dirahsiakan oleh Allah Taala sebagai satu ujian kepada umat Islam di dalam mencari rahmat dan kasih-Nya. Bagi mereka yang benar-benar beriman keghairahan mencari reda Allah menjadikan mereka begitu teruja meningkatkan pencarian ganjaran berlipatganda yang dijanjikan oleh Allah SWT.
Sebaliknya bagi mereka yang alpa dan lupa, saat-saat ini seringkali dipenuhi dengan aktiviti persiapan hari raya yang menyibukkan mereka hingga terlupa untuk beribadah dan promosi istimewa pelepasan azab neraka yang dijanjikan oleh Allah di penghujung Ramadan.
Antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadan ialah :

1) Menghidupkan malam dengan solat malam seperti tahajud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah.

2)Digalakkan juga supaya mengejutkan ahli keluarga supaya bersama-sama menghidupkan malam dengan amal ibadah.

3)Ibu bapa wajar mengajak anak-anak yang sudah dewasa khususnya bersama berqiamullail dan jangan biarkan mereka lena.

4)Bagi suami isteri pula 10 malam terakhir tidak digalakkan untuk bersama kerana Nabi SAW diberitakan bahawa baginda mengemaskan ikat kainnya yakni tidak bersama dengan isteri kerana disibukkan dengan amal ibadah.

Amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadan ini iaitu dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadat kepada Allah. Kata Imam Az-Zuhri: Maksudnya: “Suatu yang pelik bagi kaum muslimin mereka meninggalkan amalan iktikaf sedangkan Nabi SAW tidak pernah meninggalkannya semenjak baginda tiba di Madinah (hijrah) hingga ia meninggal dunia”.

Dengan demikian, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri, dan mempertingkatkan amal ibadah mudah-mudahan kita dipermudahkan oleh Allah SWT untuk melakukan amalan-amalan khususnya 10 malam terakhir ramadhan ini agar kita menjadi hamba Allah SWT yang bertuah di dunia dan di akhirat.

Selamat Menyambut Nuzul quran & Bertemu Malam Lailatul Qadar..★


Nuzul al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran

2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.

3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.

Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.
Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).

Sumber dari JAKIM

★suka-suka qaseh★

salam n good morning 2 all my blogger fren...:)

pejam celik - pejam celik sekejap rasenya si qaseh dh nk 8 bulan..rase mcm baru semalam bersalin kan dia..ngeeeeee so dia punya pe'el pon semakin menjadi2 la..n semakin nakal sikit..heheeheh hrtu aku bg dia pki bnde alah ni (gmbr di bawah) n tgk gaya dia ape dia nak wat ngan bnde tu..nila hasilnya anak ku yg sgt2 bijak!





:: first bg dia pakai n dia rimas nk bukak bnde ni ::



:: pastu aku capture dia smpt sengeh2...heheeheh ::



:: n last the end dia terpakse akur yg bnde alah ni xleh bukak..so dgn slmbernya dia biarkan aja bnde ni kat muka dia..heheheehe sian pon ade ::

anak mama yg semakin bijak!












Selamat menjalani ibadah puasa ★

Assalammualaikum kawan2 blogger ku....

Pejam celik esok dh pose kan..so aku pon dh kena stat dr segi fizikal n mental nk bangun sahur a.k.a masak tuk hubby...heeeeeeee cume yg aku tgh isau sgt ni baru2 ni aku ssh sgt nak terjaga di subuh2 pagi tu..dulu sllu gakla terjaga kol 4 pagi kkdg kol 4.30 pagi..tp nk dekat2 pose ni mcm tau2 je..hehehehe ssh btul aku nk bangun..laki aku dh gtau awal2 dia kena sahur jugak takut kn gastrik..hurmmm isaunya..aku dh alarm sampai 3 jam tau pon xbangun2 jugak..dh pukul 7 baru aku bangun smbhyng subuh...ngeeeeeeeee aku bangun ke ataupon terlajak sahur esok akan ku war2 kan di blog yer..ngeeengeeengeeee

★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★


so dikesempatan ni aku nak ucapkan
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN KEPADA MUSLIMIN & MUSLIMAT . semoga ramadhan kali ni mmbawa berkat kepada kita sume..dan selamat beramal yer kawan2..

★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★



Kepada kaum hawa yg xperiod jgn kata ade gastrik plak yer..ngeeeee

kepada kaum adam jgn plak nyorok2 isap rokok yer..ngeeeee

SELAMAT BERPUASA!!!!


Teppanyaki ★

Salam & Good Morning Kawan2 Blogger sume!!

Pejam celik, pejam celik dh nak pose kan..hurmmm xsabar rasenya nk buat amal..
so bila dh nak pose mulala bab2 nak pg carik baju raya pon bermula..hehehe
tapi klu aku sng je trus beli siap..ni aku nk carikan baju 4 anakku qaseh yg comeiii n bersemangat tu..ekekekek nk beli kain ela mcm xde masa je..aku jumpa dh butik KIDS jual baju kurung budak..mmg comel2 aku ckp korg..mmg lawa2..harga dia pon RM59.90 heheheh but expensive sikitla..

tapi tgk je xbeli pon..coz takut si anak badan dia cepat naik walopon beberapa hari..heheeheh
dia kuat makan wooo skang..xpe2 skang aku nak citer lepas ktorg jejalan ktorg g makan kat teppanyaki..tmpt ni mmg favorite ktorg dr be4 kawin lg..mmg best walopon kering je xberkuah..heheh lg2 sayur dia mmg sedap..bnde ni sbnrnya boleh masak sndiri kat umah mmg very simple ..campak2 punya bahan..:)




Beef teppanyaki

Fuji snow

aku makan chicken teppanyaki tapi gmbr tarak coz dgn xpndang kiri ngan kanan aku sambar n makan trus..ngeeeeeeeeee tapi tmpt ni mmg syiok gak la coz masak depan kita kan so kita taula dia letak pe ke kan..klu masak kat dapur kita xnmpk so???? takut2la kan letak ape2 ke..heheeheh xdela saje jer..ngeeee ni plak aku capture gmbr org tersayang aku....layanz~~~



anak aku skang ni mmg klu bab jalan dia NO1..ngeeee