Subway FREE sandwich coupon

.

Korang..Korang.. yang peminat tegar SUBWAY macam hakak sila beli paper metro or paper star ade promotion voucher BUY 1 FREE 1 . hanya original voucher yang dipotong dekat paper saja yang boleh redeem.. sila beramai2 ke kedai berhampiran untuk mendapatkan paper tersebut.. 


Grap your paper now!


2 tahun tak bukak email, bila bukak............hambikk ko!

.

Tak tau macam mana aku nak explain kat korang..patutla kawan aku duk cakap aku xreply email diaorg..mana aku tau korang nak email aku ke email zaman batu aku ni.. al-maklumla org byk email memang macamni..last2 xterhandle sendiri.. aku memang xleh baca 1 , 1 sebab terrlalu banyak gilessssssssss tahun depan pon xhabis baca aku ase.. aku delete saje HOKEY? 


Total email aku xbaca ade 69k lebih..banyak gila x?? aku xbukak email ni sejak 2 tahun lepas...theeeee


Sorry guys.. 





Aneyyy! Roti paratha 5 ! Kasi rangupp haa!.

.

Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

Anak aku sekarang keje dia asyik cium ketiak je.. sambil cium sambil cakap perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh dengan memek2 muka sume habis hancur.. haritu dalam kete aku suh dia ambik handbag aku tapi mata dia nampak stoking hubby dulu dia ambik stoking tu then cium..aku kat belakang dengar dia kat depan asyik cakap perghhhhhhhhhh perghhhhhhhhh..sekali aku debik baru dia ambik bag.. macam2 perangai dak ni skang...


Wekens ktorg xberapa nak enjoy sebab busy..hari sabtu aku n hubby kena keje..ahad ade wedding then petang tu hujan lebat giless memang tak bleh kemana2 ..duk umah jela lipat baju ngan hubby...theeee


Kalau hujan mulala perut ni bergendang gendut tali kecapi bagaii.. so ape lagi ekspedisi masterchef la kat dapur ni..ketung ketang sampai terbangun anak aku dari tido..huhuhuhu . 


Alhamdulillah selesai sudah juadah petang kami.. memang superbbbbbbbb!



Bukan beli tau..ni sume HAKAK yang buat hokeyyy....  kari ayam,sambal ikan bilis,roti paratha..perghhhhhhhhhhhh terrbaikkkk dari ladanggggg *bak kata hubby*


Roti paratha tu je HAKAK tak buat..muahahahahhahah tu beli readymade jela..ape guna skang zaman moden pergi mana2 skang ni sume bende readymade kan..tinggal balik umah masak atas api jerkk...memang sedapp weh roti paratha ni..rangupp gilessss...terrbaikkkk la...!


*google*

Pack dia camni..ade macam2 jenis..ade sekali dengan onion..ade sekali dengan ayam kari dalam tu..korang tinggal balik panaskan kuali tanpa minyak then bakarla roti ni smpila kekuning2gan.. 


Dalam tu sume ade 5 keping je.. memang aku n hubby saje 5 keping ni habiss.. pelahap kan..kata lapo? heeeeee


Tengah duk makan chill2 sambil anak bermain kat luar, dengan hubby dalam bilik solat..tup2 aku dengar kat luar ade basikal jatuh pehtu dengar lak sore mama!mama! 

 Dia tengah tunjuk aku basikal dia jatuh bedebukk dalam longkang.. yang pasti bila mase lak dia pakai tudung aku ni????

 So ape lagi kan..nak sangat aku nolong dak ni??? maap. pergi agkat sendiri. nampak tak tu bersusah2 dia agkat tapi xleh.. dengan nak cover tudung nya xmo bagi jatuh lagi dengan pakai selipar besoww lagi...
mana 1 nak jaga kan.

 Duduk rumah lama sangat montot dia panass.. tu yang hujan reda je trus bukak pintu bagi dia main basikal...aku nak tolak dia memang kim salam la..malehhh byk keje nak buat dalam umah 2.. mungkin dia pon sedar yang mama dia malehh nak tolak dia depan umah kan..so dia paggil ayah dia.. ayahh!ayah! kuat woo sore dia ..ayah xkuar2 siap masuk umah ketuk pintu bilik lagi..

Ayah dia jela yg rajin kot duk tolak kehulur kehilir basikal dia ni... 



Haku?? malehhhhhhhhhhhhhhh .nengok tibi lagi syiokkk...


Itula aktibiti ktorg hujung minggu yang agak suram tapi besttttt!





TOPMUM: Nak kena beli roti ni byk2 simpan dlm fridge.. agak2 lapar bakooo..kita bakooo!







Wordless wednesday..

.



Coconut shake pantai klebang ni dah maju..mase memula aku dtg cawan dia kosong xde tulis klebang bagaii.. skang dtg perghhhh siap tulis klebang original .



Time ni hubby beli 3 cawan.. 2 cawan hbs minum dalam kete mase OTW nak balik KL..1 cawan bagi mak share2 ngan anak buah rasa..ngehhh smpi KL dah cair..


Korang teringin tak??? tak payah datang jauh2 sampai melaka semata2 nak minum air ni..buat dirumah pon volehhhhh... seyess senang bangat!



Bahan-bahannya
1 gelas air kelapa muda
3 sudu isi kelapa muda
2 sudu air gula
sedikit air batu

Blend kesemua diatas..

last sekali masukkan aiskrim 1 scoop.. then siapppp!








TOPMUM: Ni bukan wordless ni word no less..muahahahahaahahahah

















Wahai anda yang bernama LELAKI Jadilah seorang lelaki yang.....

.

.




Jadilah seorang lelaki yang beriman,

Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,

Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,

Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.


Jadilah seorang lelaki,

Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.


Jadilah seorang lelaki,


Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.


Jadilah seorang lelaki,

Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.


Jadilah seorang lelaki,

Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al- Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.


Jadilah seorang lelaki,

Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.


Jadilah seorang lelaki,

Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,Kerana dia mengimpikan syurga Allah

Bahaya minuman 3 in 1

.



KUALA LUMPUR – Penggunaan produk minuman 3-in-1 yang kini menjadi kegemaran masyarakat Malaysia perlu dikawal pengambilannya kerana ia boleh memudaratkan kesihatan jika diambil secara berlebihan.
Pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Roslee Rajikan berkata, pengguna perlu bijak membuat pilihan dengan melihat label nutrien atau zat makanan pada produk berkenaan.
“Jika ambil produk ini sekali sekala tanpa berlebihan saya rasa tidak timbul masalah tetapi jika sehari lima hingga enam kali, mungkin ia boleh menimbulkan masalah,” katanya semasa ditemu bual oleh pengecara Zulkifli Bujang dalam program Kerusi Panas menerusi Radio 24 hari ini.





Doa untuk menangani anak nakal.

.


1. Baca "Ya Latif" sebanayak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur

2.Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk

3.Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak

4.Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati

5.Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu

6.Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

7.Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar

8.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"

9.Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.

10.Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.

11.Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.

Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan
1.Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa

2.Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102

3.Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya' ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24

4.Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5.

5.Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali
Insyaallah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik

Zikir Harian..

.


ciri Lelaki yg disukai Perempuan

.



1. Yakin Pada Diri Keyakinan diri adalah kualiti penting yang sering di cari oleh wanita, lekukan sesuatu perkara itu dengan terbaik. yang paling penting, jangan memperkecilkan kelemahan diri sendiri. Ada yang menyerah kalah sebelum berbuat apa-apa. Ini bukan sifat lelaki sejati. Sebaliknya kamu harus berikan alasan kukuh, kenapa kamu tidak boleh lakukan. penting untuk berlatih bersungguh tanpa mengenal erti putus asa dan sentiasa berfikiran positif.

2. Pandai Buat Lucu Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. lebih teruk kalau tersengeh-sengeh tak tentu fasal. Ingat untuk menjadi seorang yang kelakar tidak semestinya kamu membuat lawak bodoh. Belajar Berlawak secara spontan dan bersahaja kerana ini akan menghiburkan hatinya. Lawak bersahaja itulah yang membuatkan si dia akan terua merindui karenahmu.

3. Romantik Wanita sebenarnya menginginkan seorang yang romantik. Ingat, romantik bukanya gatal atau miang, lelaki yang romantik adalah pandai mengambil hati dan bijak menggunakan kata-kata. Suka mengambil berat dan penyayang kata-kata. Suka mengambil berat dan penyayang juga menjadi salah satu aspek yang menarik perhatian wanita. Biar seseorang wanita itu kelihatan ‘rugged’ atau agresif. namun dalam hal teman lelaki, kebantakannya memilih yang romantik.

4. Wang Tidak disangkal lagi ramai wanita bersifat materialistik atau mata duitan. Mereka hanya mahukan lelaki yang berjaya dan mempunyai wang yang banyak sahaja. Selain bekerja, kamu juga boleh bergaul dengan orang kaya atau ternama yang mungkin boleh membantu kamu menjadi kaya suatu hari nanti. Belilah baju atau kasut jenama, kamu bakal mencuri pandang wanita. biar papa asal bergaya. papa dalam hal ini adalah kamu perlu menyesuaikan diri dengan gaya orang kaya. Biar terpaksa mengeluarkan wang yang lebih sedikit, namun hasilnya hanya kamu yang mendapat nikmatnya. Umpama membeli kereta BMW walaupun tanpa aksesori, ia tetap di lihat gah berbanding dengan kereta biasa yang penuh dengan aksesori.

5. Bijak Wanita sering mengimpikan mendapat seorang lelaki yang berpenddikan dan pandai. Jika kamu berasakan kamu kurang bijak, mungkin kamu boleh mengambil langkah untuk melanjutkan pelajaran. Luangkan masa kamu mendengar berita CNN dan rajin mengisi teka silang kata supaya tampak berilmu. Wanita suka lelaki yang bijak dan suka membaca. Tidak semesti kamu adalah seorang ahli akademik. caranya, baca ulasan buku seolaholah kamu telah membaca keseluruhan buku tersebut. pakilah cermin mata yang tidak berkuasa untuk memperlihatkan kamu bergaya seperti seorang intelek.

6. Sensitif. Setiap kali pasangan kamu bercakap, dengarlah dengan khusyuk sambil memandang bola mata hitamnya. malah mungkin kamu boleh berkata ” saya memahami perasaan awak” bagaimanapun jangan pula kamu terlalu sensitif kerana sebagai tempat berlindung tentulah mereka memerlukan pohon yang kukuh.

7. Suka Kanak-Kanak Wanita menganggap seorang lelaki yang bijak adalah berpengetahuan luas dalam semua bidang termasuk menjaga kenak-kanak. Hati wanita mudah tersentuh dengan lelaki yang sukakan kanak-kanak. Apabila si dia membelai kanak-kanak yang di temuinya. kamu memberikan perhatian kepadanya. Selepas itu kamu pula boleh mendukung sambil mengagah kanak-kanak itu. perbuatan kamu ini secara tidak langsung akan memperlihatkan yang kamu memang layak menjadi bapa yang penyayang. 

8. Bijak Berdandan Lelaki juga kena pandai merawat atau memanjakan tubuh. bagi yang mempunyai kulit berminyak, kamu perlu meluangkan masa untuk melakukan perawatan bagi mengelakkan jerawat atau penyakit kulit yang lain muncul. Selain berpakaian kemas dan sesuai. Kebersihan tubuh juga hendaklah diberi tumpuan. Kuku hendaklah dipotong rapi dan bersih. pendek kata, kebersihan tubuh mesti di jaga kerana ia memberikan kesan kepada hubungan kamu dan si dia nanti. Apapun, tiada lelaki yang sempurna, namun kamu boleh berpura-pura menjadi sempurna. perlu di ingatkan, kamu semestinya mempunyai kelebihan yang tertentu. jadikan gunakan kelebihan itu dengan sebaik mungkin. yang penting kamu mampu melakukan sesuatu yang terbaik. Sementara yang selebihnya kamu bolehlah berpura-pura. Jika segalanya berjalan lancar dan hatinya sudah berjaya di tawan, tidak mustahil si dia akan menjadi permaisuri hidupmu

Sayang dak ni ketat2..

.

Sejuk perut mengandung dak ni 9 bulan..muahahahahahah



Sekarang dah pandai ikut sikit2 cara orang solat..good girl!



Lasak2 dia pon ade gak bagusnya budak comel ni..kalau pergi surau duduk tepi dinding diam2 sampai aku siap solat..xpon dia sembahyg sama depan aku.. selesai sume dia salam sorg2 org dalam tu..xmo salam dia hulur je tgn dia smpila org tu salam gak..huhuhuhuuhu 



Semoga menjadi anak yang baik & solehah.. sayang kamu qaseh.. mmmuuuaaahhhhh!




ABC taman molek

.

Lunch dah xtau nak tapau mana.. hantamm sajala labu.. *cam pernh dgr je ayat ni yek* ngehngehngeh


Sekali tengok cam jual rojak mamak atas lori tu.. dua kali tengok laaaaa jual nasi campur rupanya..rupa jela tapi xtengok depan2 lagi .. sampai je kat lori tu..laaaaaaaa nasi dangang ke baiiii.

*imagine jela lori putih biase org jual nasi campur tu yer..tiada gambar lori tu plak..kang aku ambik gambo, dia kata aku gila lak..belum makan lagi dah over kan..* xkose mak nokk


Beli gakla nasi dia kan. sekali dengan ABC..tengok org makan cam best je...tu baru tengok belum aku yang makan lagi kan..dengan lidah yang kurg deria rase ni..dah cnfirm2 aku ckp xsedap..muahahahahahaha


Banyak koo.. 1 ni RM3.50 camtula..first2 makan tu okla..lelebih rase muak sbb dia letak eskrem pehtu coklat la ..ishhh xrase ABC camtu..rase MUAK kot..kehkehkehkehkeh menci mak tau. cer lepas ni beli MUAK tapi rase ABC kan best?? surpriseeee gitu kan.. *ok melalut*


Tapi kalau kena kat tekak budak ni memangla sedapp wehhhh..xmembazir tau..

 Perghhh tengok menyelerakan.. lagi2 tang idung tu..

 Sedap betul ni.. 


Berselera aje dak ni..



Time makan dia diamla..cer tengok time dia boring?? 

Situasi dekat opis hubby..Boringgg gila kot..terpakse gakla ktorg follow sbb hubby sorg2 kan..ade aku lehla tolong dia sikit2 kalau bz kan.. *tolong tengokla bukan tolong buat keje* ngehngehngeh



 Budak ni lagi boringgggggg siap ade keje dia buat kat sini..baring kat lantaila..kutip2 rezki masuk mulutla..kacau hubbyla..makanla...berakla...hurmmm

 Ni muka bosanla ni wehhh..korg jgn confius...

 Ni tahap bosan teramat sangat ni.. tgu sikit lagi....

 Ade hati nak baring atas kusi ni ..kecik mana muat..

 Ohh ok leh ditrima.janji dia selesa..dia penat sgt tu dh...huhuhuhuhu sian2

Fesyen skang asyik buat lidah berlipat je..

 Haaaa ni tahap aku ase macam nak balik KL terus...boring sgt dah tuuuu

Tengok n see ape dia dah buat??? dia pergi koyakkan puting dia..haishhh xde koje la budak ni...kang aku gak ssh nak sumbat mulut dia dengan hape tuk bg diam...sedihhhh tau.



Anak aku memang hisap puting.. *korg xtnyer tp aku jawab awal2*


Kalau xde puting dia xduduk diam.. dia leh buat ape je la kalau xde puting..besar betul pengorbanan puting dekat budak kan??? hahahaha


Time tido kalau xde puting wehh dia leh bangun mengigau tau..haa tu aku xsuka tu..kalau bangun buat susu sendiri xpe gak..kahkahkahkah






TOPMUM: Korang tau x yang aku dah xde cuti?????? muahahahah padan muka.



Dangay Bay Johor Bahru.

.

Dah xtau nak kemana..hentam sajala labu .......*dengar mulut longkang orang cakap sini boring???* 


Nak kata boring tu xla...maybe yang pergi 2 kaki bosan kot..muahahahahah xtau nak buat ape tu sbb boring...tp ktorg happy woo pergi sini..best wat..ade funfair..kedai makan..basikal naik 3 orang kayuh..keretapi..cuma yang xbest sbb cruse bergerak jumaat,sabtu,ahad je...tu pon kalau ade orang..aku plan awal2 dah nak naik cruse tu konon2 nak tengok singapore la...tapi........yang hadooooo!


 Kami ber3.. excited nak pergi sini..nasib baik pergi xsesat2...fuhhhhhh


 Si demok.. dia lagi excited...


 Time ni baru lepas hujan..


 Nila cruse nya..1 orang Rm50 ade buffet sekali selama 2 jam.. okla tu kan..


 Paling best kat johor ni ..korg pergi mana2 pon mesti ade kedai asam.. haritu pergi jusco tebrau pon ade kedai asam..asam asam asam....


 Fun fair diaorg ni dah macam tempat zombie aku nengok..org nak xnk je masuk..tp ktorg masuk jugak sbb CONFIRM lepas ni xpergi dah.. muahahahahahahah


 Sume dia nak naik... memang XLA aku nak melayan nya.....


 Turut kata budak ni.. org suh mencangkung dia cangkung..org suh makan dia makan..org suh tido dia xtido2..ish ish ish..anak sapala ni...... theeeeee


 Aksi meletopkan 6belon tidak berjaya..hanya 2 belon saje yang hancusss...sedihhh tp xpe cuba lagi....*nak kan bear tu punya pasaiii*


 Terjeler2 anak aku nak tengok..acara ini akhirnya berjaya membawa pulang cawan bunga 1..


 Dan ni acara apekebende ntah dapat beg.. bantaiiiii dah tu je termampu..miahahahahah


 Ktorg berdua je yang naik tau.. xde sape berani nak join bila tgk muka aku dengan membesarkan bijik mata kat diaorg..muahahahahahahaah ade bran?? 2 ringgit je tuk 1 orang..time aku free sbb aku duk kenyit2 mata kat bangla tu..alih2 free ko..muahahahahahahah 



Ni Aksi menari sambil sengih2 kerang busuk...leh tahannn



Nak makan ke ape sume ade dalam tu..sediakan uwang saja dong.. kenangan xleh dilupakan balik ktorg sesat! duk pusing2 area dangay bay tu dekat 2x aku ase, anak aku pon dah tido..pening barang kali pusing tempat yang sama.. aku dah bengang kalau naik kali ke3 pusing tmpt yang sama aku nak je tahan sape2 mat2 motor suh konvoi aku balik taman molek..ape aku peduli..aku bayarla 1 org 50 hinggit..ape kesah kan?? muahahahahahahahahaah cakap volehla..sedgkan aku dalam kete dah kecut2 takut sesat sampai ntah kemana... 


Hubby tnyer org sane direction ke jusco tebrau..sume muka cam terkejut beruk dengar..sume pakat cakap ''jauhhh tu bang'' 


Akhirnya direction dijawab dan ktorg sampai dengan selamat oleh sipekerja shell ..yeayyyy lu bagussla broo..
bagi diretion siap lukis bagaii dekat kertas la..waa respect lu la bro.. *ok terlebihhh sudah*


xkishla jnji ktorg dh sampai dangay bay..nak sangat pergi kan..haaa hambikkk ko!






TOPMUM: Masuk2 opis belambak plak keje..mak aikkk ni perli aku cuti ke hape?