Resepi Biskut Dahlia

.

Hamboi Hamboi Hamboiiii ...............................*ok xde pe2 saje gempak!*



Pejam celik pejam celik sekejap je mase berlalu.. esok dah raya.. erkkkk lagi 2 minggu kotttt nak raya dah...dekat rumah korang pon mesti wangi je dengan haruman biskut raya korang kan? lagi2 kalau buat sorang2 seronok tau! yela kalau buat sorang diri fokus tu lebih sikit.. kalau buat ramai2 ni mulala nanti ade mulut A cakap ''cuba tambah ni sikit mana tau sedap'' , pehtu mulut B plak ''ishhh janganla kang biskut keras, baik ko letak lagi butter mana tau ok'' haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tak sadis biskut ko nanti? 



Macam aku? aku buat dengan anak aku lagi sempoiiii... datang je dapur si kecik tu mesti cakap 


''woww banyaknya kek'' pehtu sekali sekala dia cakap ''cantiknya mama! mama ,mama tengok ni cantiknya! *sambil tekan biskut aku yang belum masuk oven!!!* motip??? 



Tapi xpe kita cont citer kita yang sebenarnya aku nak citer..hahahaaha



Sekarang dekat rumah aku tu dah ade 5 jenis biskut raya! wowwww tanjat x? tanjat x? heeeee dalam busy2 pon aku sempat tau buat biskut.. lagipon aku dah nekad dari 10tahun lepas nak buat biskut raya sendiri sume.. wahhh 10 tahun lepas kauuuuuu.... citer nak gempak selagi boleh.. huahuahauhaua



Entry sebelum ni aku dah bagi resepi ALMOND CLUSTER. tu pon aku nak buat lagi nanti nak habiskan almond kat rumah tu.. banyakkkkk lagi.. so next biskut aku buat BISKUT DAHLIA. 



Dan TIPS SUPAYA BISKUT DAHLIA KAMU TAK KEMBANG SEMANGKUK!





Baru aku perasan aku tulis bunga dahlia...sepatutnya aku nak tulis biskut dahlia..muahahahahahaha 


macam tahun lepas aku buat jugak biskut ni tapi kembang uolsss, tapi tahun ni xkembang + beza sangat rase dengan tahun lepas punya, sedapppp + cair di mulut *yang ni penting* sbb aku suka biskut jenis crunch bila gigit pehtu cair kt mulut..pperghhhhhhhhhhhhh nikmat!




RESEPI

250 g mentega
125 g gula kastor - aku tak suka manis
250g tepung Rose *
125 g tepung kastad *
125 g tepung jagung *
3 biji kuning telur(saiz B)
1 camt esen vanila
secubit garam
ceri/sebarang hiasan yang korang suka......


Cara membuatnya:
1. Ayak bahan bertanda (*)
2. Putar mentega, gula kastor dan secubit garam
3. Masukkan kuning telur dan vanila dan putar  lagi hingga sebati.
4. Masukkan tepung-tepung yang telah diayak. Uli hingga sebati.
5. Picitkan adunan menggunakan acuan dahlia ke dalam loyang. Hias dan bakar dengan suhu 160 darjah celcius selama 15 min. Jangan lupa panaskan oven selama 10 min untuk mendapatkan biskut yang cantik.



Tips supaya biskut dahlia ni xkembang bila masuk oven ialah JANGAN PUKUL MENTEGA,GULA KASTOR SEHINGGA KEMBANG! sedang2 ajeeeee...




Cuba la resepi ni.. lagi 1 tips aku nak bagi mase buat biskut '' BUAT DENGAN HATI YANG IKHLAS''



HEHEEHEH confirm jadi biskut korang tu.. insyallah... ok next entry BISKUT COKLAT FAMOS AMOS.





Buat tatapan sume.. theeeeee






BYE!


4 comments:

Outbound di malang said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya!terimakasih ...

Ardini Humaira said...

sedapnye.. dni penah buat dulu dengan mak... huhu rindu nak balik kampung

Kesuma Angsana said...

tq suka makan biskut ni! hehe

najihahfara said...

sedapnya...