Resepi ke? Buat keje ke? ahhh mana2 la...!

.


Tajuk tu sebenarnya confuse tak tau nak letak tajuk entry ape!



Sabtu yang busy gilersss .. pagi2 dah masuk opis, tengahari pergi carik reben nak buat goodies bag, sampai rumah potong sticker sebanyak 400pcs , fuhhhhhhhhhhh! nasib baik anak tarakkkk... 


Sambil beralaskan meja study qaseh duduk depan tv konon2 sambil potong sticker sambil menyelam la...rupa2nya sambil buat keje mata ke lantai.. aduhhh kotornya umah akuuu, bangun balik bersihkan rumah kejapp konon2 tak boleh buat keje kalau rumah kotorr.. duduk balik cont potong sticker..


Dah potong dalam 200pcs terpikir ade kelapa parut dalam fridge,ade tepung pulut, ade gula melaka.. apelagi tinggalkan keje kejap pergi buat kuih untuk minum petang.. bilanya nak siap kalau camni??? ade je bende lain nak dibuatnya....


Mengambil mase dalam 1jam di dapur terhasilla kuih ONDE-ONDE.. atau nama modennya kuih melaka..


Ok fine warna hijau tiada dalam stock.. yang ade clr biru dan kuning.. jadilaaaaaaa


RESEPI ONDE-ONDE

Bahan-bahan:
400gm/1 bungkus tepung pulut
Air daun pandan (Jus pandan) ~ secukupnya (saya tak de daun pandan, hanya menggunakan perase pandan)
2 ketul atau secukupnya gula melaka/kabung ~ dipotong kecil-kecil utk intinya
pewarna hijau
Kelapa parut secukupnya ~ digaul dgn sedikit garam halus
Air secukupnya utk merebus


CARA2

1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.
4. Panaskan air hingga mendidih.
5. Masukkan bebola pulut tadi.
6. Bila kuih timbul bolehlah diangkat dan toskan dalam tapisan.
7. Gaul dengan kelapa parut. 




-----------------------------------------------------------------------------------------

Sambil susun dalam pinggan sambil masuk mulut... dan tetiba terkejut dengan diri sendiri sebab sticker belum siap lagi..jam pulak dah pukul 6 petang.. kejap lagi kompom si laki n anak balik.. kalau dah balik dah sah2 aku tak boleh buat keje kan... huh!


Sepantas kilat potong sticker tanpa menghiraukan sekeliling ... ohhhh tidak tidakkk manaleh tak hiraukan sekeliling.. sambil potong sticker tetiba teringat pulak nak sidai bajuuuuu!! tapi aku tahan nafsu ni buat tak layan ..fokuskan pada sticker saje... hehehehehehe


Tepat pukul 7 siap sudahhhh 400pcs sticker!! yihaaaa berjayaaa!!



Bukan sticker saje siap malah rumah bersih,kuih tuk makan petang pon siap.. ape lagi mandi2 siap ke rumah bonda pulak nak mejamah roti jala.. theeeeee





Korang pernh jadi macam aku tak?? tengah buat 1 keje tetiba tinggalkan keje tu buat keje lain..keje lain dah siap buat lg keje lain, sampaila ending baru siapkan keje yang 1 tu..!!! 







bye!


3 comments:

cik najihah said...

teringat kuih ni selalu buat time puasa..nk dekat dah hihi

Ardini Humaira said...

fav dni :D bulan pose nanti mesti nak onde2 hehe

lily lotus said...

hehehe, samalah akak pun selalu camtu. buat satu kerja susah nak habiskan terus. sambil2 tu mesti hadap kerja lain jugak :D