Resepi : Bihun Sup Utara

.

Assalammualaikum...


Ni sebenarnya menu 4hari lepas tak silap aku... hari2 makan nasi pon tak boleh jugak kan... kena selang selikan Menu baru ala2 DIET gitu... hekhekhek


Dulu mase Pregnant aku tak boleh bau sup.. bila bau nak muntah,  Alahan mengandung masih melekat sampai anak aku 1 tahun camtula.. bau SUP je nak uwerkkkkk... tapi skang SUP la feveret aku oiiiiii!! kalau boleh hari2 nak makan BIHUN SUP. beli kat kedai tak sedap! beli kat pasar malam bukan hari2 ade pasar kan... so kalau teringin je buatla sendiri oiiii...sekurang2nya boleh makan byk kali... boleh bagi jiran tetangga kan?kan?



Ok first sekali kena ade daging atau ayam dalam fridge korang... haritu aku buat sup daging sbb maniss..



1st rendam bihun selama 1jam dengan serbuk kunyit

Bihun lepas di rendam.. serbuk kunyit tu dalam 1 sudu pon dh ok.. ikut korangla nak pekat ke x...




Sambil2 rebus daging, oh ya daging kalau lebih lemak lagi sedappp...


Dah empuk angkat dan potong nipis2.. guna kaedah sebelah tangan pgg garfu sebelah pgg pisau.. kalau tangan korang jenis keball tahan panas tak pe..


Tapi sebenarnya ni pic from google.. tak teringat aku nak tgkap gambo mase potg daging ni..yang aku ingat nak MAKAN je!



Ok so kita buat kuah dia pulak...


RESEPI

Celery
Daun sup
1 Sup bunjut
1 Kiub daging 
1 biji Tomato *belah 4*
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit lada hitam
1 inci kulit kayu manis
beberapa bunga lawang
Air
Perasa


BAHAN HIASAN

Bawang goreng
limau kasturi
Taugeh



SAMBAL KICAP CILI

1 Geggam cili padi
sedikit gula
kicap

*blend kesemua bahan tadi* ikut sukala nak pedas ke tak..macam aku HANTU PEDAS.. heheheheh





SELAMAT MENCUBA!! 


5 comments:

----- ----- said...
This comment has been removed by the author.
cik najihah said...

kak..tu subjek yg sy kene amik je..bukan part time :)
hihi

Liza Razak said...

aduhh...terliur tgk bihun sup ni !! :)

MarnieyZ said...

amboi, sedap nya.. minta sikit :P

Anonymous said...

bihun sup utara ada letak taugeh kaa?? tomato pun tkdak gk klau tk silap