Astro pulangkan duit pelanggan.

Wah wah ko astro sesuka hati naikkan harga caj kat ktorg..kalau time hujan dapat nengok tak hape jugak..ni haprak ye x.. *oppss terlebih sudehh*



Itula desas desus berita yang kita dapat sebelum ni kan.. tapi skang ASTRO PULANGKAN SEMULA DUIT PELANGGAN. sesiapa yang dah bayar kadar caj yang baru tu astro akan pulangkan balik balancenya..







KUALA LUMPUR – ” Pulangkan semula duit pelanggan yang telah membuat pembayaran untuk caj baru tersebut “.

Itulah yang ditegaskan lebih 70 persatuan pengguna yang diterajui Persatuan Pengguna Islam (PPIM) berhubung caj tambahan yang dikenakan Astro terhadap para pelanggannya baru-baru ini

Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak, memandangkan kabinet telah membuat keputusan untuk tidak membenarkan stesen televisyen berbayar itu menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), maka Astro perlu mengembalikan semula wang pelanggan mereka yang telah membuat pembayaran.

” Kalau ada pelanggan yang dah buat pembayaran ikut kadar baru itu, maka mereka (Astro) kena pulangkan semula lebihan caj tersebut, ini kerana kerajaan dah tolak permintaan untuk menaikkan tarif seperti mana yang dirancang itu,” tegasnya.


klik sini lebih lanjut




1 comment:

Nik Thoha said...

Salam. astro tidak sepatutnya menaikkan harga sesuka hati mereka...