Resepi: Pancake

Ha hari sbtu pagi2 lagi aku dh buat tomyam+sup meatball buat si qaseh ni..LAPAR KATANYERRR.


petang sikit resepi ke2 aku bermula iaitu PANCAKE. ingat nak buat pagi 4 bekfes tp pikir2 balik dh masak so xpayahla nk buat pancake lagi kan.. tgula petang2 sikit..so mase yg dinanti telah tiba..operasi bermula



RESEPI

1 cawan tepung gandum

1 cawan susu cair

2 sudu marjerin (dicairkan dulu)

1 biji telur

1 sudu kecil serbuk penaik

sedikit garam


CARA2

Blend kesemua bahan2 tadi,

masak atas kuali leper,xpayah minyak..

masak sehingga naik buih sikit baru terbalikkan...boleh makan dengan aiskrim&kaya




No comments: