Sekadar renungan..

Sejurus kejadian gempa bumi di jepun.. ade sorg blogger yang aku kenal ni dia duk di kanazawa japan.. alhamdulillah tempat dia duduk 2 xde tsunami..paling teruk tsunami dekat line merah ni


Tanda X tu kawasan gempa berlaku..


kemusnahan yang teruk.. kilang gas dan minyak juga terbakar
air melimpah ruah dari laut dengan ketinggian 10 meter
bangunan2 banyak yang pecah, runtuh, retak dan terbakar.. perkhidmatan keretapi dan shinkansen juga diberhentikan
siaran langsung dari TV.. pakcik ngan makcik nih pong amik langkah2 keselamatan sbb gegaran masih berlaku
rumah2 yang hanyut dan berkecai.. teringat peristiwa Acheh satu tika dahulu..
sesungguhnya Allah Maha Berkuasa... kita sebagai hambanya mudah2an tidak alpa..

sebenarnya Jepun telah menjangkakan gempa bumi terbesar mmg akan berlaku.. dijangka 2008 tp berlaku 2011.. yer la kan,Qada Qadar Allah takde sape yg tau bila ia akan berlaku... semuanya berlaku atas kehendakNya... yang bagusnya, bila berlaku kejadian nih, masing2 cepat2 bertindak anta bantuan atau sebagainya.... dan sebenarnya, masa gempa bumi tuh mereka telah diberi amaran awal supaya cepat2 menyelamatkan diri naik di atas bukit atau tempat tinggi... cume yang kawasan tepi laut Sendai tuh mmg tak sempat la sbb tsunami datang sejurus 4-5min gempa bumi berlaku... tak sempat nak lari ombak besar dah datang... kebiasaan tsunami berlaku lambat sedikit ekoran dr gempa tuh.. tapi yang nih macam sepantas kilat jerk ombak tinggi terus datang... dan jika dilihat dengan kemusnahan yang berlaku sepatutnya beratus2 ribu orang boleh mati akibat tsunami... tp setakat ini jumlahnya belum sampai ketahap itu.... sekurang2nya persediaan yang mereka lakukan dapat mengurangkan jumlah kematian... kemusnahan harta benda itu yang kedua...

sama2lah kiter beristiqfar banyak2 atas apa yang berlaku... jangan sampai kita lupa diri dengan kesusahan dan keperitan orang lain.... kita sama2 hamba Allah dimuka bumi ini.... sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa ke atas hambanya.. jika Allah kata `Kun`... maka... `fayakun.....` tidak kira siapa kamu.... bersyukurlah....



Gambar dari HANA FAMILY's



No comments: