Soalan Demi Kekeliruan..

SOALAN:
Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya adakah haram jika makan di restoran yang menjual arak seperti TGI FRIDAYS, CHILL’S? Di dalam menunya ada mengasingkan bahagian makanan yang dicampur arak dengan yang tidak dicampur. Saya menjadi keliru dan memerlukan jawapan.

Sekian Terima Kasih.

JAWAPAN DARI PIHAK JAKIM

Waalakumussalam w.b.t

Terima kasih kerana melayari Ruangan Kemusykilan Agama.

Tahniah kerana anda begitu prihatin dengan isu semasa dan berkaitan halal haram sumber makanan dan minuman. Apabila kita menjamu selera di restoran yang mencampurkan produk yang halal dan haram, kita dituntut untuk menjauhinya kerana timbul rasa syubhah. Walaupun menu yang ditawarkan mengatakan tidak dicampur dengan bahan-bahan yang diragui status halalnya, jelas telah timbul syubhah pada diri puan.

An-Nu’man bin Basyir berkata, “Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda, ‘Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.’” (HR. Bukhori)

Marilah kita sama-sama mengingatkan diri kita bahawa setiap yang Allah larang itu pasti ada kebaikan untuk diri kita sendiri. Dan selalu dalam al-Quran mengingatkan supaya kita berfikir akan ayat-ayat Allah. Biar kita dikata kolot oleh manusia tetapi di hadapan Allah kita dimuliakan kerana perbuatan kita melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan perintah-Nya. Ingatlah ? Setiap daging yang tumbuh hasil dari sumber yang haram, maka neraka adalah lebih berhak ke atasnya (daging itu)? Itu adalah sabda Rasulullah SAW

Sebarkanlah walau dengan satu ayat..


1 comment:

ogygorgeous said...

TQ....ati...smuanyer da jelas...