Showcase amal shuhada Al-taqwa.


Susulan dari Program Munsyid Malaysia Ziarah Penghuni Madrasah At-Taqwa, buat julung kalinya Munsyid Malaysia; Gabungan Artis-Artis Nasyid Malaysia akan menganjurkan sebuah Showcase Amal Shuhada At-Taqwa yang bakal membariskan sebilangan besar artis-artis nasyid terkemuka tanahair!

Showcase amal yang bakal memperlihatkan penglibatan paling ramai artis nasyid ini dilihat sebagai satu penganjuran Showcase Amal Terbesar Dalam Sejarah Industri Nasyid Malaysia. Penganjuran showcase ini diilhamkan oleh pihak Munsyid Malaysia sebagai program susulan dari ziarah yang mereka lakukan keatas penghuni Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa pada 27.mei.2011.

Showcase ini diadakan bertujuan bagi mempromosi dan mengumpulkan dana untuk membantu Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa yang menjadi mangsa kejadian tanah runtuh sewaktu mereka menjalani latihan nasyid di Hulu Langat.

Butiran penuh mengenai Showcase Amal Shuhada At-Taqwa adalah seperti berikut:

* Nama Program: Showcase Amal Shuhada At-Taqwa
* Tarikh: 11.Jun.2011 (Sabtu)
* Masa: 8.30 malam.
* Tempat: Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.
* Artis yang terlibat: Raihan, Rabbani, Hijjaz, Brotherz, Inteam, Saujana, Nowseeheart, Unic, Far East, Devotees, Aidil, Nice, Mu’adz, Hafiz Hamidun, Akhil Hayy, Mirwana, Dendang Anak, Syifa’, Wildan, Al Mawlid, Al-Farabi Band, Nazrey Johani, Ustaz Amal, As-Saufee, Nur One dan ramai lagi.
* Masuk adalah PERCUMA! (Gratis!)



Showcase ini mendapat sokongan padu dari semua artis nasyid Malaysia, semua kelab nasyid Malaysia, NasyidFM, Munsyeed{dot}com dan semua penyokong Nasyid Malaysia.

Kepada mana-mana syarikat, tokoh-tokoh korporat yang dermawan yang berbesar hati untuk memberi sumbangan pada malam showcase, bolehlah berhubung terus dengan Azadan Rabbani di talian 019-2110300 atau Isman Hijjaz 03-61408280.

Bagi mereka yang ingin menyumbang terus kepada Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa, anda bolehlah Bank-in kepada:

PERSATUAN ANAK-ANAK YATIM MALAYSIA.
Maybank A/C: 5641 3730 0901.

Sumbangan tanah runtuh Asrama Rumah Anak-anak Yatim & Anak-anak Hidayah At-Taqwa, Bt14 Hulu Langat.
Dr. Idris Musa (YDPertua) – 016-359 2372 / Mohammad Fauzi Abd Wahab (Setiausaha) – 013-208 3747 / Nidzam Sulaiman (Bendahari) 012-2544962.




PS: AKU AKAN KE SANE ESOK.. SEE YA...!




5 comments:

Zinnirah Humaira said...

jmpa sana..^^

Puan tia said...

nampak kita tegur yek..heheh

Zinnirah Humaira said...

okeh..hehe ^^

misscthajar said...

hey dear..cmn nk follow u ye?

Puan tia said...

miss: hehe folo cmner 2???